04/01/2026
FUTURETECH: FROM IDEAS TO CREATION
Bengkel Asas Arduino
Tarikh: 3 Januari 2026
Tempat: Kolej Za'ba, Universiti Pendidikan Sultan IdrisTelah
Alhamdulillah, program ini telah berlangsung dengan lancar dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Peserta telah didedahkan dengan asas Arduino serta aktiviti praktikal yang menyeronokkan dan bermanfaat.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua peserta, fasilitator serta pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan bengkel ini.
Semoga ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan dan menjadi pencetus minat untuk terus meneroka bidang teknologi, inovasi dan STEM pada masa akan datang.
📸 Kami kongsikan gambar sekitar program!
21/12/2025
📢 HEBAHAN PROGRAM FUTURETECH : FROM IDEAS TO CREATION
Anjuran Continuum Mechatech Solutions dengan kerjasama Kolej Za’ba, UPSI
Sukacita dimaklumkan bahawa satu program yang bertujuan untuk meningkatkan kemahiran digital dan memupuk inovasi dalam kalangan komuniti akan diadakan mengikut ketetapan yang berikut:
📍 Tempat: Kolej Za’ba, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
📅 Tarikh: 3,5 dan 7 Januari 2026
🕗 Masa: 9.00 Pagi - 1.00 Petang
⭐ Yuran: RM25 sahaja per kelas
Program ini terbuka kepada semua pelajar yang berminat untuk mempelajari teknologi digital, meningkatkan literasi ICT serta meneroka potensi inovasi melalui aktiviti dan bengkel yang interaktif.
✨ Kelebihan program
- Makan tengahari disediakan 🍽
- Peralatan disediakan (alat tulis, fail dan buku) 📔🖊
- Sijil penyertaan fizikal 📜
- Mata champ 🌟
✨ Peserta hanya perlu membawa
- Laptop dan mouse (wajib) 💻
🖇 Daftar sekarang melalui pautan berikut :
https://chat.whatsapp.com/IwZQw805mkq4goZ0faNqZK
Terhad kepada 30 orang terawal sahaja ‼️
26/07/2025
Bengkel Pencetak 3D (Kohort 2)
Tarikh: 26 Julai 2025
Bengkel ini merupakan bengkel yang dianjurkan oleh Yayasan Inovasi Malaysia dengan kerjasama Continuum Mechatech Solutions, dirangka khusus untuk memberikan pendedahan komprehensif berkenaan teknologi percetakan tiga dimensi yang kian menjadi pemacu utama dalam pelbagai sektor industri.
Melalui sesi ini, para peserta akan memperoleh kefahaman mendalam mengenai asas reka bentuk digital, pengendalian perisian pemodelan 3D, serta proses dan teknik percetakan menggunakan mesin 3D moden.
Bengkel ini turut menekankan aplikasi praktikal serta potensi inovasi dalam bidang kejuruteraan, pendidikan, pembuatan, dan reka bentuk produk. Pelaksanaan bengkel ini dijangka dapat meningkatkan tahap kompetensi peserta sejajar dengan perkembangan teknologi semasa dan keperluan pasaran kerja berteknologi tinggi.
26/07/2025
Bengkel Asas Pengaturcaraan Menggunakan Perisian Tinkercode
Bengkel ini dianjurkan bagi memberi pendedahan awal kepada peserta mengenai asas pengaturcaraan secara visual melalui penggunaan perisian Tinkercode. Peserta akan mempelajari konsep asas dalam pengaturcaraan robotik, membina atur cara menggunakan blok kod, serta melihat simulasi pergerakan robot secara maya.
Melalui bengkel ini, peserta akan didedahkan kepada konsep logik pemikiran komputasional, penyelesaian masalah, serta aplikasi asas dalam teknologi robotik. Perisian Tinkercode yang digunakan mesra pengguna dan sesuai untuk pelajar sekolah rendah dan menengah yang berumur 10 tahun - 15 tahun.
Maklumat bengkel adalah seperti berikut:
📅 Tarikh: 29 Julai 2025
🕒 Masa: 3.00 ptg - 6.00 ptg
📍 Lokasi: RDC Tanjong Malim
Penyertaan dalam bengkel ini diharap dapat memupuk minat terhadap bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dalam kalangan pelajar secara interaktif dan menyeronokkan.
Scan qr code untuk pertanyaan dan pendaftaran 🌹
26/07/2025
Bengkel Asas Arduino Menggunakan Perisian Tinkercad
Bengkel ini bertujuan untuk memberikan pendedahan awal kepada peserta mengenai asas penggunaan papan Arduino melalui simulasi menggunakan perisian Tinkercad. Peserta akan mempelajari komponen asas elektronik, membina projek mudah, serta memahami konsep pengaturcaraan menggunakan blok kod (codeblocks).
Melalui bengkel ini, para peserta berpeluang untuk meningkatkan kemahiran dalam bidang STEM, khususnya dalam teknologi dan inovasi. Bengkel akan diadakan seperti ketetapan berikut:
📅 Tarikh: Isnin, 28 Julai 2025
🕒 Masa: 3.00 petang – 5.00 petang
📍 Lokasi: RDC Tanjong Malim
Penyertaan kepada murid sekolah rendah dan menengah yang berumur 10 tahun hingga 15 tahun yang berminat dalam bidang elektronik dan teknologi.
Scan qr code untuk pertanyaan dan pendaftaran 🌷
23/06/2025
Kelas Asas Robotik dan Pengaturcaraan menggunakan Telefon Pintar (Kohort 2)
Tarikh: 23 Jun 2025
Pendekatan "belajar sambil bermain" ini bertujuan memperkenalkan konsep sains, teknologi, kejuruteraan, dan matematik (STEM) kepada para peserta dengan cara yang menyeronokkan dan praktikal. Penggunaan teknologi seperti telefon pintar dan robot kecil membantu meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah, pemikiran logik, dan kreativiti pelajar.
Tahniah dan syabas kepada para peserta yang berjaya menggerakkan robot secara manual dan automatik.
19/06/2025
Bengkel Asas Robotik dan Pengaturcaraan Menggunakan Telefon Pintar (Kohort 2)
⭐ Apa Yang Akan Anda Pelajari :
✅ Pengenalan Robotik
✅ Robotik Dalam Industri dan Kehidupan
✅Sistem Asas Robotik
✅Aktiviti Pemasangan Mobile Robot
✅Cara Mengawal Robot
✅Aktiviti Permainan Robot (Automasi dan Kawalan Jauh)
Program ini akan diadakan seperti berikut:
📅 Tarikh: 23 Jun 2025 (Isnin)
⏰ Masa: 3 ptg – 6 ptg
📍 Lokasi: RDC Tanjong Malim, Perak
https://maps.app.goo.gl/584vSjwYGGQKwcY67
🪙 Yuran: PERCUMA
🧒 Umur Peserta: 7 - 17 tahun
⚠NOTA PENTING⚠
Setiap peserta perlu membawa telefon android yang boleh memuat turun aplikasi yang diperlukan nanti📱
(Sila unlock sekatan muat turun aplikasi)
📌 TEMPAT TERHAD
Untuk pendaftaran sila tekan link di bawah:
https://wa.link/21o2v5
Jumpa anda di sana!
29/05/2025
Pertandingan Smart Nexus 2025
Kolej Harun Aminurrashid (KHAR)
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Pada 24 dan 25 Mei yang lalu, telah diadakan pertandingan Robot Sumo 1kg Auto, Robot Sumo 1kg RC dan robot soccer di KHAR, UPSI.
Continuum Mechatech Solutions telah menjadi rakan kolaborasi industri bersama Kolej Harun Aminurrashid (KHAR) UPSI dalam memberi khidmat runding kepada para mahasiswa/siswi Exco Media dan Publisiti, Majlis Mahasiswa Kolej Harun Aminurrashid Sidang 2024/2025.
Syabas dan tahniah kepada pihak KHAR UPSI di atas penganjuran Program Smart Nexus 2025 dan kepercayaan yang diberikan kepada CMS!
24/05/2025
Sedang berlangsung pertandingan Robot Sumo dan Robot Soccer di KHAR, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Join live sekarang
MediaKHAR Official is LIVE | TikTok
SMART NEXUS DAY 1 🤖⚡️. | Check out MediaKHAR Official LIVE videos on TikTok! Watch, follow, and discover the latest content from MediaKHAR Official.
01/05/2025
Bengkel Lukisan 3D (Kohort 1)
Tarikh: 22 Mac 2025
Tempat: RDC Tanjong Malim
Bengkel Lukisan 3D telah berjaya dianjurkan di bawah Program Robotik Cilik dan Inoreka Komuniti 2025. Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif memperkasa kreativiti dan pemikiran inovatif dalam kalangan kanak-kanak dan komuniti setempat melalui pendekatan pembelajaran berasaskan STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik).
Bengkel ini memberi pendedahan awal kepada para peserta mengenai konsep asas lukisan tiga dimensi dengan aplikasi Tinkercad. Aktiviti ini dapat mengasah kemahiran motor halus, koordinasi mata dan tangan, serta kreativiti visual peserta.
Objektif utama bengkel ini adalah untuk memupuk minat dalam bidang teknologi dan rekaan dalam kalangan peserta. Di samping itu, ia juga membuka ruang kepada komuniti setempat untuk lebih memahami dan menghargai potensi bidang inovasi serta aplikasinya dalam kehidupan seharian.
Program Robotik Cilik dan Inoreka Komuniti 2025 ini akan diteruskan di beberapa lokasi lain di seluruh negara, dengan pelbagai aktiviti menarik lain seperti asas elektronik, robotik pendidikan, dan pertandingan reka cipta mudah.
Melalui sokongan komuniti, kami berharap agar lebih ramai kanak-kanak dan belia dapat dilatih menjadi pencipta dan inovator masa depan yang mampu bersaing di peringkat global.
04/04/2025
Buku Belajar Arduino Tanpa Arduino
Dengan buku ini, anda boleh meneroka dunia pengaturcaraan dan elektronik hanya menggunakan Tinkercad.
Tak perlu risau tentang komponen fizikal, semuanya boleh disimulasi secara digital.
Sesuai untuk beginner — pelajar & guru yang ingin belajar dengan cara yang praktikal dan menyeronokkan!
Stok terhad
Wasap admin sekarang ☺️
https://alvo.chat/5QnU