Pusat Kaunseling UPSI

Call Directions Website Contact the school

Pusat Kaunseling UPSI Pusat Kaunseling, Aras bawah, Blok Bitarasiswa, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah

🧠 BENGKEL DSM-5-TR IN ACTION: SERIES 2 BERLANGSUNG DENGAN JAYANYAPusat Kaunseling UPSI telah selesai menganjurkan Bengke...
24/09/2026

🧠 BENGKEL DSM-5-TR IN ACTION: SERIES 2 BERLANGSUNG DENGAN JAYANYA

Pusat Kaunseling UPSI telah selesai menganjurkan Bengkel β€œDSM-5-TR In Action: Enhancing Clinical Assessment and Diagnostic Skills for Counselors: Series 2” pada 22 dan 23 September 2026, yang menghimpunkan pengamal kesihatan mental dan kaunseling dari seluruh Malaysia.

Bengkel yang dikendalikan oleh Puan Nurin selaku Pengarah Program ini menampilkan barisan penceramah jemputan yang berpengalaman dalam bidang masing-masing, iaitu:

β€’ Dr. Ahmad Rostam Md Zin, Consultant Liaison Psychiatrist, Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar
β€’ Dr. Ruban Prasaath Vejayan, Pakar Psikiatri, Hospital Bahagia Ulu Kinta
β€’ Dr. Mohamad Firdaus bin Abdul Aziz, Pakar Psikiatri & Pakar Psikiatri Penagihan, Hospital Queen Elizabeth, Sabah
β€’ Chan Fun Shin, Pakar Terapi Hubungan dan Seksual, Certified S*x Therapist & Registered Counselor

Sepanjang dua hari bengkel, peserta didedahkan kepada pelbagai topik berkaitan Post-Traumatic Stress Disorder (PTSD), Personality Disorders, Schizophrenia Spectrum and Psychotic Disorders, Substance-Related Disorders serta S*xual and Po*******hy Addictions, merangkumi aspek penilaian dan intervensi berasaskan bukti.

Penganjuran bengkel ini menyediakan ruang pembelajaran profesional kepada para pengamal untuk memperkukuhkan pemahaman dan kemahiran dalam aplikasi DSM-5-TR bagi menyokong proses penilaian klinikal dan pengurusan kes yang lebih berstruktur.

Kehadiran peserta daripada pelbagai latar belakang dan lokasi di seluruh Malaysia turut mencerminkan minat serta keperluan berterusan terhadap pembangunan kompetensi dalam bidang penilaian klinikal dan amalan kaunseling.

Pusat Kaunseling UPSI merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Puan Nurin selaku Pengarah Program, barisan penceramah jemputan, jawatankuasa pelaksana serta semua pengamal dan peserta dari seluruh Malaysia atas komitmen dan kerjasama yang diberikan sepanjang pelaksanaan bengkel.

Semoga perkongsian ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat terus dimanfaatkan dalam memperkukuhkan amalan profesional serta penyampaian perkhidmatan kesihatan mental yang berkualiti.

ADAPT. OVERCOME. THRIVE.






🌍🧠 MINDNOVA 2026: GLOBAL MENTAL HEALTH SYMPOSIUMThe Future of Mental Health and WellbeingWhat happens when global expert...
22/09/2026

🌍🧠 MINDNOVA 2026: GLOBAL MENTAL HEALTH SYMPOSIUM

The Future of Mental Health and Wellbeing

What happens when global experts come together to rethink the future of mental health? 🌎✨

Join MINDNOVA 2026, an international platform bringing together psychologists, psychiatrists, mental health advocates, practitioners, students and communities for meaningful conversations, emerging insights and knowledge sharing.

πŸ“… 1 October 2026
πŸ“ Sultan Idris Education University (UPSI)
πŸ’» Physical & Online

πŸŽ™οΈ Featuring:
✨ Dr. Debbie Joffe Ellis
✨ Prof. Dr. Ramli Musa
✨ Mdm. Fariza Ashiq Hussain
🌟 Keynote: Dr. Nurashikin Ibrahim

πŸ’‘ Forum β€’ Plenary Session β€’ Mental Health Exhibition β€’ Closing Keynote

πŸ’° Registration from RM40
πŸ… 2 CPD Points for Lembaga Kaunselor Malaysia, application in process

πŸ“² Scan the QR code on the poster and secure your place or click on the link
https://forms.gle/7YyTZfz2erjabqvX6

Let’s shape the future of mental health, together.




🚌 COUNSELOR ON WHEELS (COW) 🚌Akademi Sains Pendang x Kementerian Pendidikan MalaysiaPusat Kaunseling UPSI meneruskan ini...
21/09/2026

🚌 COUNSELOR ON WHEELS (COW) 🚌
Akademi Sains Pendang x Kementerian Pendidikan Malaysia

Pusat Kaunseling UPSI meneruskan inisiatif Counselor on Wheels (COW) melalui program bersama Akademi Sains Pendang, sebagai usaha memperkasa kesedaran dan literasi kesihatan mental dalam kalangan pelajar.

πŸ“… 20 September 2026 (Ahad)
⏰ 8.00 pagi – 6.00 petang
πŸ“ Pendang, Kedah

Program ini memberi fokus kepada usaha meningkatkan kesedaran dan literasi kesihatan mental dalam kalangan pelajar berkeupayaan intelektual tinggi, di samping membuka ruang kerjasama baharu bersama Seksyen Pembangunan Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia.

πŸ‘₯ Jumlah peserta: 300 pelajar Akademi Sains Pendang
πŸ‘€ Pegawai terlibat: Dr. Pau Kee & En. Ahmad Shazwi

Inisiatif ini mencerminkan komitmen Pusat Kaunseling UPSI dalam memperluas akses kepada sokongan dan pendidikan kesihatan mental melalui pendekatan yang lebih dekat dengan komuniti.

ADAPT β€’ OVERCOME β€’ THRIVE






🚌 COUNSELOR ON WHEELS: MENDAMPINGI, MEMPERKASA, MEMBINA POTENSI 🧠Pusat Kaunseling Universiti Pendidikan Sultan Idris (UP...
21/09/2026

🚌 COUNSELOR ON WHEELS: MENDAMPINGI, MEMPERKASA, MEMBINA POTENSI 🧠

Pusat Kaunseling Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah melaksanakan Program Counselor on Wheels bersama MRSM Beseri pada 18 dan 19 September 2026 di Beseri, Perlis.

Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Tinggi dan MRSM Beseri sebagai salah satu inisiatif untuk mendekatkan perkhidmatan kaunseling serta memperkukuh kesedaran dan literasi kesihatan mental dalam kalangan pelajar.

Antara objektif program adalah untuk:
β€’ Meningkatkan kesedaran dan literasi kesihatan mental dalam kalangan pelajar MRSM Beseri.
β€’ Menjalinkan kerjasama baharu bersama MARA, khususnya dalam sektor pendidikan MRSM.

Program ini melibatkan seramai 399 orang pelajar MRSM Beseri dengan penglibatan pegawai Dr. Pau Kee dan En. Ahmad Shazwi.

Semoga inisiatif Counselor on Wheels terus menjadi wadah dalam memperluas akses kepada perkhidmatan kaunseling serta menyokong kesejahteraan psikologi dan pembangunan potensi pelajar.

ADAPT. OVERCOME. THRIVE.






21/09/2026

Kejayaan Pelajar UPSI

Tahniah Sdra. Redzmin bin Mohamed, YDP Kelab Pembimbing Rakan Siswa UPSI Sidang 25/25, Pusat Kaunseling UPSI atas kejayaan Anugerah Ikon Sembuh bersama Alam sempena Konvensyen i-PEERS 2026: Sembuh Bersama Alam pada 17-19 September 2026.






21/09/2026

Tahniah Pusat Kaunseling UPSI atas kejayaan Tempat Pertama Pertandingan Inovasi Perkhidmatan dan Program pada 18-19 September 2026.






πŸ† TAHNIAH BUAT PASUKAN PUSAT KAUNSELING UPSI! πŸ†Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Pusat Kaunseling Universiti Pend...
19/09/2026

πŸ† TAHNIAH BUAT PASUKAN PUSAT KAUNSELING UPSI! πŸ†

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Pusat Kaunseling Universiti Pendidikan Sultan Idris atas kejayaan meraih Tempat Pertama dalam Pertandingan Inovasi Perkhidmatan dan Program menerusi tajuk inovasi:

✨ INOVASI PERKHIDMATAN KAUNSELING: β€œCOUNSELOR ON WHEELS” ✨

πŸ“ Universiti Malaysia Terengganu
πŸ“… 18 – 19 September 2026

Kejayaan ini merupakan hasil komitmen, kreativiti dan usaha berterusan warga Pusat Kaunseling UPSI dalam memperkasa inovasi perkhidmatan kaunseling serta menghasilkan pendekatan yang lebih responsif dan berimpak.

Syabas dan tahniah kepada seluruh pasukan yang telah mengharumkan nama Pusat Kaunseling UPSI di persada inovasi! Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus menghasilkan inovasi yang bermakna dalam perkhidmatan kaunseling.

Bersama Membina Potensi.





Address

Blok Bitarasiswa
Tanjung Malim
35900

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:15
14:45 - 17:00

Telephone

+60194729866

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Kaunseling UPSI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Pusat Kaunseling UPSI:

Shortcuts

Share