15/09/2024
*[JOM! MENGUNDI CALON MAJLIS TERTINGGI 2024/2025]*
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Kami dari Persatuan Seni Visual (PERSENI) ingin menjemput semua ahli PERSENI untuk mengambil bahagian dalam pemilihan barisan Majlis Tertinggi bagi Sidang 2024/2025.
Ini adalah peluang anda untuk memilih pemimpin yang akan memacu kita menuju kejayaan dan kesejahteraan. Jangan lepaskan peluang untuk memberikan suara anda!
Pengundian berlangsung dari *14 Sept - 22 Sept 2024.*
https://forms.gle/jsq7U68WVBKWnSJw8
Mari bersama-sama mewujudkan perubahan positif!
Ikhlas daripada,
Persatuan Seni Visual (PERSENI)
*✨ Unleash Your Inner Picasso with PERSENI ✨*
26/08/2024
*🌟 PENCALONAN AHLI MAJLIS TERTINGGI PERSENI 2024/2025 🌟*
Assalamualaikum dan salam sejahtera!
Adakah anda seorang yang cemerlang dalam pengurusan? Memiliki semangat kepimpinan yang tinggi dan berterusan? S**a mencabar diri dan ingin menimba pengalaman baru? Jika ya, *PERSENI* sedang mencari anda untuk menjadi sebahagian daripada legasi kepimpinan kami bagi sidang 2024/2025! 🎨
*JAWATAN TERBUKA:*
- YDP PERSENI
- TYDP PERSENI
- Setiausaha
- Timb. Setiausaha
- Bendahari
- Timb. Bendahari
*SYARAT-SYARAT:*
- Terbuka kepada semua pelajar UPSI dari Semester 3 hingga Semester 5.
- Boleh bekerja dalam pasukan dan komited dalam tugas.
- Mempunyai semangat kepimpinan yang konsisten.
- Berani menghadapi cabaran dan ingin mencari pengalaman baru.
*TARIKH PERMOHONAN:*
26 Ogos 2024 hingga 06 Sept 2024.
Untuk menyertai kami, *imbas QR Code di poster* atau klik link di bawah untuk mengisi Google Form pendaftaran:
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScYhz7EiFAninfnlrgXP6-HVNNTFrXzr3_gM_L66HxRr5PZCQ/viewform?usp=sf_l
13/08/2024
✨[Pameran Era Pasca Normal Madani 2024]✨
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Pada 30 Julai 2024, kami berpeluang menghadiri Pameran Era Pasca Normal Madani di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur, bersama beberapa pelajar UPSI. Pameran ini memberikan kami peluang untuk menyelami dunia teknologi terkini, khususnya dalam bidang Kecerdasan Buatan (AI). Melalui pameran ini, kami mempelajari bagaimana teknologi AI, jika dimanfaatkan dengan baik, dapat menjadi alat yang luar biasa, namun juga membawa risiko jika disalahgunakan.
✨Unleash Your Inner Picasso with PERSENI✨
Salam hormat daripada,
PERSENI UPSI❤️
13/08/2024
*[SYABAS DAN TAHNIAH!]*✨
Persatuan Seni Visual (PERSENI) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan bangganya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada saudara *Andin Indra Bakhtiar Bin Sarmadi* atas kejayaan meraih *Tempat Pertama* dalam *Kejohanan Wajadiri PSSCM IPT & Jemputan Kali Ke-10* pada *9-10 Ogos 2024*. Anda telah membuktikan ketangkasan dan semangat juang yang luar biasa. Semoga terus maju jaya dalam setiap langkah seterusnya!
✨Unleash Your Inner Picasso with PERSENI✨
Salam hormat daripada,
PERSENI UPSI❤️
07/08/2024
*[SELAMAT MENJALANI CUTI SEMESTER ]*
Persatuan Seni Visual (PERSENI) ingin mengucapkan selamat menjalani cuti semester kepada semua mahasiswa dan mahasiswi Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI).
Semoga cuti semester ini dapat memberi kebaikan dengan pulang ke kampung halaman untuk berjumpa yang tersayang. Semoga perjalanan pulang ke kampung dipermudahkan sehingga ke destinasi yang dituju. Sentiasalah berhati-hati dimana jua anda berada.
Ikhlas daripada,
PERSENI UPSI❤️
✨Unleash Your Inner Picasso with PERSENI✨
08/07/2024
*[HAPPY STUDY WEEK ]*
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Sempena minggu ulangkaji, Persatuan Seni Visual (PERSENI) sidang 2023/2024 ingin mengucapkan selamat mengulangkaji pelajaran & selamat maju jaya dalam peperiksaan akhir semester yang bakal menjelma tidak lama lagi.
Semoga pelajar dapat mengulangkaji pembelajaran dengan baik dan seterusnya mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang.
Jangan lupa jaga kesihatan dan keselamatan anda semasa minggu ulangkaji ini.
Ikhlas daripada Persatuan Seni Visual (PERSENI) Sidang 2023/2024
✨Unleash Your Inner Picasso with PERSENI✨
07/07/2024
[SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARRAM 2024/MAAL HIJRAH 1664H]
Selamat Tahun Baru Hijrah 2024
Hijrah daripada kebatilan kepada kebenaran,
Hijrah daripada kegelapan kepada cahaya,
Hijrah daripada perpecahan kepada kesatuan.
💖📿
Kini tiba bulan Muharram 1446 Hijrah,
Semoga dapat menyinari hidup kita,
Dengan memperbaiki diri.
Meningkatkan lagi keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT,
Jadikan tahun depan ini lebih baik dari tahun lalu.
Salam Maal Hijrah 1446, Selamat Tahun Baru Islam.
Ikhlas daripada
Persatuan Seni Visual (PERSENI) Sidang 2023/2024
"Unleash Your Inner Picasso"
16/06/2024
*[SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA 2024]*✨
Persatuan Seni Visual(PERSENI) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ingin mengucapkan Selamat menyambut Hari Raya AidilAdha kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya masyarakat beragama Islam. Maaf zahir batin.
✨Unleash Your Inner Picasso with PERSENI✨
Ikhlas daripada,
PERSENI UPSI❤️
06/06/2024
[ *PROGRAM ZONAKIDS FESTIVAL : ASPIRE TO INSPIRE*]🎡🚀
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,✨
S**acita dimaklumkan bahawa Exco Media Publisiti dan Informasi Majlis Mahasiswa Kolej Ungku Omar Universiti Pendidikan Sultan Idris *dengan kerjasama* Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC) akan menganjurkan program *ZONAKIDS FESTIVAL: ASPIRE TO INSPIRE*🎡🚀
Pada ketetapan berikut;
🗓️Tarikh: *11 JUN 2024 (SELASA)*
⏰Masa: *8.00 PAGI - 12.30 TENGAHARI*
🏡Tempat: *PUSAT PENYELIDIKAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK NEGARA (NCDRC)*
🎡 Terbuka kepada semua kanak-kanak tadika, guru-guru, ibubapa dan mahasiswa/i seluruh negeri Perak dan Selangor!
📌 Pelbagai Aktiviti menarik sepanjang program
📌 CHAMP disediakan bagi mahasiswa/i UPSI
Jangan lepaskan peluang!!
Ayuhlah bersama-sama memeriahkan lagi program ini
🔗Makluman Lanjut: https://linktr.ee/zonakidsfestival
JUMPA ANDA DISANA🔥🔥
Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
📲 Syazwani : 0199150018
📲 Shahira : 0178343233
"PENERAJU MAHASISWA DINAMIK"
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _
🔰🔰🔰🔰🔰🔰🔰🔰🔰🔰🔰🔰
Yang Menjalankan Tugas,
AJK pendaftaran,
Zonakids Festival.💙
30/05/2024
*[SELAMAT MENYAMBUT PESTA KAAMATAN]*
Sempena Perayaan Pesta Kaamatan, Persatuan Seni Visual (PERSENI) sidang 2023/2024 ingin mengucapkan Selamat Menyambut Pesta Kaamatan kepada seluruh pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI) yang meraikannya.
Semoga Pesta Kaamatan yang disambut pada tahun ini dapat terus meningkatkan rasa kesyukuran dan seterusnya dapat membawa sinar kegembiraan dan memberi inspirasi dalam meningkatkan semangat perpaduan yang kukuh.
Ikhlas daripada Persatuan Seni Visual (PERSENI) Sidang 2023/2024
✨Unleash Your Inner Picasso with PERSENI✨
25/05/2024
[TAHNIAH DAN SYABAS DIATAS PELANTIKAN BARISAN RAKAN EXCO BAHARU2023/2024]
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Persatuan Seni Visual Sidang 2023/2024 ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada mereka yang telah terpilih sebagai rakan exco PERSENI baharu sesi 2023/2024.
Semoga dengan peluang ini, kita dapat memberi manfaat dan ruang untuk membina personaliti dan kreativiti dalam menonjolkan lagi bakat pelajar selain dapat membawa nama PERSENI sehingga berjaya.
✨Unleash Your Inner Picasso with Perseni✨
12/05/2024
*[SELAMAT HARI IBU]*
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Barisan Persatuan Seni Visual (PERSENI) ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu bagi wanita yang bergelar ibu. Terima kasih atas pengorbananmu🥰.
Ibu ibu,
engkaulah ratu hatiku,
Bila ku berduka,
engkau hiburkan selalu❤️🎶
Ikhlas daripada,
PERSENI UPSI✨
✨ Unleash Your Inner Picasso With PERSENI ✨