31/05/2026
*[SELAMAT MENYAMBUT HARI GAWAI 2026] 🌾❤️*
_*Kelab Reka Bentuk & Warisan (KEREBEWA)*_ ingin mengucapkan *Selamat Menyambut Hari Gawai 2026* kepada seluruh warga UPSI serta masyarakat Sarawak yang meraikannya. ✨
Hari Gawai merupakan perayaan kesyukuran yang diraikan oleh masyarakat Dayak sebagai tanda penghargaan terhadap hasil tuaian serta kekayaan adat dan budaya yang diwarisi sejak turun-temurun. 🌾🏡
Semoga sambutan pada tahun ini membawa kegembiraan, kesejahteraan dan kemakmuran kepada semua.
🔥🌾 Gayu Guru Gerai Nyamai 🌾🔥
_Ikhlas daripada,_
_*KEREBEWA 25/26*_
_✨ Mengakar Tradisi, Menyemai Kreativiti. ✨_
31/05/2026
[DIRGAHAYU TUANKU YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG MALAYSIA]
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ✨
Merafak Sembah Setinggi-Tinggi Tahniah dan Sembah Ucapan Selamat Hari Keputeraan daripada Kelab Rekabentuk dan Warisan (KEREBEWA), Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar.
Yang Di-Pertuan Agong Malaysia Dan Raja Pemerintah Negeri Johor Darul Ta'zim
Didoakan agar sentiasa diberikan kesihatan yang baik, perlindungan, kesejahteraan dan terus memimpi negara dengan hikmah dan keberkatan.
Dirgahayu Tuanku, Daulat Tuanku.
*Ikhlas daripada,*
*_Kelab Reka Bentuk dan Warisan sidang 25/26_*
✨ Mengakar tradisi, menyemai kreativiti. ✨
31/05/2026
*[🪷SELAMAT MENYAMBUT HARI WESAK🪷]*
Assalamulaikum dan salam sejahtera.
Kelab Reka Bentuk dan Warisan ingin mengucapkan _Selamat Menyambut Hari Wesak_ kepada semua warga UPSI yang meraikannnya🩷
Hari Wesak merupakan hari suci yang disambut oleh penganut agama Buddha bagi memperingati kelahiran, pencerahan dan kewafatan Siddhartha Gautama Buddha. Sambutan ini melambangkan nilai kedamaian, kasih sayang, keharmonian serta amalan melakukan kebaikan dalam kehidupan seharian.
Semoga warga UPSI yang meraikannya mengambil kesempatan untuk memperingati nilai kedamaian, kasih sayang dan keharmonian, di samping terus menyemai semangat toleransi serta saling menghormati antara satu sama lain.
*Ikhlas daripada,*
_*Kelab Reka Bentuk dan Warisan*_
_*Sidang 25/26*_
✨_“Mengakar Tradisi, Menyemai Kreativiti”_✨
30/05/2026
*🌾 [SELAMAT MENYAMBUT PESTA KAAMATAN 2026]🍃*
Salam sejahtera.
*Kelab Reka Bentuk & Warisan (KEREBEWA)* ingin mengucapkan _*Selamat Menyambut Pesta Kaamatan 2026*_ kepada seluruh warga UPSI serta masyarakat Sabah yang meraikannya. ✨
*Pesta Kaamatan* merupakan perayaan kesyukuran yang diraikan bagi menghargai hasil tuaian serta melambangkan kekayaan warisan, adat dan budaya masyarakat yang diwarisi sejak turun-temurun. 🌾🏡
Semoga sambutan pada tahun ini membawa keberkatan, kegembiraan dan kemakmuran kepada semua.
*Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan✨*
_Ikhlas daripada,_
_*KEREBEWA 25/26*_
_✨ Mengakar Tradisi, Menyemai Kreativiti. ✨_
27/05/2026
🌙🕋 [SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA 🤲🏻]🕋🌙
Di sebalik kemeriahan sambutan Aidiladha, tersimpan seribu satu makna tentang pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan kepada Yang Maha Esa. Hari yang mulia ini mengingatkan kita tentang nilai kasih sayang, perpaduan dan semangat membantu sesama insan. ✨
KEREBEWA 25/26 ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H kepada seluruh warga UPSI dan umat Islam. Semoga ibadah korban yang dilaksanakan diterima Allah SWT dan Aidiladha kali ini membawa keberkatan, kebahagiaan serta mengeratkan silaturahim dalam kehidupan kita semua. 🤍
💫“Mengakar Tradisi, Menyemai Kreativiti”💫
27/05/2026
[SELAMAT HARI ARAFAH🕋🤲🏻]
Di sebalik hamparan putih Padang Arafah, tersimpan seribu satu erti penyatuan, pengorbanan, dan keampunan. Hari ini adalah hari untuk kita tunduk menyerah, memohon keampunan yang tidak bertepi daripada Yang Maha Esa.
KEREBEWA 25/26 ingin mengucapkan di hari yang penuh barakah ini, marilah kita menyuburkan jiwa dengan zikir dan doa, memohon petunjuk agar setiap langkah dan karya kita sentiasa diberkati.
Selamat Hari Arafah 1447H.✨
💫“Mengakar Tradisi, Menyemai Kreativiti”💫
27/05/2026
[BENGKEL LIBAT URUS TDHEPA FSKIK BERSAMA PERSATUAN PELAJAR]
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada seluruh mahasiswa dan mahasiswi Universiti Pendidikan Sultan Idris 👨🏼🎓
Kelab Reka Bentuk dan Warisan (KEREBEWA) bagi sidang 2025/2026 telah menghadiri dalam “Bengkel Libat Urus Tdhepa Fskik Bersama Persatuan Pelajar”
Bengkel ini diadakan adalah untuk membincangkan dan mencadangkan program atau aktiviti daripada FSKIK yang sesuai untuk diadakan sepanjang sidang 2025/2026.
Antara agenda utama yang telah dibincangkan ialah:
📌 Perbincangan program yang bakal dianjurkan oleh setiap persatuan dalam masa terdekat.
📌 Perancangan strategik kelab persatuan bagi tahun 2026.
📌 Cadangan program/aktiviti daripada TDHEPA
📌 Sesi talk bersama TDHEPA FSKIK berkaitan program/aktiviti yang akan dilaksanakan oleh setiap persatuan sidang2025/2026
💫“Mengakar Tradisi, Menyemai Kreativiti”💫
27/05/2026
[MESYUARAT BULANAN (MEI) KEREBEWA SIDANG 2024/2025]
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada seluruh mahasiswa dan mahasiswi Universiti Pendidikan Sultan Idris 👨🏼🎓
Kelab Reka Bentuk dan Warisan (KEREBEWA) bagi sidang 2025/2026 telah mengadakan Mesyuarat Bulanan bagi bulan Mei yang telah berlangsung pada 12 Mei 2026.
Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan program baru yang melibatkan aktiviti diluar kampus dan juga. Ia juga menjadi platform untuk berkongsi maklumat penting serta membincangkan isu-isu semasa kelab ke arah merealisasikan visi dan misi bersama.
Antara agenda utama yang telah dibincangkan termasuklah:
📌 Perbincangan program yang bakal dianjurkan oleh KEREBEWA dalam masa terdekat.
📌 Perancangan strategik kelab bagi tahun 2026.
📌 Perbincangan pembukaan pembelian baju korporat buat kali kedua.
📌 Perbincangan hal-hal yang berbangkit.
💫“Mengakar Tradisi, Menyemai Kreativiti”💫
27/05/2026
[SONGKET WARISAN KITA ✨🧵- EXCO AKADEMIK & KERJAYA]
Salam Sejahtera warga KEREBEWA,
Songket merupakan warisan tekstil tradisional Melayu yang dihasilkan melalui teknik tenunan tangan menggunakan benang emas atau perak. Kehalusan tenunan ini melambangkan identiti budaya, kreativiti dan keindahan seni masyarakat Melayu sejak dahulu lagi. 🇲🇾
📍 Keistimewaan Songket:
* Corak unik dan halus
* Menjadi pakaian adat dan istiadat rasmi
* Melambangkan warisan serta kebanggaan budaya Melayu
📍 Antara Motif Songket:
* Pucuk rebung
* Bunga tabur
* Awan larat
* Tampuk manggis
Marilah kita bersama-sama memelihara seni songket agar warisan ini terus kekal sepanjang zaman. 🌺
Ikhlas daripada,
Kelab Reka Bentuk & Warisan (KEREBEWA) 25/26
"Mengakar Tradisi, Menyemai Kreativiti"
18/05/2026
[WARISAN NILAI, CERMINAN SAHSIAH]
✨ Warisan Nilai, Cerminan Sahsiah ✨
Kelab Reka Bentuk & Warisan (KEREBEWA) ingin menyeru seluruh warga agar terus memelihara dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian. Nilai yang diwarisi daripada keluarga, agama, budaya dan masyarakat memainkan peranan penting dalam membentuk sahsiah diri yang mulia serta melahirkan insan yang berakhlak dan berintegriti.
Sahsiah yang baik bukan sahaja mencerminkan keperibadian seseorang, malah menjadi asas kepada keharmonian masyarakat dan kemajuan negara. Dengan sikap hormat-menghormati, bertanggungjawab, prihatin dan berdisiplin, kita mampu membina persekitaran yang lebih positif dan sejahtera.
✨ “Didikan keluarga, pegangan agama, warisan budaya dan semangat masyarakat membentuk nilai murni yang menjadi cerminan sahsiah diri.” ✨
Marilah kita bersama-sama menghayati dan menerapkan nilai-nilai murni dalam setiap tindakan agar warisan yang baik terus kekal dalam generasi akan datang.
Ikhlas daripada,
KEREBEWA 25/26
✨ Mengakar Tradisi, Menyemai Kreativiti. ✨