12/06/2025
Inna Lillahi wa inna ilayhi raji'un.
Jabatan Sains Pertanian adalah sebuah Jabatan yang berada di dalam Fak. Teknikal & Vokasional, UPSI.
12/06/2025
Inna Lillahi wa inna ilayhi raji'un.
Rock Melon datang lagi.
Kami akan mula harvest rock melon kali ni pada 1 Oktober 2021.
Harvesting period dijangka berlangsung sehingga 12 Oktober 2021 insha'Allah.
Mai la booking rock melon kami cepat². Boleh terus tekan https://wa.me/c/601139990035.
Kalau Abg Kacak ni lambat reply, korang boleh roger number pada poster tu ya.
Orang kata, biar putih tulang, jangan putih mata.
Rock melon kami sudah semestinya mantap Pak Abu, buah kualiti bangsawan dan semestinya manis.
Seperti manisnya cintaku, padamu. Eh...tiberr. 🤭
22/09/2021
Rock Melon datang lagi.
Kami akan mula harvest rock melon kali ni pada 1 Oktober 2021.
Harvesting period dijangka berlangsung sehingga 12 Oktober 2021 insha'Allah.
Mai la booking rock melon kami cepat². Boleh terus tekan
https://wa.link/hhz6tb Naqiuddin
https://wa.link/qvhfb8 Ariff
Kalau Abg Kacak ni lambat reply, korang harap bersabar.
Orang kata, biar putih tulang, jangan putih mata.
Rock melon kami sudah semestinya mantap Pak Abu, buah kualiti bangsawan dan semestinya manis.
Seperti manisnya cintaku, padamu. Eh...tiberr. 🤭
22/09/2021
Sedang berlangsung.
Sebarang pertanyaan lanjut, boleh tekan link Abang Kacak kita 👉🏻
https://wa.me/c/601139990035
Ada yang jenis² isi gini je ye.
Jangan tanya buah. Dah habis.
Nantikan Rock Melon p**a minggu depan yeop and yong!
13/09/2021
Tahniah kepada Saudara Nor Halim diatas ketepatan meneka berat buah cempedak dalam Pertandingan Teka Berat Cempedak anjuran Unit Ladang baru² ini.
Berat cempedak: 4.955kg
Maaf diatas kelewatan makluman pemenang pertandinagan. Admin punya server down weekend baru ni. Hari ni baru boleh buat posting. Ampunnn 🙏🏽
Kepada pemenang,
Selamat menggoreng cempedak. 😋😋😋
09/09/2021
Pertandingan Teka Berat Cempedak
Hadiah: Buah Cempedak
Syarat Pertandingan:
1. Peminat cempedak mst lah kacak dan cantik😎
2. Ada akaun Facebook
3. Ada kenderaan sendiri untuk datang ambil cempedak di Ladang UPSI (jika anda menang)
4. 1 akaun FB, teka sekali sahaja.
5. Masa pertandingan: 9 September 2021 (12 tengahari) sehingga 11 September 2021 (12 tengahari).
Cara menyertai:
1. Follow & Like FB Jabatan Sains Pertanian UPSI
2. Share posting Pertandingan di wall FB masing-masing dengan
3. Tinggalkan tekaan anda di ruangan komen posting original di FB Jabatan
4. Cempedak 1 biji je. Gambar boleh rujuk di ruangan komen 😁 (ukur lilit 63cm, tinggi 39cm)
Pemenang akan dihubungi oleh Urusetia pertandingan.
09/09/2021
Cempedak goreng sedap petang ni.
Ape lagi kome.
Pakat² le roger Abang Ladang kami, https://wa.me/c/601139990035 untuk cop.
Konsep jualan, pat pat siku lipat, siapa cepat, dia dapat.
Pat pat siku lipat, kalau nak update terkini barang baik kat ladang kami, follow page kami rapat².
31/08/2021
Assalamualaikum & Selamat Pagi
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-64 diucapkan kepada seluruh rakyat Malaysia.
Terima kasih kepada semua followers yang mengikuti Page Jabatan Sains Pertanian UPSI daripada mula penubuhan Page ini.
Sama-sama kita jaga SOP dalam membendung penularan wabak Covid-19.
Malaysia Merdeka. Malaysia Prihatin.
27/08/2021
Assalamualaikum & Selamat Pagi.
27/08/2021
SALAM.
Ready stock Madu Kelulut FTV.
COD(Tanjung Malim) dan Postage seluruh Malaysia🐝🐝🐝.
PM Cepat2 Super Food.Grab while stock Last 💥💪.
Imunisasi anda,
sistem pertahanan anda.
pemakanan sunnah
Amalkan minum madu untuk "Merawat,Mencegah dan Menyembuhkan" penyakit. Dengan IzinNya.
DAPATKAN SEGERA !!!
Klik link untuk Order👇 :
https://wa.me/p/3184853208282128/60197915747
Madu Kelulut FTV Fresh(110 GRAM) from Ariff A. on WhatsApp. PLKP FTV Kampus Sultan Azlan Shah UPSI · MYR25.00
07/06/2021
Korang tau tak kelulut makan apa??
Meh Min cerita sikit pasal makanan kelulut ni.
Basically, kelulut ni adalah adik beradik lebah. So, bila adik beradik ni, maksudnya makanan same je lah. Macam korang makan makanan yang mak korang bagi makan kecil-kecil dulu. Sama je kan makan semuanya dalam satu rumah tu.
Jadi, untuk meneruskan kelangsungan hidup, kelulut makan pollen dan minum nektar.
Kelulut akan bawa balik kedua-dua jenis makanan dan minuman dorang ni ke sarang dorang yang dikenali sebagai hive.
Sikit je lah info yang Admin nak kongsikan kepada semua yang membaca kali ni.
Jadi, korang mana-mana yang nak makan madu kelulut di sekitar Tg.Malim dan kawasan sekitar, boleh la terus berhubung dengan staff Ladang Jabatan Sains Pertanian UPSI, Abg Arif Kacak.
Ni link WhatApps beliau...https://wa.me/c/60197915747
Kalau dia lambat reply, maybe tengah main pondok-pondok dengan anak...maklumlah Lockdown. Harap korang bertimbang rasa lah ye.
Kat bawah, Admin share gambar-gambar area projek kelulut Jabatan untuk tatapan pembaca. Walaupun kita masih dalam bulan Syawal, ziarah ke ladang tetap tak boleh tau.
Lebah terbang mencari makan,
Mencari makan di dalam hutan,
Sila sambung........ehhhh
Yang bertugas,
Admin
20/04/2021
Salam 8 Ramadhan.
Lama Admin tak bersiaran atas kekangan tugas hakiki. Walau bagaimanapun, diharapkan masih belum terlambat untuk Admin ucapkan Selamat Menjalani Ibadan Ramadhan kepada semua followers Page Jabatan Sains Pertanian UPSI ni.
Sempena Ramadhan yang barokah ini, Team Ladang JSP UPSI yang diketuai oleh Dr.Fazhana Ismail, pertama kalinya melakukan proses pengeraman telur ayam kampung kacuk untuk dijadikan benih bagi projek ternakan ayam kampung di ladang kami.
Jadi, Admin nak la kongsikan sedikit maklumat berkenaan proses pengeraman telur ayam ni. Proses pengeraman telur ayam kampung kacuk ni mengambil masa antara 18-22 hari. Kalau korang rasa nak makan ayam kampung kacuk di hari raya yang mulia, korang kena eram dan bagi makan ayam-ayam tu lebih awal. Kalau mula puasa baru nak eram telur, raya haji la baru boleh makan ayamnya.
Suhu bagi proses pengeraman telur ayam ni adalah 98-99 Fahrenheit dengan kadar kelembapan (humidity) iaitu sekitar 50-60%.
Proses pengeraman telur ayam ini dilakukan menggunakan alat yang dipanggil Inkubator (boleh rujuk dalam gambar). Awas, jangan cuba-cuba eram bawah bantal ya, tembelang telur tu nanti. Adalah baiknya jika tiada Inkubator, kita goreng masak kicap ajelah untuk menu sahur....tambah p**ak lada dan bawang digoreng panas-panas....MashaAllahhh
Begitulah posting di bulan yang mulia ini, pasti ada je nak cerita pasal makanan sedikit sebanyak.
Selamat menjalani ibadah puasa sekali lagi kepada semua.
Diharap info yang Admin kongsikan ni memberi manfaat kepada yang membaca.
Yang bertugas,
Admin