11/08/2026
KONVENSYEN AMAR 2026
Memperkukuh Penginstitusian AMAR,
Memangkin Kelestarian Literasi Mahasiswa
📍 Kampus Sultan Azlan Shah (KSAS), UPSI
📅 7–9 Ogos 2026
UPSI | BAHAGIAN PENDIDIKAN MASYARAKAT, SPRM
Konvensyen Angkatan Mahasiswa Antirasuah (AMAR) 2026 telah berjaya dilaksanakan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan kerjasama Bahagian Pendidikan Masyarakat, SPRM, bertemakan “Memperkukuh Penginstitusian AMAR, Memangkin Kelestarian Literasi Mahasiswa”. Konvensyen siri ke-10 ini menghimpunkan mahasiswa bagi memperkukuh hala tuju AMAR serta memperkasakan peranan mahasiswa dalam agenda pendidikan dan kesedaran antirasuah.
Konvensyen ini menjadi platform penting bagi memperkukuh nilai murni dan jati diri pemimpin AMAR, memperkasa kerjasama bersama SPRM serta mempelbagaikan pendekatan penyampaian mesej antirasuah yang lebih relevan dengan mahasiswa. Pelbagai pengisian turut dilaksanakan termasuk forum berkaitan pengaruh media sosial terhadap persepsi rasuah, perbincangan kumpulan dan pembentangan yang menyentuh aspek kepimpinan mahasiswa, pendidikan antirasuah, kolaborasi strategik serta komunikasi digital.
Penganjuran Konvensyen AMAR 2026 mencerminkan komitmen UPSI dalam menyokong usaha memperkukuh pendidikan antirasuah dan pembudayaan integriti dalam kalangan mahasiswa, selaras dengan aspirasi untuk melahirkan generasi muda yang berintegriti, berdaya kepimpinan serta berani memainkan peranan dalam memerangi rasuah.