26/05/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐/๐๐๐๐๐
Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1446H kepada seluruh umat Islam. Semoga kedatangan hari yang mulia ini menjadi medan untuk kita memperkukuh semangat pengorbanan, keikhlasan dan ketakwaan dalam menjalani kehidupan seharian.
Aidiladha bukan sekadar ibadah korban semata-mata, malah ia membawa makna mendalam tentang kesetiaan Nabi Ibrahim A.S. dan kecekalan Nabi Ismail A.S. dalam mematuhi perintah Allah SWT. Moga kisah ini terus menjadi inspirasi dalam membentuk peribadi yang lebih teguh dan berprinsip.
Raikanlah lebaran ini dengan penuh kesyukuran, sederhana dan saling menghargai. Kepada yang mengerjakan ibadah haji, kami doakan segala urusan dipermudahkan dan mendapat haji yang mabrur. Salam Aidiladha.
Ikhlas daripada,
Warga SK Datuk Nan Kaya
25/05/2026
Sambutan Hari Guru 2026
"Guru Bitara Nadi Negara"
23/05/2026
๐ฆ๐๐๐๐ ๐๐ง ๐๐จ๐ง๐ ๐ฆ๐๐๐ข๐๐๐ & ๐๐จ๐ง๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐ง๐๐ก๐๐๐๐๐ก ๐ง๐๐๐จ๐ก ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
Warga SK Datuk Nan Kaya mengucapkan selamat bercuti kepada semua murid, guru serta warga sekolah sempena cuti pertengahan tahun bermula 23 Mei 2026 hingga 7 Jun 2026.
Manfaatkan masa cuti ini bersama keluarga tersayang, berehat secukupnya dan sentiasa menjaga keselamatan walau di mana berada.
Semoga anak-anak kembali ke sekolah nanti dengan semangat baru, ceria dan lebih bersemangat untuk menimba ilmu. โจ๐
Selamat bercuti dan jaga diri semua! ๐
17/05/2026
PERKHEMAHAN UJIAN LENCANA KERIS EMAS, LENCANA JAYA SERTA KEMAHIRAN PENGAKAP DAERAH MUALLIM 2026
8 โ 9 Mei 2026 | SMK Proton City
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Seramai 7 orang pengakap Kanak- kanak SK Datuk Nan Kaya bersama 12 orang guru pengiring menyertai program selama dua hari yang melibatkan pelbagai aktiviti Ujian Lencana dan Kemahiran bersama 168 peserta Lencana Keris Emas bagi daerah Muallim.
Tahniah kepada semua peserta yang telah lengkap Lencana Keris Emas bagi perkhemahan kali ini.
16/05/2026
Selamat Hari Guru 2026!
Buat seluruh warga pendidik di Malaysia, terima kasih atas segala pengorbanan, dedikasi dan kasih sayang yang dicurahkan dalam mendidik anak bangsa. โค๏ธ
๐ Guru Bitara, Nadi Negara membawa makna besar bahawa kekuatan sesebuah negara bermula daripada didikan seorang guru. Setiap teguran, tunjuk ajar dan pengorbanan yang diberikan menjadi cahaya dalam membentuk masa depan Malaysia yang lebih gemilang.
Teruskan perjuangan mendidik dengan penuh keikhlasan dan semangat. Segala jasa kalian amat kami hargai dan akan sentiasa dikenang selamanya. ๐โจ
Ikhlas daripada:
Warga SK Datuk Nan Kaya
15/05/2026
Menjunjung kasih atas perkenan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan yang memperkenankan 625 warga pendidik menyampaikan khutbah Jumaat sempena Sambutan Hari Guru 2026 di seluruh negeri Perak.
Tahniah kepada Al Fadhil Ustaz Mohamad Hafizan bin Zaidi kerana terpilih untuk menyampaikan khutbah Jumaat pada hari ini di Masjid Kg Kelawar Tanjong Malim
11/05/2026
KEJOHANAN OLAHRAGA & BALAPAN TAHUNAN KALI KE-25 SK DATUK NAN KAYA
โ
TARIKH : 09.05.2026
โ
TEMPAT : PADANG SEKOLAH
โ
PERASMI
๐ Perasmian pembukaan:
Encik Zairul Paizol bin Zakaria (YDP PIBG SK Datuk Nan Kaya)
๐Terima kasih kepada semua yang hadir, dan semua warga SKDNK (YDP PIBG, NAIB YDP, AJK PIBG, GURU-GURU,STAFF SOKONGAN, IBU BAPA & MURID-MURID) yang bersama-sama menjayakan kelancaran kejohanan ini.
๐KEPUTUSAN RASMI KEMENANGAN RUMAH SUKAN 2026:
๐ ZIRCON THE SHARK๐๐๐ JOHAN
๐ RUBY THE OCTOPUS โค๏ธ NAIB JOHAN
๐JOHAN PERBARISAN
RUBY โค๏ธ๐ฅ
๐OLAHRAGAWAN SEKOLAH
MUHAMMAD HAFIDH ANAQI ๐๐
๐OLAHRAGAWATI SEKOLAH
NURUL HAQISH DAYANA ๐๐
๐OLAHRAGAWAN HARAPAN
PUTRA LUQMAN HAKIM ๐๐
๐OLAHRAGAWATI HARAPAN
AINUL MARDHIYYAH ๐๐
Tahniah kepada semua atlet yang berjaya mengharumkan rumah sukan masing-masing.๐๐ฅโค๏ธ๐ฅ
11/01/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐6
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
๐นWarga SK Datuk Nan Kaya mengucapkan Tahniah & Selamat Kembali Ke sekolah buat semua murid-murid.
Pastikan ..
โ
๏ธTidur awal.
โ
๏ธHadir ke sekolah dalam keadaan yang sihat dan ceria.
๐๐Didoakan semoga anak- anak murid dipermudahkan segala urusan pembelajaran, dilapangkan dada untuk menerima ilmu, dan memperolehi kejayaan cemerlang di dunia dan akhirat.