KOR Suksis UPSI

KOR Suksis UPSI

Share

KOR Suksis UPSI
#suksisupsi
#suksisfamily

" Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat Bermain"

WE ARE BIG FAMILY SUKSIS UPSI �

Photos from KOR Suksis UPSI's post 07/08/2024

[ KHIDMAT MASYARAKAT : SANTUNI ANAK WARISAN ]

Pada 6 Ogos 2024 bertempat di Pos Bakong, Ulu Slim, Perak telah diadakan Program Khidmat Masyarakat Santuni Anak Warisan. Program yang dilaksanakan oleh Skuad 18 dengan kerjasama beberapa organisasi itu merupakan kesinambungan kepada moto yang dipegang oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) iaitu “Polis dan Masyarakat berpisah tiada”.

Program tersebut juga salah satu cara memperkenalkan dan mempromosikan badan beruniform Pasukan Kor Sukarelawanan Polis (SUKSIS) kepada masyarakat sekeliling disamping meningkatkan kesedaran tentang kesihatan kepada penduduk kampung. Malah, dapat mengukuhkan hubungan dan nilai kerjasama antara mahasiswa/i universiti dan masyarakat sekitar.







30/06/2024

Tahniah YBhg Prof. Dato' Dr. Md Amin Md Taff atas pelantikan semula sebagai Naib Canselor UPSI berkuatkuasa mulai 1 Julai 2024 sehingga 30 Jun 2026.

Ikhlas daripada kami warga Kor SUKSIS UPSI.


Photos from KOR Suksis UPSI's post 23/06/2024

[ AKTIVITI GOTONG-ROYONG KOR SUKSIS UPSI ]

Pada 23 Jun 2024 bertempat di blok kediaman masing-masing. Pelatih Kor SUKSIS UPSI telah melakukan aktiviti gotong-royong. Gotong-royong tersebut meliputi pembersihan bilik, rumah dan blok kediaman pelatih masing-masing.

Semoga aktiviti tersebut dapat memupuk pelatih Kor SUKSIS yang bertanggungjawab dan pembersih malah dapat memberikan suasana harmoni dan bersih di tempat tinggal.


Photos from KOR Suksis UPSI's post 23/06/2024

[ MAJLIS ANGKAT SUMPAH DAN PERJUMPAAN BERSAMA TIM. KOMANDAN ]

Pada 22 Jun 2024 bertempat di Dewan Kuliah Pelajar (DKP) telah berlangsungnya Majlis Angkat Sumpah Dan Perjumpaan Bersama Timbalan Komandan Kor SUKSIS UPSI.

Majlis tersebut bertujuan
memupuk semangat bersatu padu dan bertanggungjawab dalam kalangan pelatih Kor SUKSIS sebagai sebuah persatuan kelab atau badan berunifom. malah melahirkan mahasiswa/mahasiswi yang holistik serta berketerampilan dalam pelbagai bidang.

Secara keseluruhannya Majlis Angkat Sumpah Kor SUKSIS UPSI ini berjalan dengan lancar dan mencapai matlamat yang dikehendaki dengan baik.


Photos from KOR Suksis UPSI's post 18/06/2024

[ PROGRAM SUKARELAWAN KOR SUKSIS UPSI ]

Pada 17 Jun 2024 telah berlangsungnya Majlis Ibadah Korban Masjid Kg. Kelawar bersama penduduk kampung yang dianjurkan oleh pihak urusetia Masjid. Program ibadah korban ini disertai oleh pelatih dari Skuad 19 Kor Sukarelawan Polis UPSI seramai 12 orang.

Penglibatan pelatih dalam program ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara pelatih Kor SUKSIS UPSI bersama warga sejagat terutamanya penduduk sekitar dalam memupuk semangat kerjasama yang tinggi dan berdedikasi dalam menjalankan tugas serta amanah yang telah dipertanggungjawabkan.

Program tersebut juga memberi pendedahan yang berguna kepada semua pelatih tentang kemahiran insaniah dan kemahiran berpasukan serta mempelajari ilmu baharu dalam menjalankan ibadah korban ini.


16/06/2024

[ SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA 2024 ]

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kami Pasukan Sukarelawan Polis UPSI ingin mengucapkan Salam Aidul Adha.

Aidiladha merupakan hari umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam mentaati perintah Allah untuk mengorbankan anaknya, Nabi Ismail a.s.

“Dan bagi tiap-tiap umat telah kami syariatkan penyembelihan (kurban), supaya mereka menyebut nama Allah terhadap binatang ternak yang telah direzekikan Allah kepada mereka, Maka Tuhanmu ialah Tuhan yang Maha Esa, kerana itu berserah dirilah kamu kepada-Nya. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang tunduk patuh (kepada Allah)”.
(Surah Al-Hajj: 34)

Dengan ingatan tulus ikhlas, Semoga kita semua dilimpahi hidayah, rahmat, keberkatan dan keredhaannya jua.


03/06/2024

[Hari Keputeraan Rasmi Yang Di-Pertuan Agong]

Kami warga Kor SUKSIS UPSI merafak sembah dan setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada, Duli yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar sempena Ulang Tahun Keputeraan Tahun 2024.

Daulat Tuanku.


16/05/2024

[SELAMAT HARI GURU 2024]

Kami dari Pasukan Sukarelawan Polis UPSI ingin mengucapkan Selamat Hari Guru 2024 kepada seluruh insan yang bergelar Guru dan bakal-bakal pendidik yang terhormat.

"Terima kasih atas pengorbanan dan dedikasi anda dalam membimbing, mendidik, dan memperkembangkan potensi generasi masa depan. Anda merupakan cahaya yang menerangi jalan ke arah kecemerlangan."

Semoga dalam cuti ini, anda dapat merehatkan diri dan menikmati kebahagiaan bersama keluarga. Sambutan Hari Guru ini adalah penghormatan kepada peranan penting anda dalam masyarakat.

Teruslah memberikan inspirasi dan semangat kepada pelajar untuk mencapai impian mereka. Selamat Hari Guru, para pahlawan tanpa tanda jasa!




02/05/2024

[SYABAS DAN TAHNIAH]

Sekalung tahniah diucapkan kepada saudari NUR SYAFIQAH BINTI MOHD NASRI dari Skuad 19 (Kor SUKSIS UPSI) kerana telah memperoleh pencapaian PINGAT EMAS dalam kejohanan:

- KARNIVAL SUKAN MASUM FASA 1 2024 dalam sukan Taekwando bagi kategori Kyorugi Female Light

Kejohanan ini berlangsung di Dewan Kuliah Pusat UMS pada 21 hingga 28 April 2024.

Pihak Kor SUKSIS UPSI mengucapkan ribuan tahniah dan mendoakan kecemerlangan anda !

/2024


01/05/2024

🎉[SELAMAT HARI PEKERJA]🎉
Inilah saatnya untuk menghargai setiap usaha dan jerih payah yang telah dipersembahkan oleh para pekerja. Mari kita rayakan semangat kerja dan kebersamaan yang telah membangun NEGARA ini.

Kami daripada Pasukan Sukarelawan Polis ingin mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada semua pekerja yang gigih dan berdedikasi. Terima kasih atas sumbangan dan pengorbanan anda dalam menjana kemajuan negara.

/24




09/04/2024

[SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI]

Hari yang dinantikan telah tiba, mari kita rayakan dengan penuh syukur dan kebahagiaan.

Kami daripada Pasukan Sukarelawan Polis (PSP) UPSI ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada seluruh umat islam.

/24




Photos from KOR Suksis UPSI's post 08/04/2024

[MAJLIS KHATAM AL-QURAN]

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,

Pada 6 April 2024 (Sabtu), Exco Kebajikan & Kerohanian Pasukan Sukarelawan Polis (PSP) telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran bersempena selesainya bacaan 30 juzuk oleh pelatih-pelatih Kor SUKSIS UPSI sepanjang bulan Ramadhan ini. Program tersebut diadakan secara dalam talian melalui Google Meet dan Facebook Live.

Diharapkan daripada majlis yang diadakan tersebut dapat memberikan manfaat kepada semua pelatih-pelatih dalam bulan yang mulia ini.




/24

Want your school to be the top-listed School/college in Tanjung Malim?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Tanjung Malim
35900