20/08/2026
π KURSUS PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS) PERINGKAT DAERAH π
Alhamdulillah, murid-murid SKBP2 telah berpeluang menyertai Kursus Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Peringkat Daerah yang menghimpunkan penyertaan daripada lima buah sekolah. π
π
Tarikh: 20 Ogos 2026
π Tempat: Dewan Budiman, SK Bandar Penawar
Sepanjang kursus berlangsung, murid didedahkan dengan pelbagai ilmu, kemahiran dan pengalaman yang dapat membantu mereka menjalankan peranan sebagai Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dengan lebih yakin, prihatin dan bertanggungjawab.
Terima kasih kepada semua murid SKBP2 atas komitmen, kerjasama dan perhatian yang diberikan sepanjang program. Semoga segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan serta dikongsikan bersama rakan-rakan di sekolah. π·
β¨ Tahniah dan syabas kepada murid SKBP2 yang menunjukkan penglibatan aktif sepanjang program:
1. Ahmad Hadif Khair bin Husni β 6 USM, SKBP
2. Auni Khayla Batrisyia binti Ahmad Firdaus β 6 Ibnu Sina, SKBP2
3. Asyraaf Wafiq β SKBP2
4. Maream El Medina β SKBP2
π PRS bukan sekadar mendengar, tetapi hadir untuk memahami dan membantu.
Semoga pengalaman sepanjang kursus ini menjadi bekalan kepada murid untuk terus menjadi rakan yang prihatin, pendengar yang baik dan insan yang membawa pengaruh positif kepada warga sekolah.
Tahniah dan syabas semua PRS SKBP2! πβ¨