14/05/2026
๐๐๐ง๐ฎ๐ฃ๐ฎ ๐๐ฎ๐ฅ๐ก๐ข๐ฃ๐ฃ๐๐ก, ๐๐๐๐ญ ๐๐๐ญ๐ข ๐๐๐ง ๐๐ฆ๐๐ฅ ๐๐๐๐๐ง๐ ๐๐ข๐ฉ๐๐ซ๐ฌ๐ข๐๐ฉ๐ค๐๐ง
Sedikit demi sedikit, kita sedang menghampiri hari-hari yang paling dicintai Allahโฆ
hari di mana manusia berlumba-lumba menambah amal, memperbaiki diri dan mencari bekalan untuk dibawa pulang kepada-Nya.
Dalam perjalanan menuju Zulhijjah ini, terlintas satu persoalan untuk diri kita bersamaโฆapakah yang sedang kita persiapkan untuk dipersembahkan di hadapan Allah nanti?
Di saat kita sedang mengumpul amal, pembangunan Maahad Tahfiz Murottilil Quran juga masih berusaha disempurnakan sedikit demi sedikit.
Alhamdulillah, ketika ini sedang berjalan kerja-kerja penampalan plaster simen pada bahagian atas bangunan terlebih dahulu, sebagai antara proses penting dalam fasa pembinaan semasa.
Kerja-kerja pembinaan diteruskan mengikut fasa, dan usaha untuk menyegerakan siapnya rumah Al-Quran ini masih memerlukan sokongan yang berterusan.
Semoga Allah menerima setiap kebaikan yang dilakukan dan menjadikannya amal jariah yang berpanjangan hingga ke akhirat, insyaAllah.