05/12/2023
[TEAM EXPLORACE]
Assalamualaikum wbt, sukacita dimaklumkan bahawa pada 2 Disember 2023 yang lalu, kumpulan 3 mengadakan aktiviti Explorace dapat menguji tahap pengukuhan identiti nasionalisme negara serta tahap pengetahuan umum kepada pelajar tentang di Malaysia.
Tidak lupa juga hal ini dapat memupuk semangat patriotisme dalam diri pelajar.
Sekian, terima kasih.
🇲🇾MALAYSIA NEGARAKU, TANAH AIRKU YANG GEMILANG🇲🇾
05/12/2023
[IT’S WRAP]
Maka berakhirlah Program Santun Masyarakat (PSM) yang telah diadakan pada 2 Disember 2023 yang begitu mendapat sambutan dan meriah daripada pelajar SMK Kuala Kubu Bharu (SMKKKB).
Pelbagai aktiviti yang dijalankan sememangnya akan dapat menyemai semangat bekerjasama sama ada dalam kalangan mahasiswa/i UPSI bersama pelajar SMKKKB disamping dapat
memberi ilmu berkaitan bidang yang kami pelajari sebagai pelajar dalam bidang Pengajian Malaysia dengan pendidikan.
Impak pelaksanaan PSM akan mendatangkan kesan yang amat mendalam terutama sekali dalam diri dan jiwa mereka kerana mereka akan banyak mempelajari pelbagai ilmu baharu terutama sekali dalam bidang Pengajian Malaysia . Selain itu, Cikgu Upsi dapat meningkatkan kemahiran dalam berinteraksi dan mengeratkan jalinan ukhuwah bersama pelajar.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat.
🇲🇾MALAYSIA NEGARAKU, TANAH AIRKU YANG GEMILANG🇲🇾
05/12/2023
[TEAM SUKAN TRADISIONAL]
Assalamualaikum wbt, sukacita dimaklumkan bahawa pada 2 Disember 2023 yang lalu, kumpulan 2 mengadakan aktiviti Sukan Tradisional yang telah memberi pendedahan awal sejarah permainan tradisional dan mempraktikkan kaedah pelaksanaannya secara fizikal.
Hal ini juga dapat memperkukuh identiti nasionalisme dalam diri pelajar SMK Kuala Kubu Bharu.
Sekian, terima kasih.
🇲🇾MALAYSIA NEGARAKU, TANAH AIRKU YANG GEMILANG🇲🇾
05/12/2023
[TEAM PAMERAN BUDAYA MASYARAKAT BORNEO]
Assalamualaikum wbt, sukacita dimaklumkan bahawa pada 2 Disember 2023 yang lalu, kumpulan 1 mengadakan aktiviti Pameran pakaian, makanan dan tarian yang telah memperkenalkan nilai-nilai budaya masyarakat Borneo (Sabah dan Sarawak) kepada masyarakat di semenanjung terutamanya pelajar SMK Kuala Kubu Bharu.
Hal ini juga dapat meningkatkan tahap pengetahuan umum kepada pelajar tentang kewujudan kepelbagaian budaya di Malaysia.
Sekian, terima kasih.
🇲🇾MALAYSIA NEGARAKU, TANAH AIRKU YANG GEMILANG🇲🇾
05/12/2023
[TEAM TALK SANTAI]
Assalamualaikum wbt, sukacita dimaklumkan bahawa pada 2 Disember 2023 yang lalu, kumpulan 3 telah mengadakan aktiviti Talk Santai dan Simulasi Pilihan Raya supaya dapat memberi pendedahan dan gambaran awal kepada pelajar tentang situasi sebenar Pilihan Raya (PRU) yang akan datang.
Hal ini juga dapat meningkatkan ilmu pengetahuan kepada pelajar tentang isu semasa mengenai politik di Malaysia.
Sekian, terima kasih.
05/12/2023
[TEAM PERPADUAN]
Assalamualaikum wbt, sukacita dimaklumkan bahawa pada 2 Disember 2023 yang lalu, kumpulan 4 telah berjaya mengadakan aktiviti bola tampar perpaduan dan cop tangan pada Jalur Gemilang. Aktiviti ini telah memberi kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan perpaduan yang utuh dalam
sesebuah negara.
Sekian, terima kasih.
🇲🇾MALAYSIA NEGARAKU, TANAH AIRKU YANG GEMILANG🇲🇾
01/12/2023
[MALAYSIA NEGARAKU, TANAH AIRKU YANG GEMILANG]
Assalamualaikum & salam sejahtera,
Sukacita dimaklumkan bahawa mahasiswa/i KPG3013 Insan Guru Profesional (AT58A) akan mengadakan Projek Santun Masyarakat (PSM) di SMK Kuala Kubu Bharu. Memperkenalkan iaitu tema program kami Malaysia Negaraku, Tanah Airku yang Gemilang. Tentatif adalah seperti berikut:
📆Tarikh: 2 Disember 2023
🌤️Hari: Sabtu
⏰Masa: 8.00 am hingga 12.00 pm
📌Lokasi: Arena Bestari & Kawasan Padang SMK Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor
Pelbagai aktiviti menarik bakal diadakan. Kerjasama amatlah dihargai, Terima Kasih.
🇲🇾”MALAYSIA NEGARAKU, TANAH AIRKU YANG GEMILANG”🇲🇾
____________
Facebook: PSM AT58 A
Instagram:
Tiktok:
30/11/2023
[LENSA GERAK KERJA KUMPULAN]
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Perkongsian lensa minggu persediaan gerak kerja kumpulan masing-masing. Persediaan rapi telah dilaksanakan agar Projek Santun Masyarakat ini berjalan dengan lancar. Setiap kumpulan menyediakan pelbagai aktiviti menarik dan peralatan disediakan dengan lengkap.
Harapan kami agar pelaksanaan PSM ini dapat berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang diharapkan.
Sekian, terima kasih.
🇲🇾”MALAYSIA NEGARAKU, TANAH AIRKU YANG GEMILANG”🇲🇾
Facebook: PSM AT58A
Instagram:
Tiktok:
30/11/2023
[GERAK KERJA PROJEK SANTUN MASYARAKAT AT58A]
Minggu gerak kerja kumpulan pada minggu 1-3 Program Santun Masyarakat (PSM) bersama mahasiswa/i Pengajian Malaysia (AT58A) KPG3013 Insan Guru Professional.
Buat pengetahuan, Wakil MT program telah bersama warden asrama dan membuat peninjauan yang rapi di sekitar SMK Kuala Kubu Bharu untuk Projek Santun Masyarakat ini yang bakal diadakan.
Sekian, terima kasih.
🇲🇾"MALAYSIA NEGARAKU, TANAH AIRKU YANG GEMILANG" 🇲🇾