IKBN Bandar Penawar (official)

IKBN Bandar Penawar (official) IKBN Bandar Penawar, Johor telah memulakan operasi bermula 1 Julai 2010 dan pengambilan pelajar pertama adalah pada 4 Julai 2011.

Terkini Institut menawarkan program dalam Bidang Hospitaliti, Perhotelan, Mekanikal dan Health, Safety & Environment.

JOM BERSUKAN SAMBIL MENYUMBANG! — ROAD TO GIVE 2026Nak berlari, berjalan atau beriadah sambil menyumbang kepada tabung a...
04/09/2026

JOM BERSUKAN SAMBIL MENYUMBANG! — ROAD TO GIVE 2026

Nak berlari, berjalan atau beriadah sambil menyumbang kepada tabung amal? Jom sertai ROAD TO GIVE 2026! ❤️

Dengan tema RUN | WALK | RIDE | MOVE, program ini membuka peluang kepada orang ramai untuk bersama-sama menggerakkan gaya hidup aktif sambil memberi kepada komuniti.

📅 10 Oktober 2026 (Sabtu)
⏰ 4.00 petang – 7.00 malam
📍 The Westin Desaru Coast Resort
🏃 5KM Fun Run

💰 Yuran penyertaan: RM50 sahaja!

Dengan penyertaan ini, peserta akan menerima exclusive Road To Give T-shirt dan berpeluang memenangi hadiah menarik melalui lucky draw! 🎁👕✨

Jadi, jangan tunggu lama! Ajak family, kawan-kawan dan geng office untuk sama-sama MOVE FOR A CAUSE. GIVE FOR A BETTER TOMORROW. 🙌

📲 Untuk pendaftaran & maklumat lanjut:
Nur Izzati Shah
📞 013-786 5904
📧 [email protected]

Jumpa anda di ROAD TO GIVE 2026! 🏃‍♀️🏃‍♂️❤️

PEMBELAJARAN VISTA-INSTEP PETRONAS PERKUKUH KOMPETENSI PELAJAR SCAFFOLDING IKBN BANDAR PENAWARBANDAR PENAWAR, 1 Septembe...
03/09/2026

PEMBELAJARAN VISTA-INSTEP PETRONAS PERKUKUH KOMPETENSI PELAJAR SCAFFOLDING IKBN BANDAR PENAWAR

BANDAR PENAWAR, 1 September 2026 – Jabatan HSE, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar telah melaksanakan Program Pembelajaran VISTA-INSTEP PETRONAS yang melibatkan seramai 15 orang pelajar bidang Scaffolding.

Program yang berlangsung selama empat hari, bermula 1 hingga 4 September 2026, dikendalikan oleh En. Hj. Md. Yassin dengan memberi penekanan kepada aspek pengetahuan teori dan keselamatan yang penting dalam persekitaran pekerjaan, khususnya dalam sektor minyak dan gas.

Sepanjang program, para peserta mengikuti sesi pembelajaran teori yang merangkumi:

🔹 Health, Safety & Environment (HSE)
🔹 Working at Height (WAH)
🔹 Fire Fighting
🔹 First Aider

Pendedahan ini memberi peluang kepada pelajar untuk memperkukuh kefahaman berkaitan amalan keselamatan, pengurusan risiko serta tindakan yang sewajarnya ketika berhadapan dengan situasi kecemasan di tempat kerja.

Pelaksanaan program ini turut mencerminkan komitmen Jabatan HSE IKBN Bandar Penawar dalam menyediakan pembelajaran TVET yang bukan sahaja berfokus kepada kemahiran teknikal, malah mengambil kira aspek keselamatan, disiplin dan kesiapsiagaan pelajar sebelum melangkah ke alam pekerjaan.

Dengan pendedahan berasaskan keperluan industri seperti ini, pelajar bidang Scaffolding dapat membina asas kompetensi yang lebih kukuh sebagai persediaan untuk menyertai sektor minyak dan gas serta industri berkaitan.

IKBN Bandar Penawar – Membina Kompetensi, Memperkasa Potensi, Melahirkan Tenaga Mahir Berdaya Saing.

TVET Pilihan Utama Kerjaya.
ILKBS Profesional Terunggul.








MERDEKA COLOUR DASH 2026 DUN PENAWAR MERIAHDESARU, 30 OGOS 2026 – Pejabat DUN Penawar dengan kerjasama Majlis Perbandara...
30/08/2026

MERDEKA COLOUR DASH 2026 DUN PENAWAR MERIAH

DESARU, 30 OGOS 2026 – Pejabat DUN Penawar dengan kerjasama Majlis Perbandaran Pengerang dan Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) telah menganjurkan Program Penawar Merdeka Colour Dash 2026 pada 30 Ogos 2026 bertempat sekitar kawasan Desaru bersempena sambutan Hari Kebangsaan ke 69 pada tahun ini.

Perasmian program telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Puan Fauziah binti Misri, ADUN Dun Penawar diiringi oleh Tuan Norazmi bin Amir Hamzah, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pengerang dengan penuh meriah yang disertai oleh 500 peserta.

IKBN Bandar Penawar turut sama menjayakan program ini dengan menghantar seramai 19 orang pelajar dan 3 orang pegawai sebagai tanda sokongan dan memperkukuhkan lagi hubungan dan semangat kemerdekaan dalam masyarakat setempat.

Semoga program seumpama ini dapat dilaksanakan lagi pada tahun-tahun berikutnya agar ukhuwah dan perpaduan dalam kalangan masyarakat sentiasa dapat dieratkan demi masa depan negara yang tercinta.

Selamat menyambut Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-69. “Malaysia MADANI : Kesejahteraan Dinikmati”.

TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul










Disediakan oleh :
Bahagian Hal Ehwal Pelajar,
IKBN Bandar Penawar

28/08/2026

IKBN BANDAR PENAWAR SEMARAKKAN BULAN KEMERDEKAAN 2026 MENERUSI PELBAGAI PERTANDINGAN PATRIOTIK

​BANDAR PENAWAR, 26 OGOS – Sempena menyemarakkan semangat patriotisme dan kecintaan terhadap negara, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar telah menganjurkan Program Sambutan Bulan Kemerdekaan Tahun 2026 yang melibatkan penyertaan aktif seluruh warga institut.

​Program berteraskan pengukuhan jati diri kenegaraan ini dimeriahkan menerusi penganjuran empat pertandingan utama:

-​Pertandingan Kahoot: Menguji pengetahuan sejarah dan fakta kemerdekaan Malaysia.
-​Pertandingan Deklamasi Sajak: Menyerlahkan bakat penyampaian sajak bertemakan kecintaan kepada tanah air.
-​Pertandingan Lagu Patriotik Berkumpulan: Mencungkil kreativiti dan semangat kerjasama menerusi persembahan muzik bertenaga.
-​Pertandingan Video Pendek Merdeka: Menyediakan platform penghasilan media kreatif berunsurkan mesej kemerdekaan.

​Penganjuran program ini bukan sahaja berjaya menyerlahkan kreativiti warga IKBN Bandar Penawar, malah menjadi pemangkin kepada pengukuhan perpaduan, disiplin, dan rasa bangga sebagai rakyat Malaysia. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang menjayakan program ini demi memastikan semangat patriotisme terus mekar dalam sanubari warga institut.


28/08/2026

Kepada belia yang berminat untuk mengikuti kursus kemahiran percuma pada hujung minggu bersama ILKBS City Campus (ICC) follow kami rapat-rapat untuk sertai dan ketahui maklumat lanjut.

TVET Pilihan Utama Kerjaya.
ILKBS Profesional Terunggul.







SALAM MAULIDUR RASUL DARI SELURUH WARGA IKBN BANDAR PENAWAR TVET Pilihan Utama Kerjaya. ILKBS Profesional Terunggul.    ...
25/08/2026

SALAM MAULIDUR RASUL DARI SELURUH WARGA IKBN BANDAR PENAWAR

TVET Pilihan Utama Kerjaya.
ILKBS Profesional Terunggul.








Salam Maulidur Rasul 1448H / 2026M
25/08/2026

Salam Maulidur Rasul 1448H / 2026M

Salam Maulidur Rasul 1448H / 2026M buat seluruh umat Islam ✨

Bertepatan dengan tema "MADANI Dihayati, Ummah Diberkati", marilah kita mengambil peluang ini untuk memperbanyakkan selawat serta menghayati keperibadian, akhlak, dan kepimpinan unggul junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Semoga segala sunnah dan ajaran Baginda sentiasa menjadi panduan dalam setiap urusan kita demi mencapai keberkatan di dunia dan akhirat.

Ikhlas daripada seluruh warga Kementerian Belia dan Sukan (KBS). 🇲🇾

PELAJAR IKBN BANDAR PENAWAR SERTAI MARRIOTT CAREER BE 2026 – SOUTHERN REGIONJOHOR BAHRU, 24 Ogos 2026 — Seramai 43 pelaj...
24/08/2026

PELAJAR IKBN BANDAR PENAWAR SERTAI MARRIOTT CAREER BE 2026 – SOUTHERN REGION

JOHOR BAHRU, 24 Ogos 2026 — Seramai 43 pelajar IKBN Bandar Penawar telah menyertai program Marriott Career Be 2026 – Southern Region yang berlangsung di Sheraton Johor Bahru, hari ini.

Penyertaan terdiri daripada 23 orang pelajar jurusan Penyediaan Pastri dan 20 orang pelajar jurusan Front Office, dengan penglibatan 3 orang pegawai pengiring.

Program ini memberikan peluang kepada para pelajar untuk mendapatkan pendedahan secara langsung mengenai industri hospitaliti, termasuk perkongsian pengalaman dan laluan kerjaya daripada barisan pemimpin serta profesional Marriott melalui sesi Fireside Chat: A Career in Hospitality dan sesi interaksi bersama profesional hospitaliti daripada Marriot International.

Selain itu, para pelajar turut berpeluang membina jaringan profesional melalui sesi Connect with Hospitality Professionals, sekali gus mendapatkan gambaran lebih dekat mengenai peluang kerjaya dan keperluan sebenar industri hospitaliti.

Penyertaan ini selari dengan usaha IKBN Bandar Penawar dalam memperkukuh hubungan strategik dengan pemain industri, serta memastikan pelajar bukan sahaja menguasai kemahiran teknikal melalui latihan TVET, malah bersedia dari aspek kompetensi, keyakinan, komunikasi dan profesionalisme sebelum melangkah ke alam pekerjaan.

Daripada kemahiran kepada kerjaya — IKBN Bandar Penawar terus membuka ruang pelajar mengenali industri, membina jaringan dan mencipta masa depan.

​TVET Pilihan Utama Kerjaya.
ILKBS Profesional Terunggul.

IKBN Bandar Penawar Meriahkan Program Promosi Pendidikan dan Kerjaya di SMK Air Tawar 2AIR TAWAR, JOHOR — IKBN Bandar Pe...
21/08/2026

IKBN Bandar Penawar Meriahkan Program Promosi Pendidikan dan Kerjaya di SMK Air Tawar 2

AIR TAWAR, JOHOR — IKBN Bandar Penawar telah menyertai program promosi pendidikan dan kerjaya yang diadakan di SMK Air Tawar 2 hari ini dengan membuka booth promosi IKBN Bandar Penawar serta Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) kepada para pelajar.

Program tersebut menghimpunkan pelbagai agensi dan institusi pendidikan bagi memberikan pendedahan kepada para pelajar mengenai peluang melanjutkan pengajian serta laluan kerjaya selepas tamat persekolahan. Dalam penyertaan tersebut, IKBN Bandar Penawar diwakili oleh Encik Mohd Zaid bin Mohamed Awam dan Encik Mohamad Zainal bin Abdullah Sani.

Pelbagai aktiviti menarik turut diadakan sepanjang program termasuk pameran institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institusi latihan kemahiran awam (ILKA), pemeriksaan kesihatan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), demonstrasi abseiling oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) serta jualan makanan, pakaian dan pelbagai aktiviti interaktif yang menarik minat para pelajar.

Penyertaan IKBN Bandar Penawar ini menjadi platform penting dalam memperkenalkan pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) kepada generasi muda, khususnya berkaitan peluang mengikuti latihan kemahiran dalam bidang yang mempunyai kaitan dengan keperluan industri.

Melalui program seperti ini, IKBN Bandar Penawar terus komited dalam memperluaskan hebahan berkaitan peluang pendidikan kemahiran, latihan praktikal, pembangunan sahsiah dan persediaan ke alam pekerjaan, sekali gus membantu para pelajar membuat pilihan pendidikan yang lebih tepat berdasarkan minat, bakat dan aspirasi kerjaya masing-masing.

​TVET Pilihan Utama Kerjaya.
ILKBS Profesional Terunggul.

20/08/2026

Terima kasih buat belia-belia yang telah memilih IKBN Bandar Penawar sebagai tempat menyambung pelajaran dalam TVET bagi sesi 2/2026. Mana yang berminat dan tidak sempat join kali ini, jangan risau pengambilan bagi sesi 1/2027 tidak lama lagi akan buka tau. Jadi stay tune!

Ingat TVET Ingat ILKBS

TVET Pilihan Utama Kerjaya.
ILKBS Profesional Terunggul.

Address

Jalan Kejora Utama
Tanjong Surat
81930

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+6078221567

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when IKBN Bandar Penawar (official) posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to IKBN Bandar Penawar (official):

Shortcuts

Share

Category