08/10/2022
SENI MEMBACA BUKU AGAR MEMILIKI INGATAN TAJAM ๐
1. Fahami terlebih dahulu secara garis besar mengenai isi buku dengan cara membaca muka hadapan buku, isi kandungan, kata pengantar termasuklah testimoni yang tertulis pada buku.
2. Kemudian, cuba buka halaman demi halaman sekali imbas. Kalian akan menemukan judul setiap bab, gambar, grafik termasuklah kutipan yang ditulis dengan tulisan yang lebih besar.
3. Kita tidak akan mendapatkan informasi yang lengkap dengan kaedah ini tetapi sebagai langkah awal kaedah tersebut dapat membantu kita memahami tujuan utama penulis dan harapan penulis kepada pembaca.
4. Pemahaman awal sangat penting untuk memulakan pembacaan yang lebih terperinci.
5. Apabila kita melangkah ke bahagian pembacaan yang lebih mendalam, saat membaca tandalah kalimat-kalimat dengan cara garis bawah, melingkar atau memberikan simbol.
6. Sekiranya ada bahagian yang kalian tidak bersetuju dengan penulis, kalian boleh menulis persoalan tersebut di bahagian ruang kosong yang terdapat dalam halaman tersebut. Kita juga berhak untuk menyatakannya.
7. Pada setiap akhir bab sebelum memasuki bab baru, tulis sekurang-kurangnya lima isi untuk membantu kita mengingat secara keseluruhan jalan cerita buku tersebut.
8. Saat membaca, kalian perlu peka berfikir mencari hubungan antara idea daripada buku dengan sesuatu yang relevan dengan kehidupan harian sama ada apa yang kalian pernah lihat ataupun berdasarkan pengetahuan yang sedia ada.
Membaca sambil berfikir mampu meningkatkan lagi keterujaan untuk terus membaca.
9.Salah satu tip untuk menguatkan kembali ingatan selepas membaca, kalian boleh pindah maklumat dengan cara menyalin semula daripada buku tersebut kepada buku nota harian kalian.
Hal ini bukan saja menguatkan ingatan malah memudahkan kalian untuk mencari semula maklumat tersebut sekiranya diperlukan kemudian hari.
[Nota Cikgu Wanny ]
โค