Ikatan Sepadu Anak Jati Sabah UPSI - IKSAS UPSI

Ikatan Sepadu Anak Jati Sabah UPSI - IKSAS UPSI

Share

Bersatu Dalam Kepelbagaian
#IKSASMIGINAWO
πŸ“§ : [email protected] "BERSATU DALAM KEPELBAGAIAN" merupakan moto IKSAS yang mempunyai makna yang amat mendalam.

Kesatuan dan kerjasama dalam kalangan anak-anak Sabah merupakan matlamat utama kerana latar belakang anak-anak Sabah yang pelbagai dari sudut kaum, bangsa dan agama.

03/06/2026

[ COUNTDOWN 3 HARI LAGI ] πŸ‘€βœ¨

Assalamualaikum, Salam sejahtera dan Salam IKSAS Bersatu dalam Kepelbagaian.✨

⏳ Tinggal 3 hari sahaja lagi!

Pernah terfikir bagaimana seni tari mampu menyerlahkan keyakinan diri? Atau bagaimana sentuhan solekan yang tepat boleh mengubah penampilan dan meningkatkan aura seseorang? πŸ€”πŸ’„πŸ’ƒ

Segala persoalan ini bakal terjawab dalam GERAKRONA: Bengkel Asas Tari dan Solekan, sebuah program yang menggabungkan kreativiti, budaya dan pengalaman pembelajaran yang menarik dalam satu platform. πŸ”₯

πŸ“ Maklumat program:
πŸ—“οΈ Tarikh: 6 – 7 Jun 2026
⏰ Masa: 8.00 pagi – 1.00 petang
πŸ“Œ Tempat: Ruang Legar E Aras 5, Bangunan E-Learning, KSAJS UPSI

✨ Apa yang menanti anda?
✨ Pengalaman baharu
✨ Ilmu yang bermanfaat
✨ Aktiviti yang menyeronokkan
✨ Suasana yang penuh warna-warni

Jadi, sudah bersedia untuk merasai sendiri pengalaman GERAKRONA? Nantikan kemeriahannya dan pastikan anda menjadi sebahagian daripada perjalanan ini! ❀️‍πŸ”₯





03/06/2026

[ πŸŽͺ CIBO MARKET IKSAS SIDANG 2025/2026 KEMBALI LAGI!! πŸŽͺ]πŸ“£

Assalamualaikum W.B.T, Kopisanangan dan Salam IKSAS Bersatu dalam Kepelbagaian. ✨

Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Ikatan Sepadu Anak Jati Sabah akan membuka semula booth jualan IKSAS di Cibo Market 3.0 πŸ”Š.

Jualan makanan khas dari Sabah iaitu Serunding Tuhau, Keropok Jejari, Mix Drinks, Kicap Sabah , Kuih Lidah Susu dan Lada Sabah akan dijual bersama dengan baju T-shirt IKSAS dan kad keahlian IKSAS.

Jom kita sama-sama datang dan memeriahkan lagi suasana di CIBO MARKET pada ketetapan berikut:

πŸ“… Tarikh : 03 JUN 2026
πŸ“Œ Hari : RABU
⏰ Masa : 2:00PM - 9:00PM
πŸŽͺ Tempat : Tapak No. 27, Perkarangan Bitarasiswa, KSAJS, UPSI

🚚 Perkhidmatan COD turut disediakan!
πŸ“ Kawasan Kolej Kampus Baru & Taman U
πŸ’° Caj COD: RM2 sahaja

πŸ“² Sebarang tempahan / pertanyaan COD boleh hubungi:
● https://wa.link/5p6vm8 -(Nartherniel Nicholas)
● https://wa.link/sztdys -(Fieonnessa)

Jumpa anda di sana! MEMBELI KAMU, MENJUAL KAMI πŸ’—!!

MARI DATANG BERAMAI-RAMAI! πŸ“’





03/06/2026

πŸ“’ [ COMING SOON : PROGRAM IKSAS FOODSHARE: KINDNESS SHARED DAILY]πŸ›πŸπŸ½οΈ

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam IKSAS Bersatu dalam Kepelbagaian. πŸ€

IKSAS Foodshare: Kindness Shared Daily, merupakan sebuah program yang diwujudkan untuk menggalakkan budaya berkongsi makanan dan membantu komuniti yang memerlukan. Program ini memberi peluang kepada orang ramai untuk menyumbang makanan serta menyebarkan semangat prihatin dan saling membantu dalam kalangan mahasiswa/i di universiti ini.

Melalui IKSAS foodshare , diharapkan lebih ramai individu dapat bersama-sama memainkan peranan dalam mewujudkan komuniti yang lebih penyayang dan bertanggungjawab. Bersama-sama menyebarkan kebaikan melalui perkongsian makanan kepada mereka yang memerlukan. πŸ½οΈπŸ€

Sama-sama kita nantikan! 😁🫡🏻

”We Care, We Share” πŸ½οΈπŸ’š





03/06/2026

[BOROS-BOROS TADAU BAINO]

Kopisanangan, kanou minsingilo hotob boros Kadazandusun tadau baino.

Mari belajar perkataan Kadazandusun.

Iri-Iri noh pogiilangan dahai montok minggu do baino. Alansan daa olidas tokou ngawi! Pounsikou! ✨❀️





02/06/2026

[MORE YOU KNOW ABOUT SABAH WITH IKSAS : KOILO KO NANGKU?]

βœ¨β€œEDISI: ASAL USUL KAUM TIDUNGβ€βœ¨

Kopisanangan, nunu kabar nu?πŸ‘‹
Apa itu kaum Tidung? Tahukah kamu dari mana asal usul kaum Tidung 🧐?

Bah, jom kita sama-sama menyelami cerita rakyat penuh nilai sejarah, budaya dan pengajaran ini! Jangan lupa saksikan sampai habis ya πŸ€—

πŸŽ₯ Link TikTok:
https://vt.tiktok.com/ZSxTFy5P6/

Nah, menarik kan cerita rakyat di Sabah? 🀩

Jadi jangan lupa share video ini dengan kawan-kawan yang lain.✨ Ini saja perkongsian untuk minggu ini, nantikan video-video kami yang akan datang, hanya di TikTok TV IKSAS! πŸ”₯





02/06/2026

🍽️ [MITOS - MITOS DIET] 🍽️

Salam sejahtera dan Salam IKSAS Bersatu dalam Kepelbagaian✨

Terdapat beberapa mitos - mitos diet yang sering kita dengari. Namun begitu, adakah mitos - mitos tersebut boleh dipercayai? πŸ€”

Antara mitos - mitos tersebut termasuklah:
🍽️ Makan malam selepas jam 8 mampu menggemukkan badan.
🍴Sebenarnya ia bergantung kepada jumlah kalori yang diambil semasa makan.

🍚 Perlu cut off nasi dan karbohidrat.
🍴Kita perlu mengawal jumlah pengambilan karbohidrat bukan berhenti mengambil karbohidrat.

πŸ₯— Berlapar atau makan terlalu sedikit.
🍴Cara ini hanya akan menyebabkan kerosakan kadar metabolisme dan akhirnya akan menyebabkan berat badan naik secara mendadak.

Oleh itu, kita perlulah mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang untuk memastikan pengamalan diet harian yang betul 🍽️

Sekian, terima kasihπŸ™πŸΌ





02/06/2026

[πŸ“’ HEBAHAN TINJAUAN TARIKH KEPULANGAN MAHASISWA/I BORNEO (DEGREE) SEMESTER 2 SESI 2025/2026 ✈️🏑]

Salam Sejahtera, Salam IKSAS Bersatu dalam Kepelbagaian dan Salam Sarawak Maju Makmur.

Persatuan Ikatan Sepadu Anak Jati Sabah (IKSAS) dengan kerjasama Jalinan Anak Sarawak (JASA) sedang menjalankan tinjauan tarikh kepulangan mahasiswa/i Borneo (Degree) sempena cuti Semester 2 Sesi 2025/2026.

Tinjauan ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat tarikh kepulangan mahasiswa/i Borneo bagi membantu pihak IKSAS dan JASA merancang serta menyelaras inisiatif pengangkutan ke KLIA 1 dan KLIA 2 dengan lebih teratur dan berkesan.

πŸ“… Tempoh Tinjauan:
2 Jun 2026 – 15 Jun 2026

πŸ“ Sasaran:
Semua mahasiswa/i Borneo (Sabah dan Sarawak) peringkat Ijazah Sarjana Muda (Degree) UPSI.

Kerjasama dan maklum balas anda amat dihargai bagi memastikan perancangan perjalanan pulang ke kampung halaman dapat dilaksanakan dengan lebih lancar dan sistematik.

πŸ“² Sila imbas atau isi link QR yang tertera untuk mengisi tinjauan.
https://forms.gle/PxC5HarbPQN1ttTW9

Sekian,terima kasih❀️✨





02/06/2026

[ COUNTDOWN 4 HARI LAGI ] πŸ‘€βœ¨

Assalamualaikum, Salam sejahtera dan Salam IKSAS Bersatu dalam Kepelbagaian.✨

⏳ Tinggal 4 hari sahaja lagi!

Pernah terfikir bagaimana seni tari mampu menyerlahkan keyakinan diri? Atau bagaimana sentuhan solekan yang tepat boleh mengubah penampilan dan meningkatkan aura seseorang? πŸ€”πŸ’„πŸ’ƒ

Segala persoalan ini bakal terjawab dalam GERAKRONA: Bengkel Asas Tari dan Solekan, sebuah program yang menggabungkan kreativiti, budaya dan pengalaman pembelajaran yang menarik dalam satu platform. πŸ”₯

πŸ“ Maklumat program:
πŸ—“οΈ Tarikh: 6 – 7 Jun 2026
⏰ Masa: 8.00 pagi – 1.00 petang
πŸ“Œ Tempat: Ruang Legar E Aras 5, Bangunan E-Learning, KSAJS UPSI

✨ Apa yang menanti anda?
✨ Pengalaman baharu
✨ Ilmu yang bermanfaat
✨ Aktiviti yang menyeronokkan
✨ Suasana yang penuh warna-warni

Jadi, sudah bersedia untuk merasai sendiri pengalaman GERAKRONA? Nantikan kemeriahannya dan pastikan anda menjadi sebahagian daripada perjalanan ini! ❀️‍πŸ”₯





02/06/2026

[POGIILANGAN TADAU BAINO]

KopisananganπŸ₯°
Kanou minsingilo kokomoi rusap koubasanan baino.

Mari belajar berkaitan herba tradisional pada hari ini.

Iri-iri no pogiilangan dahai montok do minggu baino. Sonong-sonongon daati hinonggo nopo! Pounsikou❀️





01/06/2026

πŸ‘‘πŸ‡²πŸ‡Ύ [DAULAT TUANKU | SELAMAT MENYAMBUT HARI KEPUTERAAN RASMI KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG 2026] πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‘‘

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam IKSAS Bersatu dalam Kepelbagaian.

Ikatan Sepadu Anak Jati Sabah (IKSAS) merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah dan menjunjung kasih sempena Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku dikurniakan keafiatan, kesejahteraan, kebahagiaan dan keberkatan yang berpanjangan dalam meneruskan pemerintahan yang adil serta menaungi rakyat dan negara dengan penuh kebijaksanaan.

Sesungguhnya institusi Raja Berperlembagaan merupakan lambang perpaduan, kedaulatan dan kestabilan negara yang harus sentiasa dipelihara serta dihormati oleh seluruh rakyat Malaysia.

Dirgahayu Tuanku.
Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku.

Semoga Malaysia terus aman, makmur dan bersatu padu di bawah naungan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Ikhlas daripada,
Ikatan Sepadu Anak Jati Sabah (IKSAS)❀️





Want your school to be the top-listed School/college in Tanjung Malim?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Tanjung Malim
35900