NCDRC UPSI Page

Directions

NCDRC UPSI Page Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from NCDRC UPSI Page, Educational Research Center, Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC), TanjongMalim.

๐Ÿ“ข ๐—ก๐—˜๐—ช ๐—œ๐—ฆ๐—ฆ๐—จ๐—˜ ๐—ข๐—จ๐—ง ๐—ก๐—ข๐—ช! ๐ŸŽ‰The ๐—ฆ๐—ผ๐˜‚๐˜๐—ต๐—ฒ๐—ฎ๐˜€๐˜ ๐—”๐˜€๐—ถ๐—ฎ ๐—˜๐—ฎ๐—ฟ๐—น๐˜† ๐—–๐—ต๐—ถ๐—น๐—ฑ๐—ต๐—ผ๐—ผ๐—ฑ ๐—๐—ผ๐˜‚๐—ฟ๐—ป๐—ฎ๐—น (๐—ฆ๐—”๐—˜๐—–๐—) ๐—ฉ๐—ผ๐—น. ๐Ÿญ๐Ÿฑ, ๐—ก๐—ผ. ๐Ÿญ (๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ) is now available online!T...
28/09/2026

๐Ÿ“ข ๐—ก๐—˜๐—ช ๐—œ๐—ฆ๐—ฆ๐—จ๐—˜ ๐—ข๐—จ๐—ง ๐—ก๐—ข๐—ช! ๐ŸŽ‰

The ๐—ฆ๐—ผ๐˜‚๐˜๐—ต๐—ฒ๐—ฎ๐˜€๐˜ ๐—”๐˜€๐—ถ๐—ฎ ๐—˜๐—ฎ๐—ฟ๐—น๐˜† ๐—–๐—ต๐—ถ๐—น๐—ฑ๐—ต๐—ผ๐—ผ๐—ฑ ๐—๐—ผ๐˜‚๐—ฟ๐—ป๐—ฎ๐—น (๐—ฆ๐—”๐—˜๐—–๐—) ๐—ฉ๐—ผ๐—น. ๐Ÿญ๐Ÿฑ, ๐—ก๐—ผ. ๐Ÿญ (๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ) is now available online!

This issue brings together research and scholarly perspectives on Early Childhood Education, featuring current developments, innovative practices, and emerging issues in the field across Malaysia and Southeast Asia.

๐Ÿ“š ๐—ง๐—›๐—œ๐—ฆ ๐—œ๐—ฆ๐—ฆ๐—จ๐—˜ ๐—›๐—œ๐—š๐—›๐—Ÿ๐—œ๐—š๐—›๐—ง๐—ฆ

๐Ÿ”น Early Childhood Education & Development
๐Ÿ”น Curriculum & Pedagogy
๐Ÿ”น Teacher Education & Professional Development
๐Ÿ”น Inclusive Education & Equity
๐Ÿ”น Child Development & Well-being
๐Ÿ”น Educational Technology & Innovation
๐Ÿ”น Assessment & Learning
๐Ÿ”น Education Policy & Leadership
๐Ÿ”น Sustainability in Early Childhood Education

Published by UPSI Press (Pejabat Karang-Mengarang), Universiti Pendidikan Sultan Idris, SAECJ provides a scholarly platform for researchers, educators, practitioners, and policymakers to share knowledge, connect research with practice, and contribute to the advancement of early childhood education across Southeast Asia.

๐Ÿ“– ๐—ฅ๐—˜๐—”๐—— โ€ข ๐—˜๐—ซ๐—ฃ๐—Ÿ๐—ข๐—ฅ๐—˜ โ€ข ๐—ฆ๐—›๐—”๐—ฅ๐—˜

๐Ÿ”— ๐—ฅ๐—˜๐—”๐—— ๐—ง๐—›๐—˜ ๐—Ÿ๐—”๐—ง๐—˜๐—ฆ๐—ง ๐—œ๐—ฆ๐—ฆ๐—จ๐—˜:
SAECJ Vol. 15, No. 1 (2026)

๐Ÿ’ก Found an article relevant to your work?
Share it with your colleagues, students, research networks, and early childhood education community.

๐Ÿ“ข ๐—ฆ๐—›๐—”๐—ฅ๐—˜ ๐—ง๐—›๐—˜ ๐—ž๐—ก๐—ข๐—ช๐—Ÿ๐—˜๐——๐—š๐—˜.
๐Ÿ“š ๐—–๐—œ๐—ง๐—˜ ๐—ง๐—›๐—˜ ๐—ฅ๐—˜๐—ฆ๐—˜๐—”๐—ฅ๐—–๐—›.
๐Ÿ’ฌ ๐—ฆ๐—ง๐—”๐—ฅ๐—ง ๐—ง๐—›๐—˜ ๐—–๐—ข๐—ก๐—ฉ๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐—ง๐—œ๐—ข๐—ก.

Are you conducting research in Early Childhood Education?

๐Ÿ‘‰ Consider submitting your work to SAECJ for a future issue.

๐ŸŒฑ Together, letโ€™s strengthen research, connect evidence with practice, and shape the future of early childhood education in Southeast Asia.

๐—ฅ๐—˜๐—”๐—— ๐—œ๐—ง. ๐—ฆ๐—›๐—”๐—ฅ๐—˜ ๐—œ๐—ง. ๐——๐—œ๐—ฆ๐—–๐—จ๐—ฆ๐—ฆ ๐—œ๐—ง. ๐—•๐—จ๐—œ๐—Ÿ๐—— ๐—ง๐—›๐—˜ ๐—™๐—œ๐—˜๐—Ÿ๐——.

๐ŸŽ™๏ธ NCDRCcast | MEMANUSIAKAN AI DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK: APABILA TEKNOLOGI BERTEMU SENTUHAN INSANDalam dunia pe...
23/09/2026

๐ŸŽ™๏ธ NCDRCcast | MEMANUSIAKAN AI DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK: APABILA TEKNOLOGI BERTEMU SENTUHAN INSAN

Dalam dunia pendidikan yang semakin berkembang dengan kecerdasan buatan (AI), bagaimana kita memastikan teknologi terus digunakan tanpa menghilangkan nilai kemanusiaan, emosi dan sentuhan insan dalam mendidik kanak-kanak? ๐Ÿค–โค๏ธ๐Ÿ‘ง๐Ÿป๐Ÿ‘ฆ๐Ÿป

Jom ikuti perkongsian menarik menerusi NCDRCcast bersama:

๐ŸŽ™๏ธPanel:
Puan Nur Ain Farhana Kariuddin
Pensyarah, Jabatan Pendidikan Awal Kanak-kanak
Fakulti Pembangunan Manusia, UPSI

๐ŸŽ™๏ธ Moderator:
Dr. Mohamad Albaree Abdul
Penyelaras NCDRC, UPSI

๐Ÿ“… 24 September 2026 (Khamis)
๐Ÿ•’ 11.30 pagi โ€“ 12.30 tengah hari
๐Ÿ”ด Siaran Langsung: Facebook NCDRC UPSI Page (https://www.facebook.com/UPSINCDRC) & YouTube NCDRC UPSI (https://www.youtube.com/)

Jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama meneroka bagaimana AI dan teknologi boleh dimanfaatkan dalam pendidikan awal kanak-kanak sambil mengekalkan sentuhan insan sebagai teras utama pendidikan.

โœจ NCDRCcast : Ngopi Santai, Ilmu Sampai

HIMPUNAN GALA PESONA KASIH MADANI (ZON TENGAH) | 20 SEPTEMBER 2026Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NC...
21/09/2026

HIMPUNAN GALA PESONA KASIH MADANI (ZON TENGAH) | 20 SEPTEMBER 2026

Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC), UPSI berbesar hati untuk turut hadir dalam Himpunan Gala Pesona Kasih Madani (Zon Tengah) yang berlangsung di Pusat Konvensyen MPAJ, Taman Melawati, Selangor.

Himpunan ini merupakan acara kemuncak inisiatif Kasih Madani, yang bertujuan memperkukuh ekosistem pengasuhan kanak-kanak di Malaysia melalui usaha mengenal pasti, memperkasa dan meningkatkan profesionalisme pengasuh kanak-kanak di rumah, di samping menggalakkan penglibatan ibu bapa dan komuniti dalam memastikan kesejahteraan kanak-kanak terus terpelihara.

Program ini turut meraikan kira-kira 600 peserta, termasuk 400 orang pengasuh kanak-kanak di rumah dari Kuala Lumpur dan Perak yang telah menamatkan kursus asas pengasuhan serta mengikuti pelbagai program profesionalisasi, pembinaan kapasiti dan mentor-mentee.

Majlis yang dirasmikan oleh YM Datuk Seri Utama Tengku Zafrul turut menampilkan beberapa acara penting, termasuk Gimik Tandatangan Akreditasi Pensijilan Kursus Pengasuhan Asas dan Perasmian Laman Sesawang Kasih Madani, sebagai antara usaha memperkukuh pengiktirafan dan akses kepada pembangunan profesional dalam bidang pengasuhan kanak-kanak.

Turut hadir mewakili NCDRC ialah Profesor Madya Dr. Mazlina Che Mustafa, Pengarah NCDRC, bersama Dr. Hazhari Ismail dan Dr. Albaree Abdul, Penyelaras Unit di NCDRC.

NCDRC merakamkan penghargaan kepada Merdeka Center, Yayasan Sime Darby dan semua pihak yang terlibat atas usaha berterusan dalam membangunkan ekosistem pengasuhan yang lebih berkualiti, profesional dan responsif terhadap keperluan kanak-kanak serta keluarga.

Sesungguhnya, memperkasa pengasuh bermakna kita turut memperkukuh asas kesejahteraan dan perkembangan generasi kanak-kanak Malaysia. ๐Ÿค๐ŸŒฑ

Kasih kepada pengasuh, kesejahteraan untuk anak-anak.

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA NCDRCโ€“SRSB 2026 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พPusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC)...
17/09/2026

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA NCDRCโ€“SRSB 2026 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC) dengan kerjasama Sekolah Rendah Seri Budiman (SRSB) telah menjayakan Sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia 2026 di Auditorium, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, UPSI.

Program yang melibatkan kanak-kanak TASKA dan TADIKA NCDRC serta murid SRSB ini dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti seperti pertandingan mewarna, kolaj, sajak, pantun, persembahan nyanyian patriotik dan peragaan pakaian bertemakan Hari Kebangsaan.

Majlis telah dirasmikan oleh YDH Toh Sakna Bongsu, YBhg. Datoโ€™ Haji Ahmad Faizel bin Datoโ€™ Haji Abdul Karim dan turut dihadiri oleh Pengarah NCDRC, YBrs. Prof. Madya Dr. Mazlina Che Mustafa serta barisan pengurusan UPSI, NCDRC, PPD Muallim, SRSB dan PSG.

Semoga program ini dapat menyemai semangat patriotisme, membina jati diri dan memupuk rasa cinta akan negara dalam diri kanak-kanak sejak usia awal. Mereka ibarat permata dan kain putih yang perlu dibentuk dengan kasih sayang, akhlak serta nilai moral yang baik demi masa depan Malaysia. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโค๏ธ

๐Ÿ†๐ŸŒŸ TAHNIAH ATAS PENCAPAIAN CEMERLANG! ๐ŸŒŸ๐Ÿ†Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada empat pasukan dari TASKA TADIKA NCDRC U...
17/09/2026

๐Ÿ†๐ŸŒŸ TAHNIAH ATAS PENCAPAIAN CEMERLANG! ๐ŸŒŸ๐Ÿ†

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada empat pasukan dari TASKA TADIKA NCDRC UPSI atas kejayaan meraih GOLD AWARD dalam World Innovation in STEM Competition 2026 (WINSTEM2026)! ๐ŸŽ‰๐Ÿ‘

๐ŸŒฟ ECO PEELS DYNAMIC (6 LAVENDER)
Produk: Eco-Plastic Banana
Penasihat: Dr. Syazwani Aniyah binti Manja
Ketua Pasukan: Nur Haura Falisha binti Mohd Hashim
Ahli: Olaleye Numan Ademiposi, Khadeeja binti Mohd Ependi dan Muhammad Thaqif Yussuff bin Omar Firdaus.

๐Ÿฏ BEE CLEAN KIDS (6 HIBISCUS)
Produk: Sabun Madu
Penasihat: Nursyazwani binti Ismail
Ketua Pasukan: Nik Maryam Mikayla binti Nik Saifulnizan
Ahli: Iqtizaz Hamka bin Mohd Faizh, Safiyya Maysaa binti Mohamad Hazwan dan Nahiz Elman bin Mohammad Nizar.

โ™ป๏ธ EJC SQUAD (6 URANUS)
Produk: Eco-Junior Compost
Penasihat: Naziroh binti Romli
Ketua Pasukan: Rafique Umran bin Fauzanudin
Ahli: Uzma Farhana binti Lukman, Khaira Farhana binti Khairul Aizat, Siti Fateen Insyirah binti SH Faismuin dan Arissa binti Zul Azizi Huzaimy.

๐Ÿ’ง EARTH BUDDIES (5 EARTH)
Produk: Tiny Drops, Big Gain: Rain to Life Station
Penasihat: Noor Sharizad bt. Rohaizad
Ketua Pasukan: Haris Mikael bin Shahrul Ikram
Ahli: Muhammad Tuah Amri bin Muhammad Hafizi, Nur Irsalina Saffiyah binti Muhammad Khairil dan Atia Zuleikha binti Muhamad Lothfi.

Kejayaan ini membuktikan bahawa idea kecil daripada anak-anak mampu membawa perubahan besar kepada alam sekitar dan masa hadapan. Syabas kepada semua guru pembimbing dan anak-anak hebat atas usaha, kreativiti serta semangat berpasukan yang luar biasa! ๐Ÿ’šโœจ

Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi untuk terus meneroka dunia STEM dan menghasilkan lebih banyak inovasi yang bermanfaat.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SELAMAT HARI MALAYSIA 2026 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พTanggal 16 September menjadi simbol penyatuan, keharmonian dan kekuatan rakyat Malaysia ...
16/09/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SELAMAT HARI MALAYSIA 2026 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Tanggal 16 September menjadi simbol penyatuan, keharmonian dan kekuatan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, budaya dan agama.

Marilah kita terus menyemai semangat perpaduan serta rasa cinta akan negara dalam diri generasi muda demi membina Malaysia yang aman, sejahtera dan gemilang.

Selamat Hari Malaysia!
Bersama kita teguh, bersatu kita maju. โค๏ธ๐Ÿ’™๐Ÿ’›๐Ÿค

Ikhlas daripada,
Pengarah, Ahli Pengurusan dan seluruh warga NCDRC, UPSI

11-13 September 2026 - Kursus Penataran Kurikulum Prasekolah 2026 bersama Pensyarah UNISEL telah berlangsung pada 11 hin...
14/09/2026

11-13 September 2026 - Kursus Penataran Kurikulum Prasekolah 2026 bersama Pensyarah UNISEL telah berlangsung pada 11 hingga 13 September 2026 (Jumaat hingga Ahad) bertempat di Dewan Jauhar, NCDRC. Kursus yang disertai seramai 26 orang peserta ini telah dikendalikan oleh Prof. Madya Dr. Mazlina Che Mustafa.

Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman peserta terhadap kandungan, struktur dan perubahan dalam Kurikulum Prasekolah 2026, di samping memperkukuh kompetensi dalam merancang, melaksanakan dan menilai aktiviti pembelajaran yang selaras dengan kurikulum. Kursus ini turut memberi penekanan kepada pengaplikasian pendekatan pedagogi yang bersesuaian dengan perkembangan dan keperluan kanak-kanak, agar peserta lebih bersedia melaksanakan Kurikulum Prasekolah 2026 secara berkesan, kreatif dan bermakna.

Lawatan Akademik UNIQSAAS ke NCDRC, UPSI3 September 2026- Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC), Un...
04/09/2026

Lawatan Akademik UNIQSAAS ke NCDRC, UPSI

3 September 2026- Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah menerima kunjungan 37 orang pelajar dan 3 orang pensyarah daripada Universiti Islam Al-Quran Sultan Abdullah Ahmad Shah (UNIQSAAS) bagi satu Lawatan Akademik Pendidikan Awal Kanak-Kanak.

Lawatan ini bertujuan memberikan pendedahan secara langsung kepada para pelajar berkaitan persekitaran pendidikan, pengajaran dan pembelajaran serta amalan pendidikan awal kanak-kanak. Para peserta turut berpeluang mengenali dengan lebih dekat peranan NCDRC dalam penyelidikan, pembangunan ilmu dan pengembangan amalan berkaitan perkembangan serta pendidikan awal kanak-kanak.

Sepanjang lawatan, para peserta mengikuti sesi perkongsian akademik, lawatan ke fasiliti berkaitan serta perbincangan bersama warga NCDRC. Program ini turut membuka ruang kepada perkongsian ilmu dan penerokaan potensi kerjasama akademik antara kedua-dua institusi.

NCDRC merakamkan penghargaan kepada pihak UNIQSAAS atas kunjungan dan komitmen dalam memperkukuh pengalaman pembelajaran mahasiswa dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak.

Semoga lawatan ini menjadi platform bermakna dalam memperkasa ilmu, pengalaman dan profesionalisme bakal pendidik awal kanak-kanak.



๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ฉ Memperkukuh Kerjasama Malaysiaโ€“Indonesia dalam Pemakanan dan Kesihatan Kanak-Kanak1 September 2026 | Aceh, Indonesi...
02/09/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ฉ Memperkukuh Kerjasama Malaysiaโ€“Indonesia dalam Pemakanan dan Kesihatan Kanak-Kanak

1 September 2026 | Aceh, Indonesia

Persatuan Ahli Gizi Indonesia (PERSAGI) telah menganjurkan sebuah seminar antarabangsa yang menghimpunkan pakar pemakanan dan kesihatan kanak-kanak dari Malaysia dan Indonesia.

Pengarah Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof. Madya Dr. Mazlina Che Mustafa, telah dijemput sebagai penceramah utama (keynote speaker) untuk berkongsi amalan terbaik Malaysia dalam pencegahan stunting melalui pendidikan dan intervensi awal.

Turut serta, Dr. Hazhari Ismail, Penyelaras Unit NCDRC, berkongsi inovasi NCDRC menerusi My NutriSights โ€“ Child Nutritional Intelligence for Early Detection & Intervention, yang mengetengahkan penggunaan teknologi dan kecerdasan buatan (AI) bagi menyokong pengesanan awal serta intervensi berkaitan pemakanan dan perkembangan kanak-kanak.

Pertemuan bersama pakar-pakar gizi Indonesia ini turut membuka ruang kepada perkongsian ilmu, pertukaran amalan terbaik dan penerokaan kerjasama strategik dalam usaha mencegah isu pemakanan dan kesihatan kanak-kanak, khususnya stunting.

Bersama-sama memperkukuh usaha, berkongsi kepakaran dan membina masa depan yang lebih sihat untuk setiap kanak-kanak. ๐ŸŒฑ๐Ÿ‘ง๐Ÿป๐Ÿ‘ฆ๐Ÿป

Address

Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC)
Tanjongmalim
35900

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when NCDRC UPSI Page posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share