PASTI Kawasan Tanjong Malim

PASTI Kawasan Tanjong Malim

Share

Pusat asuhan kanak-kanak yang menerapkan asas Islam kepada anak-anak dan diajar untuk diamalkan dalam kehidupan seharian. PASTI CEMERLANG ISLAM GEMILANG

27/04/2026

Jom sertai program Amal Mega Blood Donation sebagai penderma darah!

Imbas QR Code pada poster untuk mendaftar sebagai penderma.

🩸 AMAL MEGA BLOOD DONATION - SEMARAK KASIH AMAL 2026 🩸

Buat julung kalinya Jabatan Amal Malaysia Kawasan Tanjong Malim dengan kerjasama Unit Tabung Darah Hospital Slim River akan menganjurkan program Amal Mega Blood Donation yang akan diadakan pada ;

πŸ“… 23 Mei 2026 - Sabtu
⏰ 8.00 pagi - 12.00 tengah hari
πŸ“ Unit Tabung Darah, Hospital Slim River

Kami ingin mengajak anda semua untuk turut serta dengan mendaftar sebagai penderma.

Tekan link pendaftaran di bawah
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSenH_ROK7VlZYu1mV0td6kSQO5fLzx-hi8LOTf98Hm2AL5O7A/viewform

Atau scan QR Code pada poster iklan ini.

Satu beg darah yang kita dermakan dapat menyelamatkan nyawa mereka yang memerlukan.

Jumpa di sana❗




29/03/2026

🌈 SELAMAT KEMBALI KE PASTI! 🌈

Alhamdulillah, sesi pembelajaran kembali bermula! 😊

Selamat datang kembali buat semua adik-adik PASTI yang dikasihi. Semoga hari-hari di sekolah dipenuhi dengan ilmu, keceriaan dan pengalaman indah bersama guru serta rakan-rakan.

πŸ“šβœ¨ Ayuh kita mulakan langkah dengan semangat baruβ€”belajar bersungguh-sungguh, berakhlak mulia dan sentiasa ceria!

πŸ’§ Jangan lupa bawa air minum ya, cuaca sekarang agak panas. Kesihatan itu penting supaya kita dapat belajar dengan selesa πŸ’ͺ

Semoga anak-anak PASTI terus membesar menjadi generasi soleh dan solehah, cemerlang dunia & akhirat 🀲

❀️ β€œJom belajar & bermain bersama!”




20/03/2026

✨ Salam Lebaran Penuh Keberkatan ✨

Alhamdulillah, setelah sebulan kita melalui madrasah Ramadan, kini hadirnya sinar kemenangan di bulan Syawal yang penuh rahmat dan kegembiraan.

πŸŒ™ Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H / 2026M

πŸ’š Moga segala amal diterima, dosa diampunkan, dan hati disatukan dalam kasih sayang.
Dalam kemeriahan ini, jangan dilupa mereka yang memerlukan, serta eratkan silaturrahim sesama kita.

🀲 Mohon Maaf Zahir & Batin
Segala kekhilafan, tutur kata dan perbuatan sepanjang perkenalan ini, kami susun sepuluh jari memohon kemaafan.

Ikhlas daripada:
Pengurusi PASTI Kawasan Tanjong Malim

🌿 β€œMoga Ramadan mendidik jiwa, dan Syawal menyinari kehidupan.”

18/03/2026

SELAMAT BERCUTI BUAT ANAK-ANAK PASTI PERAK

Sempena Hari Raya Aidilfitri 1447H dan cuti penggal 1, PASTI Perak akan bercuti bermula 18 Mac sehingga 29 Mac ya.

Jaga diri baik-baik. Jangan main mercun. Jaga keselamatan diri.Lepas habis cuti kita jumpa semula ya.

Sayang semua.


18/03/2026

BERAKHIR SUDAH KEMBARA KASIH RAMADAN PASTI PERAK 2026

Alhamdulillah.

Hari ini adalah hari terakhir kami Harian PASTI Perak turun ke kawasan-kawasan untuk santuni guru-guru PASTI kami. Menyampaikan sumbangan duit raya dan pek makanan.

Sumbangan dan pek makanan ini adalah daripada warga PASTI Perak termasuklah pihak pengurusan, Majlis Guru PASTI Perak dan ibubapa buat guru-guru kami.

Mudah-mudahan sumbangan ini dapat menceriakan suasana Aidilfitri yang kita akan sambut bersama tidak lama lagi.

Tidak banyak tapi InsyaAllah ada, tanda kebersamaan kami buat semua guru PASTI.

Tahniah dan terima kasih juga buat pengurusan PASTI Kawasan yang turut meraikan guru-guru PASTI kita.Difahamkan guru-guru juga diraikan diperingkat kawasan masing-masing.

Semoga Ramadan kali ini lebih baik. Semoga Allah terima amalan kita dan kami semua. InsyaAllah.



18/03/2026

TIPS KESELAMATAN BALIK KAMPUNG

1. Pastikan rumah dikunci rapi dan suis elektrik ditutup sebelum keluar.

2. Pandu dengan berhemah, patuhi had laju dan elakkan penggunaan telefon semasa memandu.

3. Pastikan semua penumpang memakai tali pinggang keledar

4. Sebelum meninggalkan rumah,pastikan anda menyimpan barang berharga di tempat yang selamat.

Firman Allah SWT:

β€œ Dan janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan.” ( Surah Al-Baqarah: 195)

Biar lambat, asalkan selamat. πŸš—βœ¨

Photos from PASTI Pra-Tahfiz Al-Hikmah, Kota Malim Prima's post 18/03/2026
18/03/2026

✨ JOM INFAQ UNTUK ANAK-ANAK PASTI 🀲🏻

Setiap sumbangan tuan/puan adalah saham akhirat yang berharga ❀️

Membantu kelangsungan:
πŸ“š Pengurusan
🏫 Pentadbiran
πŸŽ“ Program Murid

Walau sedikit, sangat besar maknanya buat mereka 🌱

πŸ’³ Boleh infaq melalui:
Maybank
158154296880
PASTI Kawasan Tanjong Malim
πŸ“² Atau scan QR yang disediakan

πŸ“ž Pertanyaan: 019 351 6841

Semoga setiap ringgit yang disumbangkan menjadi asbab keberkatan dan ganjaran berlipat kali ganda 🀍✨

Photos from PASTI Kawasan Tanjong Malim's post 17/03/2026

✨ Kenangan Majlis Iftar Jamaie ✨

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan penuh kemeriahan Majlis Iftar Jamaie anjuran Lujnah Pendidikan DPPK Tanjong Malim pada semalam.

Majlis ini menghimpunkan guru-guru dan warga pendidik dalam suasana penuh ukhuwah dan keberkatan di bulan Ramadan.

Selain berbuka puasa bersama, program turut diserikan dengan ucapan, tahlil serta penyampaian duit raya.

Semoga pertemuan ini mengeratkan lagi silaturrahim sesama guru serta memberi semangat untuk terus mendidik generasi Islam dengan penuh keikhlasan.

Terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan majlis ini.

🀲 Semoga Allah memberkati usaha kita semua dalam medan pendidikan.




Photos from PASTI Malaysia's post 15/03/2026
Want your school to be the top-listed School/college in Tanjung Malim?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address


Tanjung Malim

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00