27/04/2025
*PERSEDIAAN IVSPP UTK ANDA YG TERLALU CEPAT GUGUP, SHAKING DAN TERLALU BERDEBAR KETIKA IVSPP. TEKNIK SIR MORIS*
1.*Persediaan Awal yang Sangat Mantap*
Fahami FORMAT penilaian IVSPP dan jenis soalan temuduga SPP (pengalaman, senario, peranan, isu pendidikan, dasar). Join kelas skills rahsia lulus IVSPP Sir Moris jika blm.
Latih jawapan anda secara lisan berulang kali – di depan cermin, dengan pasangan, atau rakam video dan dengar tgk semula.
Print dan baca ebook IVSPP Sir. Biasakan dgn soalan dan jawapan yg Sir Moris dah sediakn (fokus pada isi penting, bukan hafal skrip) utk elak awak lg takut jika tak ingt skrip.Dpt isi penting huraian bleh hurai sendiri nnt.
2.*Urus Simptom Fizikal Sebelum Temuduga*
Dapatkan rehat cukup malam sebelum interview – tidur yang baik bantu kawal degupan jantung dan emosi.
Makan sarapan ringan & sihat – elak kafein berlebihan kerana ia boleh tambah debar dan peluh.
Ambil ubat (jika ada) tepat pada masa seperti yang disarankan doktor.
Boleh cuba teknik ‘grounding’ seperti genggam tangan atau sentuh jari untuk kekal fokus.
3.*Teknik Kawalan Gugup dan Emosi*
Latihan pernafasan dalam:Letak tgn kiri di perut dan tgn kanan di jantung.. Cuba rasakan degupan jantung dan pergerakan perut ketika tarik dan hembus nafas. Tarik nafas perlahan 4 saat, tahan 4 saat, hembus 4 saat. Ulang sebelum masuk bilik temuduga. Jgn lupa berselawat dan berdoa.
Gunakan senyuman semulajadi bila mula bercakap – ia bantu otak rasa lebih tenang.
Fokus pada soalan, bukan pada perasaan – beri tumpuan pada apa yang anda ingin sampaikan, bukan apa yang orang fikir.
4.*Pilih Gaya & Bahasa Tubuh yang Stabil*
Duduk tegak, letakkan tangan di atas peha atau meja untuk elak getaran tangan ketara.
Bercakap dengan rentak nada perlahan jgn laju dan jelas – ini juga bantu kurangkan rasa gugup. Susun ayat dgn elok elok.
Jika berpeluh, pakai pakaian warna gelap atau lapik dalam baju yang boleh serap peluh.
5.*Bersikap Jujur Jika Perlu*
Jika simptom datang sangat ketara, tidak salah untuk sebut secara ringkas:
"Maaf Dato, saya sedikit berdebar tapi saya cuba buat yang terbaik.
"
Ini tunjuk keberanian dan kejujuran, dan biasanya panel akan lebih memahami.
Tips sebelum hari interview – bayangkan anda masuk bilik, senyum, jawab dengan yakin, dan keluar dengan lega. Ini bantu bina keyakinan dalaman.
*Sir Moris doakan anda dipermudahkan ketika IV dan dpt buat terbaik IV anda dan lulus IV utk ditempatkan ke sekolah*
Tq join kelas Sir dan dptkan koleksi ebook IVSPP yg Sir sediakan🥰
Jika blm join dan blm dptkan ebook IVSPP Sir, boleh tekan link dibawah hbgi Sir segera daftar utk kelas Skills Rahsia Lulus IVSPP Sir Moris seterusnya pada *3 Mei nanti jam 9 PM*