12/06/2022
[LAWATAN TAPAK KE PERKAMPUNGAN ORANG ASLI KG. SG. GAPES KAMPAR, PERAK]
Assalamualaikum dan salam sejahtera, pada hari Isnin, 18 April 2022. Pelajar KPG3013 bersama Prof. Madya Dr. Che Ghani telah membuat lawatan tapak ke lokasi program Santun Masyarakat di Kg Sg. Gapes, Sahom, Perak.
Lawatan telah dimulakan dengan bertemu wakil dari Pejabat Agama Islam Daerah Kampar bagi membincangkan perjalanan Program Santun Masyarakat. Dari perbincangan tersebut, wakil daripada UPSI telah mendapat pelbagai input bagi merangka perjalanan dan keperluan Program dengan jayanya.
Perjalanan diteruskan lagi ke Kg Sg. Gapes bagi meninjau lokasi yang sesuai bagi menjalankan setiap aktiviti yang dirancang. Wakil dari UPSI telah bertemu Pn. Halimah yang merupakan wakil masyarakat Kg Sg. Gapes. Perbincangan telah berlangsung di surau yang baru sahaja dibina di kampung tersebut.