Pesaka Kuala Selangor

Pesaka Kuala Selangor Persatuan Silat Kebangsaan (PESAKA) Daerah Kuala Selangor

22/08/2026
21/08/2026

Rangkuman moment Latihan Pusat PESAKA Kuala Selangor 💪

Latihan Pusat PESAKA Kuala Selangor20 Ogos 2026
20/08/2026

Latihan Pusat PESAKA Kuala Selangor
20 Ogos 2026

Terima kasih
07/08/2026

Terima kasih

PERUNTUKAN KHAS YAB PERDANA MENTERI BAGI PROJEK MESRA RAKYAT (PMR) TAHUN 2024

(P096) YB Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly Bin Ahmad

SUMBANGAN FOAM MATTRESS SILAT ( SPESIFIKASI STANDARD PERTANDINGAN) KEPADA PIBG SEK KEB DATO' MAHARAJA LELA KAMPUNG BUKIT CHERAKAH, JERAM

Pelaksanaan projek ini adalah sebahagian daripada Projek Mesra Rakyat (PMR) yang mendapat sokongan kewangan menerusi Peruntukan Khas YAB Perdana Menteri bagi tahun 2024 kepada Ahli Parlimen Kuala Selangor

🥋 JOM MERIAHKAN KEJOHANAN SILAT MSSD KUALA SELANGOR 2026! 🥋Assalamualaikum dan salam sejahtera.Ayuh warga Kuala Selangor...
05/08/2026

🥋 JOM MERIAHKAN KEJOHANAN SILAT MSSD KUALA SELANGOR 2026! 🥋

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ayuh warga Kuala Selangor! Sama-sama kita hadir memberikan sokongan dan memeriahkan Kejohanan Silat Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah (MSSD) Kuala Selangor 2026.

Saksikan aksi pesilat-pesilat muda yang bakal mempertaruhkan kemahiran, disiplin, semangat juang dan seni warisan bangsa dalam gelanggang.

📅 Tarikh: 10 – 13 Ogos 2026
📍 Tempat: Dewan Seri Bestari TSNO, SMK Dato’ Harun

Kehadiran anda amat bermakna dalam memberikan sokongan kepada generasi muda serta menyemarakkan lagi perkembangan sukan silat di daerah Kuala Selangor.

🔥 Ayuh kita bersama-sama memartabatkan seni bela diri warisan Melayu! 🔥

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan bakat-bakat baharu silat beraksi.






🎉 Selamat Hari Lahir 🎉Warga PESAKA Kuala Selangor mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada🌹 Cikgu Shahid Bin YunusPresiden ...
30/07/2026

🎉 Selamat Hari Lahir 🎉

Warga PESAKA Kuala Selangor mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada

🌹 Cikgu Shahid Bin Yunus
Presiden PESAKA Kuala Selangor

Semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan yang berpanjangan, umur yang diberkati, dipermudahkan segala urusan serta terus dikurniakan kekuatan dan kebijaksanaan dalam memimpin PESAKA Kuala Selangor ke arah kecemerlangan.

Terima kasih atas segala jasa, komitmen dan pengorbanan dalam memartabatkan seni silat serta membimbing generasi pesilat dengan penuh dedikasi.

Semoga dipanjangkan usia dalam keberkatan, dimurahkan rezeki, dikurniakan kebahagiaan bersama keluarga, dan terus berjaya dalam setiap amanah yang dipikul.

Selamat Menyambut Hari Lahir! 🎂🎉

"Semoga setiap langkah sentiasa diberkati dan setiap usaha menjadi amal yang berpanjangan."

Ikhlas daripada
Ahli Jawatankuasa & Warga PESAKA Kuala Selangor

Salam Takziah
29/07/2026

Salam Takziah

Perginya seorang tokoh dan lagenda dalam dunia persilatan negara. Sama-samalah kita hadiahkan Al-fatihah dan mendoakan semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

LAWATAN KERJA IPD KUALA SELANGORPESAKA Kuala Selangor telah menerima kunjungan lawatan kerja daripada wakil IPD Kuala Se...
29/07/2026

LAWATAN KERJA IPD KUALA SELANGOR

PESAKA Kuala Selangor telah menerima kunjungan lawatan kerja daripada wakil IPD Kuala Selangor yang diketuai oleh:

1. SM/D Rozaidi bin Arshad
2. Sjn/D Mohd Izmi bin Suhadi
3. Kpl/D Muhamad Firdaus bin Ramli

Sesi kunjungan ini telah disambut oleh Cikgu Shahid bin Yunus, Presiden PESAKA Kuala Selangor.

Pelbagai perkara telah dibincangkan dalam sesi pertemuan tersebut, termasuk perkongsian maklumat berkaitan aktiviti dan hala tuju PESAKA Kuala Selangor. Turut diadakan adalah serahan profil terkini PESAKA Kuala Selangor sebagai rujukan dan pengukuhan hubungan kerjasama antara kedua-dua pihak.

PESAKA Kuala Selangor merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak IPD Kuala Selangor atas kunjungan serta sokongan yang diberikan. Semoga hubungan kerjasama yang terjalin terus diperkukuhkan demi manfaat bersama.

PESAKA Kuala Selangor

Kenali Barisan AJK PESAKA Kuala Selangor 2026-2028PresidenShahid Yunus(duduk, tengah diapit Tetamu Kehormat daripada PES...
22/07/2026

Kenali Barisan AJK PESAKA Kuala Selangor 2026-2028

Presiden
Shahid Yunus
(duduk, tengah diapit Tetamu Kehormat daripada PESAKA Negeri Selangor

Timbalan Presiden
Azhari Bin Muhammad
(berdiri, ke 3 dari kiri gambar)

Setiausaha Agung
Fadzli Hussain
(berdiri, ke 2 dari kanan gambar)

Bendahari
Nor Ashikin Mohd Salleh
(berdiri, hujung kanan)

AJK
Mohd Rizal Bin Ramli (berdiri, ke 2 dari kiri)
Azam Razali (berdiri, ke 3 dari kanan)
Muhammad Hazim (berdiri, hujung kiri)

Address

No. 16, Lorong Alam Suria 16/5, Seksyen 16
Tanjung Karang
42300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pesaka Kuala Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Pesaka Kuala Selangor:

Shortcuts

Share