21/08/2026
π JEMPUTAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL & REPORT CARD DAY EKC GENIUS ACADEMY π²πΎ
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua ibu bapa/penjaga yang dihormati.
Dengan sukacitanya pihak EKC GENIUS ACADEMY menjemput semua ibu bapa/penjaga untuk hadir bersama-sama ke program Sambutan Maulidur Rasul & Report Card Day yang akan diadakan pada:
π
25 Ogos 2026 (Selasa)
β° 11.00 pagi β 3.30 petang
π Tema Pakaian: Islamic & Kemerdekaan
π± Makanan: Potluck
π Kehadiran ibu bapa/penjaga amatlah digalakkan dan sangat dihargai, khususnya bagi sesi Report Card Day. Kehadiran Tuan/Puan memberikan ruang untuk kita bersama-sama berbincang, mendapatkan perkembangan pembelajaran anak serta mengeratkan hubungan antara pihak EKC dan keluarga.
π Pada masa yang sama, kami turut mengalu-alukan ibu bapa pelajar Transit untuk hadir bersama-sama memeriahkan suasana Sambutan Maulidur Rasul. Kehadiran semua amat dialu-alukan bagi menjadikan program ini lebih bermakna dan meriah untuk seluruh warga EKC.
π½οΈ Bagi memeriahkan lagi program, ibu bapa yang berkelapangan juga dialu-alukan untuk membawa hidangan potluck untuk dikongsi bersama.
Semoga kehadiran dan sokongan daripada semua ibu bapa/penjaga dapat mengeratkan lagi silaturahim antara EKC, ibu bapa dan anak-anak, di samping kita bersama-sama menghayati semangat kasih sayang dan teladan Rasulullah SAW.
Jumpa anda semua pada 25 Ogos 2026! ππ²πΎ
Terima kasih atas sokongan dan kerjasama yang sentiasa diberikan kepada EKC GENIUS ACADEMY. ππ