01/06/2021
“Kenapa makin lama saya rasa makin hambar hubungan saya dengan isteri saya?”
“Kenapa rasa makin lama makin pudar perasaan saya pada isteri saya?”
Ramai yang mesej dan tanya soalan ni. Itu bermakna ianya adalah fitrah untuk emosi itu naik turun.
Cinta sebenarnya makin pudar bukan kerana emosi yang semakin hambar tetapi kerana usaha mengekalkannya semakin lemah.
Dan komunikasi adalah salah satu puncanya.
6 kategori komunikasi (lisan) yang perlu ada dalam rumahtangga. (Artikel ini hanya fokus kepada komunikasi lisan)
1. Luahan cinta dan sayang
Luahan yang akan menguatkan lagi hubungan dan perasaan. Luahan akan menyebabkan si isteri berbunga-bunga perasaannya. Suami juga akan seronok bila isteri seronok.
2. Penghargaan
“Terima kasih banyak sebab awak jadi isteri/suami saya”.
“Untung saya ada suami macam abang. Kalau tak saya tak tahulah...”
Hargai pasangan anda.
3. Layanan & ambik berat
“Awak nak makan apa?
“Awak ok tak?”
“Kerja macam mana?”
4. Pujian
Samada pada penampilan, tingkah laku, kemahiran & personalitinya.
Ringankan lah bibir untuk memuji apabila sesuatu tu kita sukai. Dan pujian tu kita sandarkan pada Allah.
“Baiknya Allah beri abang isteri yang masak sedap ni. Fuh... mantap”
5. Teguran
Teguran perlu ada dalam rumahtangga. Ianya sebagai tanda ambil berat dan tanda sayang. Tegurlah pasangan dengan cara, masa dan tempat yang sesuai. Tegurlah dengan penuh cinta dan sayang. Tanpa teguran rumahtangga akan terpesong walaupun bahagia. Apatah lagi yang tidak bahagia.
6. Maaf
Antara ungkapan yang paling mahal dalam rumahtangga adalah maaf. Susah betul nak ungkapkan. Kebiasaannya masing-masing buat tak tahu dan mengharapkan pasangan akan lupakan dengan sendiri. Kalau dapat lupakan Alhamdulillah. Tapi kalau tidak?
InsyaAllah 6 kategori ini akan membantu membugar emosi dalam rumahtangga dan mengekalkan keharmonian.
Walaupun banyak lagi faktor lain yang tak dapat saya nak masukkan semuanya dalam tulisan ini.
Cuba cek berapa banyak yang dah kita amalkan berdasarkan senarai ini?
Walaupun rumahtangga BUKAN SEKADAR CINTA, namun cinta tetap adalah perisa terbaik dalam rumahtangga.
(Buku saya BUKAN SEKADAR CINTA adalah buku yang berkisar tentang pengurusan hati, emosi dan konflik dalam rumahtangga. Santai tapi insyaAllah sampai. Dapatkan segera.
Jom dapatkan buku terbaharu Tuan Fadzli Aziz.. http://nak.la/bukuBukanSekadarCinta
moga bermanfaat..