Pendidikan & Kita

Pendidikan & Kita

Share

A group of Passionate Educators

08/10/2023

Pendidikan adalah pelaburan terbaik kita dalam masa depan. Mari kita bersama-sama mengkritik secara positif dan mencari penyelesaian bagi isu-isu dalam sistem pendidikan kita.

30/08/2023

Faktor-faktor : Isu Kekurangan Guru

30/08/2023

ISU KEKURANGAN GURU

USAHA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA:

Isu ini hangat diperbincangkan dan banyak inisiatif yang diambil bagi mengatasi masalah kekurangan guru antaranya ialah :

-Pengambilan guru ganti dan guru tetap

Bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melaksanakan beberapa pendekatan antaranya menubuhkan Jawatankuasa Pengambilan dan Penempatan Guru yang diambil mengatasi isu kekurangan guru di sekolah.

Contoh : PPD membuka jawatan diperlukan guru ganti sementara dan guru tetap bagi mengisi kekosongan yang ada

KESAN KEPADA PELAJAR

- Pembelajaran pelajar terganggu

Pelajar turut menerima impaknya lantaran dari isu kekurangan guru. Pelajar akan mengalami tekanan apabila menjelang musim peperiksaan kerana telah ketinggalan pelajaran atau pembelajaran terganggu. Bukan sahaja aspek rohani, jasmani, intelektual dan emosi malah ianya turut menjejaskan prestasi pelajar. Hal ini kerana pelajar, tiada bimbingan guru dan pelajar menjadi terawang-awangan.

Guru merupakan agen perubahan dan memainkan peranan utama dalam membentuk sahsiah dan mengembangkan lagi potensi dalam diri pelajar. Bagi memastikan prestasi pelajar dan sahsiah murid terjaga maka guru, sekolah dan masyarakat perlulah bersama-sama memainkan peranan bagi melahirkan sebuah masyarakat yang harmoni dan berinovasi tinggi.

29/08/2023

Sistem pendidikan Malaysia menghadapi pelbagai cabaran yang perlu diatasi untuk memastikan penyediaan pendidikan berkualiti yang setara dan inklusif. Cabaran-cabaran ini merangkumi isu ketidakseimbangan dalam kualiti pendidikan antara sekolah bandar dan luar bandar, kelemahan dalam kurikulum yang mungkin tidak selaras dengan perkembangan semasa, pengajaran yang terlalu bersifat tradisional, kekurangan guru berkelayakan, perluasan jurang prestasi antara pelajar dari latar belakang etnik dan sosioekonomi yang berbeza serta penilaian yang tertumpu pada akademik dan ujian standard.
Walaubagaimanapun, terdapat langkah-langkah mengatasi cabaran-cabaran ini :

Cabaran 1 : Terdapat jurang kualiti pendidikan antara sekolah bandar dan luar bandar, serta antara sekolah awam dan swasta.

Langkah Mengatasi:
• Meningkatkan pelaburan dalam sekolah luar bandar dan memastikan akses kepada sumber dan infrastruktur yang berkualiti.
• Mewujudkan program mentorship yang melibatkan sekolah-sekolah berprestasi tinggi untuk membantu sekolah-sekolah yang menghadapi cabaran kualiti.

Cabaran 2 : Kurikulum yang tidak sejajar dengan perkembangan semasa dan keperluan pasaran pekerjaan.

Langkah Mengatasi:
• Mengkaji semula kurikulum untuk memastikan ia mencakup kemahiran abad ke-21 seperti pemikiran kritis, kreativiti, komunikasi, dan kerjasama.
• Menjalin kerjasama dengan industri untuk memahami keperluan pasaran pekerjaan dan mengintegrasikan elemen-elemen relevan ke dalam kurikulum.

Cabaran 3: Pengajaran yang bersifat tradisional dan kurang interaktif, serta kekurangan penggunaan teknologi dalam pembelajaran.

Langkah Mengatasi:
• Melatih guru dalam strategi pengajaran moden dan kaedah yang berpusatkan pelajar.
• Mempromosikan penggunaan teknologi seperti pembelajaran atas talian, alat bantu pembelajaran digital, dan simulasi untuk meningkatkan interaktiviti dalam kelas.

Cabaran 4 : Kekurangan guru yang berkelayakan dan terlatih dengan baik, serta isu kebolehpasaran graduan pendidikan.

Langkah Mengatasi:
• Meningkatkan program latihan dan pembangunan guru secara berterusan.
• Menawarkan insentif dan ganjaran kepada guru yang berprestasi untuk menarik dan mempertahankan bakat-bakat terbaik dalam profesion pendidikan.

Cabaran 5 : Terdapat jurang dalam prestasi pendidikan antara pelajar dari latar belakang etnik dan sosioekonomi yang berbeza.

Langkah Mengatasi:
• Mewujudkan program yang menyediakan sokongan tambahan kepada pelajar dari kump**an berisiko tinggi.
• Memastikan pelaksanaan dasar inklusif yang memastikan akses kepada pendidikan berkualiti tanpa mengira latar belakang pelajar.

Cabaran 6 : Penekanan yang terlalu tinggi pada ujian berstandard dan penilaian akademik sahaja.

Langkah Mengatasi:
• Menerapkan penilaian yang lebih holistik termasuk penilaian projek, kemahiran praktikal, dan aspek pembangunan karakter.
• Mendorong penggunaan penilaian formatif untuk membantu pelajar meningkatkan prestasi mereka secara berterusan.

29/08/2023

ISU 1: BEBAN GURU (2/2)

Isu beban tugas guru yang banyak telah lama dialami oleh guru-guru di Malaysia. Sekiranya tiada solusi yang dilakukan bagi menjamin kesejahteraan guru, perkara ini akan berterusan dan tiada penghujungnya. Oleh itu, pihak kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengambil inisiatif bagi menyelesaikan isu ini dengan menyemak semula tugas dan tanggungjawab guru dengan menambah baik fungsi pengurusan di sekolah melalui Modul Tadbir Urus Sekolah (MySG) yang telah diperkenalkan pada tahun 2021 dahulu. Berdasarkan MySG, empat komponen pengurusan sekolah yang telah digariskan iaitu Pengurusan dan Pentadbiran, Kurikulum, Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum.

Menurut, Menteri Pendidikan Malaysia, Fadhlina Sidek, KPM telah bersetuju untuk melaksanakan 7 langkah atasi beban tugas guru:

1. Memansuhkan sebarang bentuk pertandingan, sambutan atau majlis di semua peringkat yang tidak memberikan impak besar terhadap pembelajaran murid dan hanya menambahkan beban tugas guru.

2. Mengurangkan kekerapan semakan elemen pengurusan sekolah Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) yang melibatkan guru kepada setahun sekali sahaja.

3. Menetapkan waktu mengunci masuk rekod kehadiran murid yang lebih fleksibel kepada guru iaitu 12 tengah hari untuk sesi pagi dan 5 petang untuk sesi petang bagi mengelakkan kesesakan dalam sistem.

4. Pelantikan pengawas peperiksaan awam yang dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan (LP) dan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) terbuka kepada individu selain guru yang sedang berkhidmat seperti pesara kerajaan, pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) dan institute pengajian tinggi (IPT) tetapi perlu memenuhi kriteria yang ditetapkan.

5. Mengehadkan penganjuran sambutan Hari Guru Tahunan kepada peringkat kebangsaan dan sekolah sahaja.

6. Menetapkan ringkasan Rancangan Pelajaran Harian (RPH) di peringkat KPM bagi memastikan guru kembali memenuhi keperluan Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bil 3/1999 yang merangkumi elemen objektif, pengajaran dan refleksi.

7. Memperkukuh autonomi guru dalam perancangan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) serta pentaksiran bilik darjah (PBD) dengan menjadikan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) sebagai rujukan.

Diharap dengan 7 inisiatif pihak KPM yang diketengahkan oleh Menteri Pendidikan sendiri dapat memberikan sinar kepada pengurangan lambakan beban tugas guru serta menjamin kesejahteraan guru dan fokus utama kepada PdP dapat dioptimumkan.

29/08/2023

ISU 1: BEBAN GURU (1/2)

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) dalam satu kenyataan pada 18 April 2022, sebanyak lebih 10,000 guru dianggarkan telah membuat pilihan bersara awal setiap tahun. Angka yang yang dinyatakan oleh NUTP adalah lebih tinggi berbanding yang dikeluarkan KPM pada 9 November 2021 iaitu sebanyak 4,360 permohonan persaraan pilihan yang dibuat oleh guru untuk tahun 2021. Kita dapat melihat peningkatan yang sangat cepat permohonan guru untuk bersara awal. Peningkatan permohonan guru untuk bersara awal adalah merisaukan jika akar permasalahan tidak diselesaikan. Antara punca utama guru-guru membuat pilihan untuk bersara awal, adalah disebabkan oleh isu beban guru. Mari kita kupas satu per satu isu beban tugas guru bagi mencari solusinya.

Pengenalan Isu Beban Guru

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, beban didefinisikan sebagai tanggungan (kewajipan) yang berat. Beban kerja guru adalah melibatkan kerja-kerja pengurusan pengajaran, pengurusan tugasan, ujian dan peperiksaan pelajar, pengurusan hal ehwal pelajar, pengurusan pentadbiran sekolah, pengurusan kokurikulum, serta pengurusan bilik darjah. Beban kerja guru yang berlebihan menyebabkan mereka terpaksa melaksanakan kerja tambahan sehingga lewat petang, malah pada hujung minggu juga diarakan datang ke sekolah. Kajian literatur juga turut membuktikan peningkatan kerja hakiki, dan kerja bukan teras tambahan, memburukkan kesulitan yang dihadapi guru, sehinggakan ramai berasa tertekan dan hilang motivasi untuk menjalankan tugas sebagai guru.

Isu-isu Beban Guru

Berikut merupakan beberapa isu yang berkaitan dengan beban guru di Malaysia:

1. Beban Kerja yang Tinggi: Guru di Malaysia sering diasak tanpa henti dengan beban kerja yang berlambak. Mereka diharapkan untuk mengajar, menyediakan bahan pengajaran, mengurus tugas-tugas administrative, serta melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum dan program-program sekolah.

2. Jumlah Murid dalam Kelas: Sesetengah sekolah menghadapi masalah lebihan jumlah murid yang banyak bagi satu-satu kelas. Perkara ini dapat menyebabkan kesukaran dalam memberikan perhatian yang sama rata kepada setiap murid.

3. Tuntutan Kurikulum: Perubahan dalam kurikulum dan tuntutan untuk mencapai matlamat pendidikan tertentu juga turut menambahkan lagin tekanan kepada guru untuk menyediakan pengajaran yang berkualiti tinggi.

4. Kekurangan Sumber dan Sokongan: Tidak semua sekolah di Malaysia mmepunyai akses yang baik kepada sumber pengajaran dan bantuan sokongan. Hal ini menghalang usaha murni guru dalam memberikan pendidikan yang berkualiti.

5. Teknologi dan Pengajaran Jarak Jauh: Sejak fasa pandemik COVID-19, sistem pembelajaran di Malaysia telah mengalami peralihan kepada pengajaran dalam talian yang sangat berbeza dari sistem pembelajaran tradisional yang dijalankan sebelum ini. Untuk guru-guru yang lebih berusia, hal ini telah menambahkan lagi tekanan kepada guru yang perlu mengadaptasi cara pengajaran mereka.

6. Penilaian dan Pemantauan: Proses penilaian dan pemanatauan terhadap prestasi guru boleh menimbulkan tekanan dan stress tambahan kepada guru.

Pihak KPM dan pihak yang berkepentingan di Malaysia telah sepakat mengakui isu-isu ini dan cuba mencari jalan penyelesaian terhadap beban tugas guru.

29/08/2023

Apakah itu falsafah?

Falsafah berasal dari perkataan Yunani Tua, phlien yang bermaksud cinta, kaji atau hargai. Manakala, perkataan sophia bererti hikmah, kebijaksanaan atau kebenaran. Kombinasi dua perkataan phlien dan sophia bererti mencintai kebenaran atau hikmah. Dalam Bahasa Inggeris, falsafah bermakna cinta akan kebijaksanaan dan kebenaran atau "love of wisdom and truth". Kamus Dewan p**a menyatakan bahawa falsafah ialah pengetahuan tentang pengertian yang dianggap sebahagian ilmu yang tertinggi menjadi dasar-dasar ilmu lain.

Dengan yang demikian, falsafah boleh didefinisikan sebagai suatu usaha ke arah mencintai, mencari, mengkaji dan menanggapi sesuatu perkara dengan menggunakan kecerdasan akal fikiran dan kebijaksanaannya untuk mendapatkan kebenaran dan keyakinan yang hakiki.

Konsep Falsafah Pendidikan

Konsep Falsafah Pendidikan merupakan konsep filosofikal dalam pendidikan, berkait rapat dengan pendekatan falsafah yang digunakan untuk membina teori pendidikan. Falsafah Pendidikan boleh diertikan sebagai usaha memikir secara rasional dan kritis atas usaha pendidikan. Falsafah Pendidikan boleh dirumuskan sebagai penduan, arah tuju atau pendapat terhadap pendidikan.

Falsafah pendidikan di Malaysia memainkan peranan penting dalam membentuk sistem pendidikan negara. Ia berakar daripada prinsip-prinsip moral, budaya, dan agama tempatan. Dalam era globalisasi, terdapat cabaran untuk mengekalkan elemen tradisional sambil mengintegrasikan aspek moden dalam kurikulum. Isu berkaitan pengajaran subjek Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral dalam pelbagai etnik dan agama juga menjadi perbincangan hangat. Selain itu, ada perdebatan mengenai keberkesanan sistem pendidikan terkini dan sama ada ia mencukupi untuk mempersiapkan graduan menghadapi dunia pekerjaan yang semakin berubah. Pemerkasaan pendidikan sains, teknologi, kejuruteraan, dan matematik (STEM) juga menjadi fokus, tetapi kepentingan terhadap pendidikan humanistik dan seni juga harus dikekalkan. Keseluruhannya, isu falsafah dan pendidikan di Malaysia mencerminkan cabaran untuk mengekalkan nilai tradisional sambil memenuhi tuntutan dunia moden.

Want your school to be the top-listed School/college in Tanjung Malim?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Tanjung Malim