Maahad Tahfiz Al-Mawaddah Lil Banat

Maahad Tahfiz Al-Mawaddah Lil Banat Bercita-cita mencetak generasi muslimah yang menghafaz Al-Quran serta mengamalkannya dalam kehidupan.

Selasa, 14 Julai 2026 - Telah berlangsung Taklimat Peluang Pengajian Lepasan Tahfiz dengan kerjasama Institut Kemahiran ...
16/07/2026

Selasa, 14 Julai 2026 - Telah berlangsung Taklimat Peluang Pengajian Lepasan Tahfiz dengan kerjasama Institut Kemahiran Islam Darul Ridzuan (IKDAR) di Maahad Tahfiz Al-Mawaddah Lil Banat.

3 orang wakil kakitangan IKDAR bersama 4 orang wakil MPP hadir bagi menyampaikan taklimat dan sedikit aktiviti bersama para pelajar.

Terima kasih diucapkan pada pihak IKDAR atas kehadiran dan penerangan yang diberikan agar ibubapa dan para pelajar lebih jelas halatuju pengajian selepas tamat pengajian di tahfiz.

Semoga bertemu lagi di masa akan datang in shaa Allah.

'MUSLIMAT SYUMUL, TUNGGAK GENERASI RABBANI'

*Pendaftaran pelajar dibuka sepanjang tahun


TAKLIMAT PELUANG PENGAJIAN LEPASAN TAHFIZBuat julung kalinya Maahad Tahfiz Al-Mawaddah Lil Banat dengan kerjasama Instit...
14/07/2026

TAKLIMAT PELUANG PENGAJIAN LEPASAN TAHFIZ

Buat julung kalinya Maahad Tahfiz Al-Mawaddah Lil Banat dengan kerjasama Institut Kemahiran Islam Darul Ridzuan (IKDAR) mengadakan Taklimat Peluang Pengajian Lepasan Tahfiz bagi memberi penerangan tentang kursus kemahiran yang ditawarkan bagi pelajar tahfiz.

Butiran program seperti berikut,

๐Ÿ“Œ Tarikh : Selasa, 14 Julai 2026
๐Ÿ“Œ Masa : 2.30 petang
๐Ÿ“Œ Tempat : Maahad Tahfiz Al-Mawaddah Lil Banat

Dijemput ibubapa pelajar dan alumni hadir bagi mendengar taklimat dan mengajukan sebarang persoalan.



Sekitar aktiviti santai dan pengisian bermanfaat meraikan pelajar selepas selesai menduduki Peperiksaan Pertengahan Tahu...
13/07/2026

Sekitar aktiviti santai dan pengisian bermanfaat meraikan pelajar selepas selesai menduduki Peperiksaan Pertengahan Tahun pada 22 hingga 27 Jun yang lalu.

Semoga sentiasa bersemangat dalam perjalanan menimba ilmu ini.

- Game Hafazan
- Riadah di DSS Futsal Behrang 2020
- Ceramah Menangani Buli & Vandalisme di Baitul Hilmi
- Teen Circle dengan kerjasama Nisa' Tanjong Malim

'MUSLIMAH SYUMUL, TUNGGAK GENERASI RABBANI'



UCAPAN SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2026Semoga Allah beri kesihatan yang baik, ingatan yang tajam, ke...
22/06/2026

UCAPAN SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2026

Semoga Allah beri kesihatan yang baik, ingatan yang tajam, ketenangan dan kelancaran lidah dalam menjawab bagi semua pelajar Maahad Tahfiz Al-Mawaddah Lil Banat sepanjang Peperiksaan Pertengahan Tahun 2026 yang bermula pada hari ini, Isnin 22 Jun 2026 hingga Jumaat 26 Jun 2026.

ุจุงู„ุชูˆููŠู‚ ูˆุงู„ู†ุฌุงุญ

'MUSLIMAH SYUMUL, TUNGGAK GENERASI RABBANI'



INFAQ MEMBAIK PULIH DAN MENAIK TARAF KEMUDAHAN TAHFIZHadis Abu Hurairah R.A riwayat Muslim, daripada Nabi S.A.W: Baginda...
12/06/2026

INFAQ MEMBAIK PULIH DAN MENAIK TARAF KEMUDAHAN TAHFIZ

Hadis Abu Hurairah R.A riwayat Muslim, daripada Nabi S.A.W: Baginda bersabda:

โ€œSedekah itu tidak akan mengurangi harta. Tidak ada orang yang memberi maaf kepada orang lain melainkan Allah akan menambah kemuliaannya, dan tidak ada orang yang merendahkan diri kerana Allah melainkan Allah akan mengangkat darjatnya."

Dengan ini, kami membuka peluang pada orang ramai untuk menghulurkan sumbangan bagi membaik pulih kereta dan menaik taraf kemudahan ampaian baju di Maahad Tahfiz Al-Mawaddah Lil Banat.

Kereta ini adalah keperluan tahfiz dan ianya digunakan untuk aktiviti luar pelajar, juga untuk urusan perbelanjaan harian tahfiz.

Oleh itu, sumbangan tuan/puan amatlah kami hargai untuk membantu melancarkan aktiviti warga tahfiz.

Jumlah keseluruhan yang diperlukan adalah sebanyak RM 5,000. Ianya boleh diserahkan secara tunai atau disalurkan terus ke akaun :

BANK ISLAM
08-068-01-004424-3
TAHFIZ MAWADDAH LIL BANAT
Rujukan : Infaq Kemudahan

Segala sumbangan diberikan perlu dimaklumkan pada admin Maahad Tahfiz Al-Mawaddah Lil Banat di talian www.wasap.my/601110708820.

'Muslimah Syumul, Tunggak Generasi Rabbani'

*PENDAFTARAN PELAJAR DIBUKA SEPANJANG TAHUN



PENDAFTARAN KELAS HAFAZAN KINI DIBUKA !โ€ข Anak pernah hafaz Al-Quran, tapi tak nak biarkan hafazan terlupa?โ€ข Anak nak haf...
10/06/2026

PENDAFTARAN KELAS HAFAZAN KINI DIBUKA !

โ€ข Anak pernah hafaz Al-Quran, tapi tak nak biarkan hafazan terlupa?

โ€ข Anak nak hafaz Al-Quran, tapi masih ingin belajar sekolah harian?

Buat julung kalinya, Maahad Tahfiz Al-Mawaddah Lil Banat kini menawarkan kelas KHUSUS untuk anak-anak perempuan hafaz dan faham Al-Quran setiap hujung minggu (6 sesi sebulan).

โœ… Bimbingan hafazan bermula dari asas
โœ…๏ธ Rekod hafazan bulanan
โœ…๏ธ Kelompok yang kecil
โœ…๏ธ Sijil khatam Al-Quran

"Sebaik-baik kamu ialah orang yang belajar al-Quran dan mengajarkannya."

(Hadis Riwayat al-Bukhari)

Pendaftaran terhad 10 orang terawal!
Daftar sekarang untuk kemasukan Julai 2026 ๐Ÿ‘‡๐Ÿป

https://forms.gle/BaamyGWN4QvVtg8XA

Sebarang pertanyaan, boleh berhubung di talian whatasapp admin Maahad Tahfiz Al-Mawaddah Lil Banat (www.wasap.my/601110708820)

'Muslimah Syumul, Tunggak Generasi Rabbani'



FADHILAT 10 AWAL ZULHIJJAHRasulullah mengangkat hari-hari ini sebagai hari yang paling baik dalam setahun. Sabda Rasulul...
19/05/2026

FADHILAT 10 AWAL ZULHIJJAH

Rasulullah mengangkat hari-hari ini sebagai hari yang paling baik dalam setahun.

Sabda Rasulullah:

ุฃูŽูู’ุถูŽู„ู ุฃูŽูŠู‘ูŽุงู…ู ุงู„ุฏู‘ูู†ู’ูŠูŽุง ุฃูŽูŠู‘ูŽุงู…ู ุงู„ู’ุนูŽุดู’ุฑู

โ€œSebaik-baik hari dalam dunia ini adalah 10 hari ini.โ€

Dalam hadith lain, Rasulullah telah meletakkan hari ini sebagai hari yang mesti dipertingkatkan amalan harian kita. Baginda melihatnya sebagai hari yang sangat Allah cintai.

Sabda Rasulullah:

ู…ูŽุง ู…ูู†ู’ ุฃูŽูŠู‘ูŽุงู…ู ุฃูŽุนู’ุธูŽู…ู ุนูู†ู’ุฏูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูุŒ ูˆูŽู„ูŽุง ุฃูŽุญูŽุจู‘ู ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ู…ูู†ูŽ ุงู„ู’ุนูŽู…ูŽู„ู ูููŠู‡ูู†ู‘ูŽ ู…ูู†ู’ ู‡ูŽุฐูู‡ู ุงู„ู’ุฃูŽูŠู‘ูŽุงู…ู ุงู„ู’ุนูŽุดู’ุฑูุŒ ููŽุฃูŽูƒู’ุซูุฑููˆุง ูููŠู‡ูู†ู‘ูŽ ู…ูู†ูŽ ุงู„ุชู‘ูŽู‡ู’ู„ููŠู„ูุŒ ูˆูŽุงู„ุชู‘ูŽูƒู’ุจููŠุฑูุŒ ูˆูŽุงู„ุชู‘ูŽุญู’ู…ููŠุฏู

โ€œTidak ada hari yang lebih besar di sisi Allah dan tidak ada hari yang lebih disayangi oleh Allah supaya kita beramal di dalamnya melainkan pada 10 hari ini. Maka perbanyakkanlah bertahlil, bertakbir dan bertahmidโ€ (HR al-Tabrani)

Ayuh kita tingkatkan amalan sunat di hari-hari mulia ini. Semoga Allah berkati.

'MUSLIMAH SYUMUL, TUNGGAK GENERASI RABBANI'



Alhamdulillah
21/04/2026

Alhamdulillah

TAJAAN BERBUKA PUASA & IHYA' RAMADAN 1447HDalam sebuah hadith riwayat Anas RA menyebutkan, ditanyakan Nabi ๏ทบ sedekah apa...
20/02/2026

TAJAAN BERBUKA PUASA & IHYA' RAMADAN 1447H

Dalam sebuah hadith riwayat Anas RA menyebutkan, ditanyakan Nabi ๏ทบ sedekah apakah yang paling afdhal. Jawab Nabi ๏ทบ:

"Sedekah di bulan Ramadan."

-Riwayat Al-Tirmizi (663)-

Sempena mengambil fadilat bulan Ramadan, pihak Maahad Tahfiz Al-Mawaddah Lil Banat mengalu-alukan Dato'/Datin/Tuan/Puan, Ibu Bapa Penjaga, serta Muslimin dan Muslimat untuk menghulurkan sumbangan berupa tajaan berbuka puasa dan juga program Ihya' Ramadan tahun 1447H ini.

๐Ÿ“Œ Sumbangan boleh disalurkan secara tunai atau melalui akaun:

BANK ISLAM
08-068-01-004424-3
TAHFIZ AL-MAWADDAH LIL BANAT

๐Ÿ“Œ Bukti pembayaran beserta maklumat infaq perlulah dimaklumkan pada Admin Tahfiz Al-Mawaddah
www.wasap.my/601110708820/InfaqRamadan

Segala sumbangan yang diberikan kami dahului dengan ucapan jazakumullahu khairan kathira.

*PENDAFTARAN PELAJAR DIBUKA SEPANJANG TAHUN

'Muslimah Syumul, Tunggak Generasi Rabbani'





Address

No 23, Jalan 3A/11, Bandar Behrang2020
Tanjung Malim

Telephone

+60199874966

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Maahad Tahfiz Al-Mawaddah Lil Banat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Maahad Tahfiz Al-Mawaddah Lil Banat:

Shortcuts

Share

Category