Majlis Anak Johor (M

Majlis Anak Johor (M Persatuan Anak Johor Universiti Pendidikan Sultan Idris

Page Rasmi Majlis Anak Johor Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak
~ MAHASISWA PENERAJU REVOLUSI DARUL TAKZIM ~

Group:
-https://www.facebook.com/groups/upsianjohorbloods/
-https://www.facebook.com/groups/461440227331662/

Group GAJ: https://www.facebook.com/groups/mahasiswajohor/

Assalamualaikum wbt dan Salam Maju Johor 💙❤️[SETINGGI-TINGGI UCAPAN TAHNIAH]Majlis Anak Johor (M@JOR), Universiti Pendid...
04/08/2026

Assalamualaikum wbt dan Salam Maju Johor 💙❤️

[SETINGGI-TINGGI UCAPAN TAHNIAH]

Majlis Anak Johor (M@JOR), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Adli As Siddiq Hadhari bin Adnan atas pelantikan sebagai Ahli Dewan Muda Johor (DMJ) Sesi 2026/2027 pada 1 Ogos 2026.

Semoga pelantikan ini menjadi pemangkin kepada usaha yang lebih cemerlang dalam memperjuangkan aspirasi belia, memacu pembangunan negeri serta menyumbang bakti demi kemajuan Johor.

Sekian, terima kasih.

“MAHASISWA PENERAJU REVOLUSI DARUL TAKZIM”





[LENSA LENTERA BAHASA: PENA KATA PUJANGGA USMAN AWANG]Assalamualaikum wbt dan Salam Maju Johor ❤️💙Pada 17 hingga 19 Jun ...
28/07/2026

[LENSA LENTERA BAHASA: PENA KATA PUJANGGA USMAN AWANG]

Assalamualaikum wbt dan Salam Maju Johor ❤️💙

Pada 17 hingga 19 Jun 2026, Majlis Anak Johor (M@JOR) UPSI telah berjaya menganjurkan program Lentera Bahasa: Pena Kata Pujangga Usman Awang yang berlangsung di Tanjung Sedili, SMK Tun Habab, Kota Tinggi, Johor dan Dewan Jauhar, National Child Development Research Centre (NCDRC), UPSI.

Program ini bertujuan menyemarakkan kecintaan terhadap bahasa dan sastera Melayu melalui penghayatan karya Allahyarham Usman Awang yang sarat dengan nilai kemanusiaan, perpaduan dan jati diri.

Pelbagai aktiviti seperti sesi perkongsian ilmu, perbincangan dan aktiviti interaktif telah dilaksanakan bagi meningkatkan apresiasi peserta terhadap bahasa dan sastera Melayu, di samping memupuk pemikiran kritis serta semangat memartabatkan bahasa kebangsaan.

Semoga segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh menjadi inspirasi kepada pelajar dan mahasiswa/i untuk terus mencintai, menghayati dan memartabatkan bahasa Melayu.

Sekian, terima kasih.

"MAHASISWA PENERAJU REVOLUSI DARUL TAKZIM"





[LENSA MAJLIS PENUTUPAN PERTANDINGAN VIDEO PENDEK: ERTI PENGORBANAN]🎥✨Assalamualaikum dan Salam Maju Johor ❤️💙Pada 2 Jun...
27/07/2026

[LENSA MAJLIS PENUTUPAN PERTANDINGAN VIDEO PENDEK: ERTI PENGORBANAN]🎥✨

Assalamualaikum dan Salam Maju Johor ❤️💙

Pada 2 Jun 2026 yang lalu, telah berlangsung Majlis Penutupan Pertandingan Video Pendek: Erti Pengorbanan secara atas talian anjuran Exco Akademik dan Kerjaya, Majlis Anak Johor (M@JOR) UPSI Sidang 2025/2026.

Program ini telah menghimpunkan para peserta, penonton serta jemputan bagi menyaksikan hasil karya kreatif yang mengetengahkan makna pengorbanan dari pelbagai perspektif. Selain menjadi platform untuk menyerlahkan bakat dalam penghasilan video, pertandingan ini turut memberi ruang kepada peserta untuk menyampaikan mesej yang bermakna dan menyentuh hati.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan peserta yang telah memberikan komitmen serta kreativiti yang terbaik sepanjang pertandingan ini berlangsung. Semoga program seperti ini dapat terus memupuk nilai penghargaan terhadap pengorbanan serta menggalakkan penghasilan karya yang berimpak dalam kalangan mahasiswa dan masyarakat.

Semoga pertandingan ini dapat memberi inspirasi kepada mahasiswa/i untuk terus berkarya secara kreatif dan berinovasi dalam menyampaikan mesej yang bermanfaat kepada masyarakat.

"MAHASISWA PENERAJU REVOLUSI DARUL TAKZIM"





[UCAPAN SALAM TAKZIAH DARIPADA MAJLIS ANAK JOHOR]SALAM TAKZIAHAssalamualaikum dan Salam Maju Johor.📢 Dukacita dimaklumka...
27/07/2026

[UCAPAN SALAM TAKZIAH DARIPADA MAJLIS ANAK JOHOR]

SALAM TAKZIAH

Assalamualaikum dan Salam Maju Johor.

📢 Dukacita dimaklumkan bahawa, ayahanda kepada Pn. Hjh. Maskana Binti Ahmad, Ketua Timbalan Pendaftar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar telah kembali ke rahmatullah pada 24 Julai 2026 bersamaan 9 Safar 1448H.

▫️Marilah kita sama-sama mendoakan agar Pn. Hjh. Maskana diberikan kekuatan dan dipermudahkan segala urusan.

Sekian, terima kasih.

“Mahasiswa Peneraju Revolusi Darul Takzim”




Assalamualaikum wbt dan Salam Maju Johor ❤️💙[SELAMAT MENJALANI PERANTIS GURU]Majlis Anak Johor (M@JOR) UPSI Sidang 2025/...
27/07/2026

Assalamualaikum wbt dan Salam Maju Johor ❤️💙

[SELAMAT MENJALANI PERANTIS GURU]

Majlis Anak Johor (M@JOR) UPSI Sidang 2025/2026 ingin mengucapkan Selamat Menjalani Program Perantis Guru kepada seluruh mahasiswa/i UPSI yang akan menjalani Program Perantis Guru di sekolah-sekolah.

Semoga peluang ini menjadi medan untuk menimba pengalaman, mengaplikasikan ilmu yang dipelajari serta membentuk sahsiah dan profesionalisme sebagai bakal pendidik yang berwibawa. Teruslah berusaha, berbakti dan memberikan yang terbaik dalam mendidik anak bangsa.

Selamat maju jaya dan semoga segala urusan dipermudahkan.

Sekian, terima kasih.

"MAHASISWA PENERAJU REVOLUSI DARUL TAKZIM"





Assalamualaikum wbt dan Salam Maju Johor 💙❤️[SELAMAT MENJALANI CUTI SEMESTER]Majlis Anak Johor (M@JOR) Sidang 2025/2026 ...
27/07/2026

Assalamualaikum wbt dan Salam Maju Johor 💙❤️

[SELAMAT MENJALANI CUTI SEMESTER]

Majlis Anak Johor (M@JOR) Sidang 2025/2026 ingin mengucapkan selamat menjalani cuti semester kepada seluruh mahasiswa/i Ijazah Sarjana Muda Semester 2 Sesi 2025/2026 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Semoga cuti semester ini dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya untuk berehat, meluangkan masa bersama keluarga serta mempersiapkan diri bagi menghadapi semester yang akan datang.

Selamat bercuti dan semoga terus bersemangat dalam menimba ilmu.

Sekian, terima kasih.

“MAHASISWA PENERAJU REVOLUSI DARUL TAKZIM”





Assalamualaikum wbt dan Salam Maju Johor❤️💙[SEKALUNG TAHNIAH]Majlis Anak Johor (M@JOR), Universiti Pendidikan Sultan Idr...
20/07/2026

Assalamualaikum wbt dan Salam Maju Johor❤️💙

[SEKALUNG TAHNIAH]

Majlis Anak Johor (M@JOR), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada YB Dr. Muhammad Naqib bin Md Ghazali atas pelantikan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor pada 18 Julai 2026, bersamaan 3 Safar 1448H.

Semoga pelantikan ini menjadi pemangkin kepada usaha memperkasa sektor pendidikan dan penyampaian maklumat di Negeri Johor. Didoakan agar YB sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kekuatan, kebijaksanaan serta dipermudahkan segala urusan dalam menggalas amanah demi kemajuan negeri dan kesejahteraan rakyat.

Sekian, terima kasih.

"MAHASISWA PENERAJU REVOLUSI DARUL TAKZIM"





Assalamualaikum wbt dan Salam Maju Johor 💙❤️[SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH]Majlis Anak Johor (M@JOR) UPSI...
20/07/2026

Assalamualaikum wbt dan Salam Maju Johor 💙❤️

[SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH]

Majlis Anak Johor (M@JOR) UPSI Sidang 2025/2026 ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YB Aznan bin Tamin atas segala jasa, komitmen serta khidmat bakti sepanjang memegang portfolio sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor.

Segala sumbangan dan khidmat bakti yang telah dicurahkan demi memperkasa sektor pendidikan serta pembangunan mahasiswa Johor amatlah dihargai dan akan sentiasa dikenang sebagai inspirasi kepada generasi akan datang.

Semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan yang baik, melimpahkan rahmat, hikmah serta keberkatan, dan terus mempermudahkan segala urusan beliau dalam meneruskan khidmat bakti demi kemajuan Bangsa Johor serta kesejahteraan rakyat.

“MAHASISWA PENERAJU REVOLUSI DARUL TAKZIM”





Assalamualaikum wbt dan Salam Maju Johor ❤️💙[SETINGGI-TINGGI TAHNIAH]Majlis Anak Johor (M@JOR) UPSI Sidang 2025/2026 ing...
14/07/2026

Assalamualaikum wbt dan Salam Maju Johor ❤️💙

[SETINGGI-TINGGI TAHNIAH]

Majlis Anak Johor (M@JOR) UPSI Sidang 2025/2026 ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada YBrs. Prof. Dr. Mohd Izwan bin Shahril atas pelantikan semula beliau sebagai Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Semoga beliau terus cemerlang dalam menggalas amanah yang diberikan serta sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kejayaan dan keberkatan dalam setiap urusan.

Sekian, terima kasih.

"MAHASISWA PENERAJU REVOLUSI DARUL TAKZIM"





Assalamualaikum wbt dan Salam Maju Johor 💙❤️[SEKALUNG TAHNIAH]Majlis Anak Johor (M@JOR), Universiti Pendidikan Sultan Id...
13/07/2026

Assalamualaikum wbt dan Salam Maju Johor 💙❤️

[SEKALUNG TAHNIAH]

Majlis Anak Johor (M@JOR), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato' Onn Hafiz bin Ghazi atas pelantikan sebagai Menteri Besar Johor pada 12 Julai 2026, bersamaan 26 Muharam 1448H.

Semoga Allah SWT mengurniakan taufik dan hidayah, melimpahkan kekuatan, kebijaksanaan serta keberkatan kepada beliau dalam memikul amanah memimpin Negeri Johor ke arah kemajuan, kesejahteraan dan kemakmuran demi rakyat dan negeri tercinta.

"MAHASISWA PENERAJU REVOLUSI DARUL TAKZIM"





Address

Tanjung Malim
35900

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Anak Johor (M posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Majlis Anak Johor (M:

Shortcuts

Share