Sudah pasti anda semua dan jua sahabat di luar sana mengenali apa itu yang di katakan(MTJH).. Perkataan MTJH ini telah di ambil dari singkatan kata yaitu: MAAHAD TAHFIZ JAMIUL HASANAH
Untuk tatapan umum MTJH ini telah di tubuhkan pada tahun 1995, MTJH ini pernah di muatkan pelajar seramai 112 pelajar dalam satu masa aliran Tahfiz Al-Quran,
Pada tahun 2008 MTJH ini telah membuatkan perubahan yang begitu moden,wajah lama telah di tukar baru. Kami di dalam group ini adalah semua daripada bekas penuntut di MTJH, oleh kerana kami semua adalah kawan semasa di bangku sekolah ini dan telah menjadi teman sejati dan sahabat baik, maka terlintas di fikiran sahabat2 ini untuk menubuhkan group MTJH sebagai penyambung kesetian kawan dan sahabat. walau ada di antara kami telah menamatkan zaman pelajaran dan ada jua yang telah menyambung pelajaran mereka nun jauh di sana namun kami semua tetap akan bersua dalam group ini tampa kira masa dan waktu.. Ada jua mereka di luar sana mengatakan apa kebaikan dalam group ini..? Kepada kawan-kawan di luar sana mungkin ada yang telah bertanya adakan ia sebuah sekolah yang baik untuk masa hadapan kelak…? Sebagai bekas pelajar di MTJH ini saya mengatakan ia agak baik kini, kerana semua jurusan aliran tahfiz dan aliran akedemik jua telah diadakan di sekolah tersebut. Jika benar ia datang kesekolah untuk menuntut ILMU mata tiada masaalah yang timbul kelak.. Bijak , pintar, dan sebagainya adalah tertakluk dalam hati seseorang yang menuntut ilmu itu .. Jika baik apa yang di tuntut maka baiklah ILMU yang di tuntut itu, jika sebaliknya,, maka sebaliknya lah yang ia akan perolehi…
Tepuk dada Tanya selera…
Kata2 azimat daripada saya.. Menuntutlah ilmu itu salagi nafas masih ada di kandung badan.. Menuntut ilmu itu adalah wajib bagi lelaki dan perumpuan.. Dan mempergunakanlah ilmu itu kejalan yang diredai oleh ALLAH..