Persatuan Pendidikan Moral Universiti Pendidikan Sultan Idris

Persatuan Pendidikan Moral Universiti Pendidikan Sultan Idris

Share

📚 AT41 ISMP Pendidikan Moral
💡 Persatuan Pendidikan Moral (PERMOR)
🏣 Fakulti Sains Kemanusiaan

19/03/2026

🧹PROGRAM UPSI BERSIH 2.0🧹

✨Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Moral Pelengkap Modal Insan ✨

Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Pendidikan Moral (PERMOR) akan mengadakan Program UPSI BERSIH 2.0 yang bertujuan untuk mengajak para pelajar untuk bersama-sama menyertai aktiviti gotong-royong dalam menjaga kebersihan kawasan universiti. Program ini juga diadakan bagi memupuk sikap bertanggungjawab, semangat kerjasama serta meningkatkan kesedaran dalam kalangan pelajar tentang kepentingan menjaga kebersihan persekitaran kampus agar sentiasa bersih, ceria dan selesa

Butiran program ialah seperti berikut:
🗓️Tarikh : 12 April 2026 (Ahad)
⏰Masa: 8:30 AM - 1:00 PM
📍Tempat : Dewan Kuliah Pusat 7,
KSAS, UPSI
👔 Dresscode: Sport Attire

🟠Mata Champ Disediakan
🟠Makanan & Minuman Disediakan kepada yang membayar yuran SAHAJA
🟠Yuran penyertaan: RM 4
🟠Walk in juga disediakan (tiada bayaran & makanan)
🟠Digalakkan membawa air sendiri

📌Link Pendaftaran :
https://forms.gle/To2Dw7UsKrAcnHtk9

📌Link Group WhatsApp:
https://chat.whatsapp.com/FdE8WOsNrmII2UCTfTRXr6?mode=gi_t

Sebarang Pertanyaan, sila hubungi :
📞Syafiq: 017-992 6887
📞Martina: 019-783 1877

Jumpa anda semua disana‼️

“Moral Pelengkap Modal Insan”




19/02/2026

🌙 SALAM RAMADAN AL-MUBARAK 🌙

✨Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera✨

Persatuan Pendidikan Moral (PERMOR) Universiti Pendidikan Sultan Idris ingin mengucapkan Selamat Menyambut Awal Ramadan Al-Mubarak buat semua yang menunaikan ibadah puasa khususnya yang beragama Islam. Semoga bulan ramadan ini memberikan lebih banyak makna dan erti, selalu diberkahi di bulan yang penuh berkah. 💛

Ikhlas daripada warga Persatuan Pendidikan Moral (PERMOR), Universiti Pendidikan Sultan Idris 💛

”Moral Pelengkap Modal Insan”




17/02/2026

🪭🧧SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA 🪭🧧

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Moral Pelengkap Modal Insan

Persatuan Pendidikan Moral (PERMOR), Universiti Pendidikan Sultan Idris ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada yang merayakan khusunya etnik Cina. Semoga pada tahun ini akan membawa tuah yang berlimpah, kegembiraan dan kebaikan yang bermakna kepada semua yang merayakannya. 🏮🪭🎊

🧧 Sekali lagi, kami ingin mengucapkan Gong Xi Fa Cai! 🧧

Ikhlas daripada warga Persatuan Pendidikan Moral (PERMOR), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

“Moral Pelengkap Modal Insan”





01/02/2026

✨ SELAMAT MENYAMBUT HARI THAIPUSAM ✨

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Moral Pelengkap Modal Insan

Persatuan Pendidikan Moral (PERMOR), Universiti Pendidikan Sultan Idris ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Thaipusam kepada seluruh masyarakat etnik India yang menyambut perayaan ini. Diharapkan perayaan ini membawa kedamaian, kesejahteraan, keberkatan dan keharmonian kepada semua.

Iniya Thaipusam Nalvaalthukal!🎉🎇

Ikhlas daripada warga Persatuan Pendidikan Moral (PERMOR), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

“Moral Pelengkap Modal Insan”





26/01/2026

📚✨ SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR ✨📚

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, dan Salam Moral Pelengkap Modal Insan.

Persatuan Pendidikan Moral (PERMOR), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ingin mengucapkan Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir kepada seluruh Mahasiswa/i Ijazah Sarjana Muda UPSI.

📚Semoga segala usaha, pengorbanan dan kesungguhan yang telah dicurahkan sepanjang semester ini membuahkan hasil yang cemerlang. Hadapilah peperiksaan dengan penuh keyakinan, disiplin dan keazaman yang tinggi.

💪🏻Teruskan berusaha, jangan mudah berputus asa dan percayalah pada kemampuan diri.
Semoga kejayaan sentiasa mengiringi dalam setiap langkah.

🔍“Tiada jalan pintas menuju kejayaan. Ia memerlukan usaha yang berterusan.”
— Thomas Edison

Ikhlas daripada warga,
Persatuan Pendidikan Moral (PERMOR) Universiti Pendidikan Sultan Idris.

"Moral Pelengkap Modal Insan"







19/01/2026

📚SELAMAT MENJALANI MINGGU ULANG KAJI📚

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, dan Salam Moral Pelengkap Modal Insan.✨

Persatuan Pendidikan Moral (PERMOR), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ingin mengucapkan Selamat Menjalani Minggu Ulang Kaji kepada seluruh Mahasiswa/i Ijazah Sarjana Muda UPSI.

🎯 Fokus dalam setiap langkah, berdoa dengan penuh keyakinan , dan berusaha dengan sepenuh hati , kerana itulah ramuan kejayaan yang sebenar . Belajar bukan hanya untuk lulus peperiksaan , tetapi belajar untuk membina masa depan yang gemilang dan memberi manfaat kepada diri , keluarga , serta masyarakat .

“Percayalah bahawa anda boleh melakukannya, dan anda sudah separuh jalan menuju kejayaan.” - Theodore Roosevelt

Ikhlas daripada warga
Persatuan Pendidikan Moral (PERMOR) Universiti Pendidikan Sultan Idris.

“Moral Pelengkap Modal Insan”





Photos from Persatuan Pendidikan Moral Universiti Pendidikan Sultan Idris's post 17/01/2026

🥇LENSA SUKANEKA RAKYAT AT41🥇

✨Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Moral Pelengkap Modal Insan✨

Pada 17 Januari 2026, Persatuan Pendidikan Moral (PERMOR) telah mengadakan Program Sukaneka Rakyat AT41 2026 yang telah berlangsung di Padang B (Stadium Mini), KSAS, UPSI. Program ini telah melibatkan pelajar semester 1 hingga semester 7 AT41 Pendidikan Moral UPSI. 👩🏻‍🏫

📌Objektif utama program ini dilaksanakan adalah menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi pelajar AT41 Pendidikan Moral. Melalui program ini diharapkan dapat membina hubungan sosial dan semangat kerjasama antara pelajar AT41 Pendidikan Moral.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang turut serta menjayakan program ini. Semoga program ini terus memberi manfaat kepada semua yang hadir. 👏🏻✨

”Moral Pelengkap Modal Insan"




17/01/2026

🕌27 REJAB 1447H/ 17 JANUARI 2026 | SALAM ISRAK MIKRAJ BUAT SELURUH UMAT ISLAM 🕌

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Moral Pelengkap Modal Insan dan Salam Malaysia Madani ✨

Peristiwa Israk Mikraj merupakan peristiwa agung yang wajib di imani oleh setiap umat Islam. Israk dan Mikraj mengingatkan kita akan keajaiban dan kebesaran Allah SWT. la juga mengingatkan kita bahawa dengan kekuatan iman dan ketabahan, kita boleh menempuh perjalanan yang jauh dan menghadapi cabaran dengan kekuatan daripada-Nya.🤲🏻

Semoga kita semua dapat memberikan inspirasi dan refleksi yang mendalam dalam memperingati peristiwa Israk Mikraj serta memperkuat keimanan kita kepada Allah SWT.✨

“Moral Pelengkap Modal Insan”




17/01/2026

🥇THE DAY SUKANEKA RAKYAT AT41🥇

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Moral Pelengkap Modal Insan✨

📢 Hari ini akan berlangsungnya SUKANEKA RAKYAT AT41✨

Ayuh kawan-kawan AT41, jom kita turun padang untuk memeriahkan lagi suasana! Inilah masanya kita melepaskan lelah belajar sambil bersantai dan eratkan ukhuwah sesama kita. 🤩

Ketetapan Program:
🗓 Tarikh: 17 Januari 2026 (Sabtu)
🕗 Waktu: 8:30 Pagi – 2:00 Petang
📍 Tempat: Padang B Stadium Mini, KSAS, UPSI
👕 Dresscode: Sports Attire atau Baju Batch (Digalakkan jika ada)
💰 Yuran Pendaftaran:
• RM 4 (Pelajar sem 1, laluan khas dan pelajar AT41 yang belum bayar sem lepas)
• ⁠RM 1 (Pelajar sem 3-7 yang sudah bayar sem lepas)

Apa yang menarik menanti anda?
✨ Mata CHAMP disediakan
✨ E-sijil penyertaan disediakan
✨ Makanan & minuman disediakan

Pendaftaran boleh dilakukan secara *Walk in* bagi sesiapa yang belum mendaftar.

Sebarang pertanyaan sila hubungi
📞 Stepfanus: 017‑850 2816
📞 Zahirah: 013‑525 9790

Jumpa anda semua disana‼️

”Moral Pelengkap Modal Insan”





16/01/2026

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Moral Pelengkap Modal Insan.

15 Januari 2026

إِنَّا لِلّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Dengan penuh dukacita,
Persatuan Pendidikan Moral menzahirkan salam takziah atas pemergian Allahyarham Dr. Abdul Jalal bin Abdul Manaf, Pensyarah Universiti DS13, Fakulti Sains Kemanusiaan. Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar kepada dunia pendidikan dan warga universiti. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat Allah SWT, diampunkan segala dosa, dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. Salam takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham.
Al-Fatihah.

Ikhlas daripada:
Persatuan Pendidikan Moral UPSI

"Moral Pelengkap Modal Insan"




16/01/2026

⏰ Countdown: 1 HARI LAGI ⏰

🏅 SUKANEKA RAKYAT AT41🏅

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Moral Pelengkap Modal Insan✨

📢 Berbaki 1 hari lagi sebelum menjelangnya SUKAN RAKYAT AT41.

Ayuh kawan-kawan AT41, jom kita turun padang untuk memeriahkan lagi suasana! Inilah masanya kita lepaskan lelah belajar sambil bersantai dan eratkan ukhuwah sesama kita. 🤩

Ketetapan Program:
🗓 Tarikh: 17 Januari 2026 (Sabtu)
🕗 Waktu: 8:30 Pagi – 2:00 Petang
📍 Tempat: Padang B (Stadium Mini), KSAS, UPSI
👕 Dresscode: Sports Attire atau Baju Batch (Digalakkan jika ada)
💰 Yuran Pendaftaran:
• RM 4 (Pelajar sem 1, laluan khas dan pelajar AT41 yang belum bayar sem lepas)
• ⁠RM 1 (Pelajar sem 3-7 bagi yang sudah membayar sem lepas)

Apa yang menarik menanti anda?
✨ Mata CHAMP disediakan
✨ E-sijil penyertaan disediakan
✨ Makanan & minuman disediakan

Pendaftaran boleh dilakukan melalui pautan Google Form berikut:
🔗 PAUTAN: https://forms.gle/fanfyeZKrq5FhFA3A

Sebarang pertanyaan sila hubungi
📞 Stepfanus: 017‑850 2816
📞 Zahirah: 013‑525 9790

Jumpa anda semua disana‼️

”Moral Pelengkap Modal Insan”





Want your school to be the top-listed School/college in Tanjung Malim?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Universiti Pendidikan Sultan Idris
Tanjung Malim
35900