Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI

Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI

Share

FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN OFFICIAL, UPSI We are boasting a diverse yet coherent range of academic activity.

The Faculty of Human Sciences offers a dynamic and vibrant learning environment to inspire and excite the next generation of global citizens. Established since 2005, the Faculty has developed alongside UPSI into an academic and research centre for humanities, offering academic programmes at undergraduate and postgraduate levels. We are working towards the betterment of society through various scho

Photos from Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI's post 04/06/2026

PENAWARAN IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (PROGRAM KHAS) FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN AMBILAN OKTOBER 2026 KINI DIBUKA!

04/06/2026

TAKLIMAT PROGRAM KHAS SARJANA MUDA PENDIDIKAN FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN AMBILAN OKTOBER 2026

TARIKH : 8 JUN 2026
HARI : ISNIN
MASA : 2.30 PETANG
PLATFORM : GOOGLE MEET - https://meet.google.com/jij-efkn-tna

04/06/2026

Bantuan Kebajikan Pelajar, Universiti Pendidikan Sultan Idris






29/05/2026

🌧️ WEBINAR AKADEMIK KAJI IKLIM: KOMUNITI BERSEDIA, BENCANA TERKENDALI 🌏

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Kursus Kaji Iklim (Kumpulan A – 5) bersama Pusat Kaji Iklim, Jabatan Geografi dan Alam Sekitar, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) akan menganjurkan sebuah webinar akademik berkaitan kesiapsiagaan menghadapi bencana dan cuaca ekstrem seperti berikut:

📢 WEBINAR AKADEMIK KAJI IKLIM
🛡️ “KOMUNITI BERSEDIA, BENCANA TERKENDALI”

📅 Tarikh: 29 Mei 2026 (Jumaat)
⏰ Masa: 10.00 pagi – 12.00 tengah hari
💻 Platform: Google Meet https://meet.google.com/bfm-btuw-mfg

✨ Perkongsian ilmu bersama pakar meteorologi dan akademik bagi meningkatkan kesedaran komuniti terhadap kesiapsiagaan menghadapi bencana alam serta perubahan cuaca ekstrem.

🌟 E-sijil disediakan
💸 Penyertaan adalah percuma

“Bersama Kita Lebih Bersedia”

29/05/2026

📢 PERINGATAN PESERTA 📢

Jangan lupa menghadiri:
☀️ PODCAST KESIHATAN KOMUNITI SIHAT, PERSEKITARAN SELAMAT: MENGHADAPI CUACA EKSTREM ☀️

🗓️Tarikh: 29 Mei 2026 (Jumaat)
🕒 Masa: 10.00 pagi - 12.00 tengah hari
📍 Platform: Google Meet

Link Google Meet: https://meet.google.com/ceb-dkoa-tfm

Kehadiran anda amat dialu-alukan bagi menjayakan program ini. Jumpa nanti! 😊

26/05/2026
Photos from Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI's post 26/05/2026

🌿 SESI PERBINCANGAN KOLABORASI ANTARA UPSI DAN SWCorp CYBERJAYA 🌿
-Bagi Penganjuran Karnival Alam Sekitar 2026

Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah mengadakan satu sesi perbincangan kolaborasi bersama SWCorp Cyberjaya sebagai langkah awal ke arah penganjuran Karnival Alam Sekitar Peringkat UPSI Tahun 2026 pada 26 Mei 2026, jam 2.30ptg secara talian.

Perbincangan ini diketuai oleh Prof. Ts. Dr. Nor Kalsum Mohd Isa, Dekan, Fakulti Sains Kemanusiaan bersama team FSK (Dr Nasrul, En Muhd Aidil, Pn Izani, Cik Hannah) dan wakil SWCorp iaitu Puan Ummi Kathum Shuib, Pn Hafizah Haironi serta Puan Ruzila.

Sesi ini bertujuan untuk memperkukuh kerjasama strategik serta merangka pelaksanaan program yang lebih berimpak kepada warga kampus dan komuniti.

Antara perkara yang telah dibincangkan:
✅ Penglibatan SWCorp sebagai rakan penganjur bersama Karnival Alam Sekitar Peringkat UPSI 2026
✅ Cadangan aktiviti menarik dan berimpak yang bakal dilaksanakan sepanjang karnival
✅ Usaha menyebarluaskan penyertaan pelajar sebagai ahli HERO Kebersihan SWCorp

Diharapkan kolaborasi ini mampu menyemai kesedaran dan memperkukuh budaya kelestarian alam sekitar dalam kalangan masyarakat.

Ayuh sama-sama kita mendaftar sebagai HERO Kebersihatan SWCorp : https://sukarelawan.swcorp.my/

🌱 Bersama kita memelihara alam sekitar demi masa depan yang lebih lestari.

25/05/2026

*[UCAPAN TERIMA KASIH ATAS PENYERTAAN PROGRAM MOBILITY INBOUND UNNES X UPSI 2026]*

Dimaklumkan, telah berlangsung Program Mobiliti Inbound UNNES X UPSI 2026 pada 5 hingga 23 Mei 2026.

Seramai 39 orang mahasiswa UNNES telah terlibat dalam program khidmat komuniti di bawah kelolaan V-FSK4U kerjasama PPMAS dan PERGEO.

Semoga mahasiswa UNNES dapat memahami tentang tanggungjawab sosial serta pengalaman yang manis bersama komuniti di Malaysia🌹

Sukses selalu💝

Want your school to be the top-listed School/college in Tanjung Malim?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address


Universiti Pendidikan Sultan Idris
Tanjung Malim
35900

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:15
14:45 - 17:00