21/05/2021
Assalamualaikum dan selamat pagi. Pagi ini akan ada satu Program Hala Tuju Kerjaya “FIND YOUR FUTURE” akan dijalankan dijemput semua untuk bersama-sama meriahkan lagi program ini. Program ini merupakan salah satu program yang dapat memberikan pendedahan dan kesedaran kepada pelajar-pelajar di sekolah terutamanya berkaitan dengan menentukan halatuju kerjaya yang mereka minati. Selain itu, program ini akan dijalankan oleh mahasiswa/mahasiswi dari kursus AT04 Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling sebagai projek atau tugasan berkumpulan untuk Kursus Pengurusan dan Konsultasi Kaunseling Sekolah KKP 3143. Sehubungan dengan itu, program ini melibatkan kumpulan sasaran daripada pelajar tingkatan 5 iaitu daripada kalangan pelajar lelaki dan perempuan dari Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Daerah Batang Padang. 🥰