Pusat Alumni UPSI

Pusat Alumni UPSI

Share

Dikendalikan oleh Pusat Alumni UPSI sebagai medium hebahan maklumat dan aktiviti alumni

Photos from Pusat Alumni UPSI's post 12/05/2026

HEBAHAN KERJAYA | UM JOB FEST 2026

Pusat Alumni Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan sukacitanya ingin memaklumkan kepada seluruh Alumni Anak Kandung Suluh Budiman mengenai penganjuran sebuah program kerjaya berskala nasional yang amat signifikan, terutamanya bagi mereka yang sedang meneroka peluang kerjaya mahupun latihan industri.

UM Job Fest 2026 akan berlangsung pada 13 hingga 14 Mei 2026, bermula jam 9 pagi hingga 5 petang, bertempat di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Program ini mempertemukan lebih 200 majikan daripada pelbagai sektor terkemuka merangkumi kewangan, teknologi, pembinaan, farmaseutikal, logistik dan banyak lagi. Program ini turut memperoleh pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records sebagai acara dengan penyertaan majikan terbesar dalam pameran kerjaya universiti di Malaysia. Antara inisiatif utama yang disediakan sepanjang program termasuklah Pameran Kerjaya, Mentor Hot Seat, Walk-in Interview, serta Bicara Kerjaya oleh pemimpin industri terkemuka.

Program ini terbuka kepada semua graduan dan pelajar institusi pengajian tinggi. Pendaftaran boleh dilakukan melalui pautan berikut: www.umgeccjobfest.com

Jangan lepaskan peluang keemasan ini.

08/05/2026

INSPIRASI ALUMNI ‘26
Anak Kandung Suluh Budiman

Setiap perjalanan kehidupan pasti meninggalkan pengalaman dan kenangan yang membentuk siapa diri kita pada hari ini. Di sebalik setiap kejayaan, tersimpan usaha, pengorbanan dan semangat yang tidak pernah luntur.

Menampilkan Dr. Mohd Aizat bin Abu Hassan, alumni Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang kini berkhidmat sebagai seorang pendidik. Pengalaman sepanjang bergelar mahasiswa di UPSI telah menjadi asas penting dalam membina jati diri, nilai kepimpinan dan semangat untuk terus mendidik serta memberi inspirasi kepada generasi masa hadapan.

UPSI bukan sekadar tempat menuntut ilmu, tetapi sebuah institusi yang membentuk insan berilmu, berbakti dan berjiwa besar.

"Selagi Hayat Dikandung Badan, Kami Tetap Berbakti"

08/05/2026

FROM ZERO2HERO: TOKOH ALUMNI

Kisah perjalanan yang penuh komitmen dan usaha gigih ini membuktikan bahawa kejayaan tidak hadir sekelip mata, sebaliknya terhasil daripada ketekunan yang berterusan.

Menampilkan Muhammad Anas Murugan bin Abdullah, seorang alumni Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang telah menabur bakti dalam dunia pendidikan serta aktif dalam pelbagai peringkat penilaian dan pembangunan bahasa di peringkat negeri dan kebangsaan.

Dengan pengalaman luas sebagai pendidik dan penyelidik, beliau menjadi contoh inspirasi bahawa setiap langkah kecil mampu membawa kepada impak yang besar.

"Selagi Hayat Dikandung Badan, Kami Tetap Berbakti"

01/05/2026

Selamat Menyambut Hari Pekerja 2026

Pusat Alumni Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga pekerja Malaysia, terutamanya Alumni Anak Kandung Suluh Budiman yang telah memikul amanah mulia dalam pelbagai bidang profesion. Jasa kalian tidak pernah terhenti, bahkan terus terasa dalam setiap langkah kemajuan anak bangsa dan negara.

Tema "Pekerja Madani Kesuma Bangsa" yang diangkat pada tahun ini amat bertepatan dengan semangat yang kita junjung bersama, iaitu pekerja yang bukan sahaja produktif, malah bermoral, berintegriti, dan sentiasa mengutamakan kepentingan masyarakat.

Kepada Alumni Anak Kandung Suluh Budiman di mana jua kalian berada, teruslah berbakti dengan penuh kebanggaan. Setiap titik peluh yang kalian curahkan adalah warisan yang tidak ternilai kepada negara.

Ikhlas daripada,
Pengarah dan Warga Kerja Pusat Alumni UPSI.

Selagi Hayat Dikandung Badan, Kami Tetap Berbakti.

29/04/2026

INSPIRASI ALUMNI ‘26
Anak Kandung Suluh Budiman

Setiap perjalanan pasti menyimpan seribu makna dan kenangan yang membentuk siapa diri kita hari ini.

Menampilkan Siti Amalina binti Sariman, alumni Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang kini berkhidmat sebagai seorang pendidik. Perjalanan beliau sebagai pelajar dahulu menjadi asas kukuh dalam membina jati diri, nilai, dan semangat untuk mendidik generasi masa hadapan.

UPSI bukan sekadar tempat menuntut ilmu, tetapi sebuah “rumah” yang membentuk insan berilmu dan berbakti.

"Selagi Hayat Dikandung Badan, Kami Tetap Berbakti"

29/04/2026

FROM ZERO2HERO: TOKOH ALUMNI

Perjalanan penuh dedikasi dan ketekunan membuktikan bahawa kejayaan bukan sekadar destinasi, tetapi hasil usaha berterusan tanpa henti.

Menampilkan Dr. Subramaniam a/l Kolandan, seorang alumni Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang telah menabur bakti dalam dunia pendidikan serta aktif dalam pelbagai peringkat penilaian dan pembangunan bahasa di peringkat negeri dan kebangsaan.

Dengan pengalaman luas sebagai pendidik dan penyelidik, beliau menjadi contoh inspirasi bahawa setiap langkah kecil mampu membawa kepada impak yang besar.

"Selagi Hayat Dikandung Badan, Kami Tetap Berbakti"

27/04/2026

SESI PERKONGSIAN ALUMNI ANAK KANDUNG SULUH BUDIMAN SEMPENA KARNIVAL JOM MASUK UNIVERSITI 2026

Sesi Perkongsian Alumni Anak Kandung Suluh Budiman sempena Karnival Jom Masuk Universiti 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada Sabtu, 25 April 2026, bermula jam 10.00 pagi, bertempat di Panggung Percubaan, Kampus Sultan Azlan Shah, UPSI.

Sesi ini menampilkan empat orang Alumni Anak Kandung Suluh Budiman yang telah berjaya dalam bidang masing-masing, iaitu Encik Azam Amiri, Puan Keymi dari Hot FM, Cikgu Huzaid, dan Cikgu Anita Yusof, dengan dipengerusikan oleh moderator, Encik Hilmi.

Melalui perkongsian pengalaman dan kejayaan Alumni Anak Kandung Suluh Budiman, sesi ini berjaya memberi inspirasi kepada para pelajar yang bakal melanjutkan pengajian ke peringkat universiti, sekaligus memperkenalkan UPSI sebagai institusi pendidikan guru yang unggul di Malaysia.

Selagi Hayat Dikandung Badan, Kami Tetap Berbakti.

23/04/2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Pusat Alumni UPSI ingin memaklumkan bahawa Madani Alumni Run 2026 (MALUMNI) yang dijadualkan pada 10 Mei 2026 telah ditangguhkan sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul dan mengucapkan terima kasih sokongan berterusan daripada seluruh Alumni Anak Kandung Suluh Budiman sekalian.

15/04/2026

LAWATAN PENANDA ARAS UNIVERSITI SELANGOR KE PUSAT ALUMNI UPSI

Pusat Alumni UPSI telah menerima kunjungan hormat daripada pihak Universiti Selangor (UniSEL) bagi tujuan lawatan penanda aras pada Selasa, 14 April 2026 di Bangunan Pusat Pelajar, UPSI, Tanjung Malim.

Lawatan ini merupakan pengiktirafan terhadap amalan terbaik Pusat Alumni UPSI dalam pengurusan alumni yang menjadi rujukan institusi pengajian tinggi lain di Malaysia. Pusat Alumni UPSI sentiasa terbuka untuk berkongsi kepakaran demi memperkasa jaringan alumni dalam kalangan institusi pendidikan negara.

Selagi Hayat Dikandung Badan, Kami Tetap Berbakti.

14/04/2026

KEMBARA SANTUNI ALUMNI ANAK KANDUNG SULUH BUDIMAN DI SANDAKAN, SABAH

Pusat Alumni Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah mengadakan program Kembara Santuni Alumni pada Isnin, 13 April 2026, bertempat di Sandokan Seafood, Sandakan, Sabah.

Program ini telah menyaksikan kehadiran seramai 70 orang Alumni Anak Kandung Suluh Budiman, mencerminkan semangat kekeluargaan yang kukuh dalam kalangan warga Alumni Anak Kandung Suluh Budiman di bumi Sabah.

Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif berterusan Pusat Alumni UPSI dalam mempererat hubungan silaturrahim bersama Alumni Anak Kandung Suluh Budiman di seluruh pelusuk Malaysia.

Pertemuan yang bermakna ini turut menjadi platform untuk Pusat Alumni UPSI mendengar secara langsung aspirasi, harapan, dan keperluan Alumni Anak Kandung Suluh Budiman, bagi memastikan setiap program dan inisiatif yang dirancang benar-benar memberi manfaat kepada mereka.

Selagi Hayat Dikandung Badan, Kami Tetap Berbakti.

13/04/2026

MADANI ALUMNI RUN 2026 | RSVP Penyertaan Alumni UPSI

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Pusat Alumni UPSI dengan sukacitanya ingin berkongsi maklumat berkenaan acara larian yang melibatkan dua negara, Malaysia dan Indonesia, anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Tarikh: 10 Mei 2026
Lokasi: Putrajaya, Malaysia dan Jakarta, Indonesia (lokasi berasingan)
Tema: Connecting Alumni Across Borders

Acara ini merupakan platform terbaik bagi mengeratkan hubungan alumni dua negara serumpun dalam semangat perpaduan.

Untuk pendaftaran rasmi, sila imbas QR Code pada poster di atas.

Selain itu, Pusat Alumni UPSI turut memohon kerjasama semua alumni Anak Kandung Suluh Budiman sekalian untuk mengisi borang RSVP bagi membantu kami menganggar bilangan penyertaan alumni UPSI dalam acara ini.

Borang RSVP: https://forms.gle/6bKT2FjMS97TNCix8

Kami mengalu-alukan penyertaan seluruh Anak Kandung Suluh Budiman sekalian, merentasi semua era dan generasi.

Want your school to be the top-listed School/college in Tanjung Malim?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Pusat Alumni, Pusat Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris
Tanjung Malim
35900

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00