20/03/2026
Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan, maaf zahir dan batin. Daripada kami, Persatuan Sahabat Muzium UPSI sidang 25/26.
semoga Syawal ini membawa seribu keberkatan dan kebahagiaan kepada semua. Ampun maaf atas segala kekurangan dan kesilapan, semoga silaturahim yang terjalin terus mekar dalam suasana damai dan harmoni.
🤍🤍🤍🤍🤍🤍🤍
19/02/2026
[MARHABAN YA RAMADAN 🌙]
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.
Persatuan Sahabat Muzium UPSI (PESAMU) sidang 25/26 ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan kepada semua Muslimin dan Muslimat.
Semoga kehadiran bulan yang mulia ini membawa rahmat, keampunan dan keberkatan kepada kita serta menjadi medan memperkukuhkan iman dan ukhuwah sesama kita.
“Menjaga Warisan, Menyulam Persahabatan”
17/02/2026
[HAPPY CHINESE NEW YEAR 2026]
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.
Persatuan Sahabat Muzium UPSI (PESAMU) sidang 25/26 ingin mengucapkan Happy Chinese New Year 2026 kepada semua pelajar yang meraikan.
Selamat menyambut Tahun Baru Cina kepada semua yang meraikan. Semoga tahun ini dapat membawa kebahagian dan kesihatan yang baik. Semoga sinar harapan terus menyala.
“Menjaga Warisan, Menyulam Persahabatan”
25/01/2026
[ SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN ✍🏻 ]
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.
Persatuan Sahabat Muzium UPSI (PESAMU) sidang 25/26 ingin mengucapkan Selamat Menduduki Peperiksaan kepada semua Pelajar Ijazah Sarjana Muda Semester 1 bagi Sesi 2025/2026.
Semoga setiap usaha yang telah anda curahkan sepanjang semester ini membuahkan hasil yang terbaik. Yakinlah pada diri, kekal fokus dan teruskan melangkah dengan tenang. Semoga semua pelajar diberi ketenangan hati, kejernihan fikiran, dan kelancaran ketika menjawab setiap soalan.
— Kejayaan pasti milik mereka yang tidak pernah putus asa ✨
“Menjaga Warisan, Menyulam Persahabatan”
19/01/2026
📝SELAMAT MENJALANI MINGGU ULANG KAJI PELAJAR IJAZAH SARJANA MUDA SEMESTER 1 SESI 2025/2026📚
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.
Persatuan Sahabat Muzium UPSI (PESAMU) sidang 25/26 ingin mengucapkan Selamat Menjalani Minggu Ulang Kaji kepada semua Mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Semester 1 bagi Sesi 2025/2026.
Diharapkan minggu ini dijadikan sebagai peluang untuk memberi tumpuan penuh terhadap persediaan peperiksaan. Manfaatkan sepenuhnya minggu ini untuk memperkukuh kefahaman serta melengkapkan persediaan akademik menjelang peperiksaan akhir. Semoga segala usaha anda dipermudahkan dan membuahkan kejayaan.
Teruskan berusaha, kejayaan menanti di hadapan.
“Menjaga Warisan, Menyulam Persahabatan”
31/12/2025
🎆 SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BAHARU 2026 🎆
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,
Persatuan Sahabat Muzium UPSI (PESAMU) sidang 25/26 ingin mengucapkan Selamat Tahun Baharu 2026 kepada semua.
Semoga tahun baharu ini menjadi permulaan kepada lembaran yang lebih indah, membawa sinar harapan, kebahagiaan, dan kesejahteraan. Moga setiap langkah dipermudahkan dalam mencapai kejayaan. Diharapkan juga agar tahun ini terus memperkukuh nilai perpaduan, keharmonian dan semangat persahabatan dalam kalangan kita semua ✨.
“Menjaga Warisan, Menyulam Persahabatan”
24/12/2025
🎄SELAMAT HARI KRISMAS🎄
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera
Persatuan Sahabat Muzium UPSI (PESAMU) sidang 25/26 ingin mengucapkan Selamat Hari Krismas kepada semua penganut agama Kristian dan kepada yang meraikannya.
Semoga perayaan ini membawa kepada keamanan, keharmonian, perpaduan dan kemakmuran kepada yang meraikannya.
“Menjaga Warisan, Menyulam Persahabatan”
25/11/2025
[PRAY FOR PANTAI TIMUR]
Assalamualaikum W.B.T., Salam Sejahtera dan Salam
Anak Kandung Suluh Budiman,
Di sebalik setiap dugaan, tersimpan kekuatan yang lahir daripada kesatuan hati. Persatuan Sahabat Muzium Universiti Pendidikan Sultan Idris merakamkan ucapan takziah serta memanjatkan doa buat semua mangsa banjir di Pantai Timur.
Sehubungan itu, kami mengajak seluruh warga UPSI untuk bersama-sama berdoa agar saudara-saudara kita di Pantai Timur dikurniakan ketabahan, kecekalan dan sinar harapan dalam menempuh kesukaran ini. Semoga bantuan dan keprihatinan kita bersama menjadi sinar yang memandu mereka ke arah pemulihan.
“Menjaga Warisan, Menyulam Persahabatan”.
MUZIUMPENDIDIKANNASIONAL
29/08/2025
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
✨Anda berminat dan berbakat dalam memimpin?
✨Tertarik dengan aktiviti berkaitan muzium dan fakta?
Dengan ini, sukacita ingin memaklumkan bahawa Persatuan Sahabat Muzium UPSI ingin mengalu-alukan keterlibatan mahasiswa/i sebagai bakal Majlis Tertinggi dan Exco PESAMU sidang 2025/2026.
🗓Tarikh Permohonan :
12 OGOS - 1 SEPTEMBER 2025
📄Syarat Permohonan:
- Terbuka kepada pelajar Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Semester 1-5
- Mampu memberikan komitmen dan kerjasama yang baik
📱Temuduga akan dijalankan secara dalam talian bermula bulan September.
Sekiranya berminat, anda boleh mengisi maklumat di link di bawah atau mengimbas qr code yang tertera.
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdB6zUf5StbI1cIYTB3HCXvC7hbp4GeOD2c7-0JxRJR5X9jMQ/viewform?usp=dialog
Sebarang persoalan sila hubungi:
Saudari Alya: 013-2659296
Saudari Ahza: 011-27789607
28/07/2025
[SELAMAT MENJALANI CUTI PERTENGAHAN SEMESTER]
Assalamualaikum W.B.T., Salam Sejahtera dan Salam Anak Kandung Suluh Budiman,
Barisan Persatuan Sahabat Muzium Universiti Pendidikan Sultan Idris mengucapkan Selamat Menjalani Cuti Semester kepada semua mahasiswa/i ijazah sarjana muda.
Semoga selamat sampai ke destinasi masing-masing dan semoga cuti ini dimanfaatkan sebaik yang mungkin sambil meluangkan masa gembira bersama insan tercinta.
"Melestarikan Warisan, Mengeratkan Persahabatan."
09/07/2025
🌟 [SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR] 🌟
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Kami dari Persatuan Sahabat Muzium UPSI (PESAMU) ingin mengucapkan selamat menduduki peperiksaan akhir kepada seluruh Pelajar Ijazah Sarjana Muda Semester 2 Sesi 2024/2025. 📚✨
📌 Usaha gigihmu sepanjang semester kini sampai ke kemuncaknya. Yakinlah pada persediaanmu, tenangkan hati dan lakukan yang terbaik.
💪 Setiap hela nafas dalam dewan peperiksaan adalah langkah menuju masa depan yang gemilang.
Semoga dipermudahkan menjawab dan diberikan keputusan yang cemerlang.
Teruskan melangkah dengan yakin—kejayaan milik mereka yang tidak pernah berputus asa! 🌈
01/07/2025
🌸[SELAMAT MENJALANI MINGGU ULANG KAJI] 🌸
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Kami dari Persatuan Sahabat Muzium UPSI (PESAMU) ingin mengucapkan selamat menajalani minggu ulang kaji kepada seluruh Pelajar Ijazah Sarjana Muda Semester 2 Sesi 2024/2025💫
🔥Tiada jalan pintas menuju kejayaan, tetapi setiap hela nafas usaha dalam minggu ulang kaji ini adalah batu loncatan menuju impianmu. Teruskan berusaha, kejayaan pasti menyusul.🔥