SK Sawah Sempadan

SK Sawah Sempadan SK Sawah Sempadan

24/04/2026

πŸ“š PROGRAM JOM BACA 10 MINIT πŸ“š
Seluruh warga sekolah bersama-sama anak-anak murid telah menyertai Program Jom Baca 10 Minit dengan penuh komitmen dan semangat cintakan ilmu.
Walau di mana sahaja berada, warga SKeSAS mengambil peluang menghentikan seketika penggunaan gajet dan aktiviti harian untuk bersama-sama membaca selama 10 minit.
Semoga amalan membaca ini terus dipupuk dalam kalangan murid, guru dan seluruh warga sekolah demi membina generasi berilmu, berfikiran luas dan mencintai budaya membaca.
β€œHentikan gajet sebentar, luangkan 10 minit untuk membaca.”



20/04/2026

Majlis Perasmian Minggu Anti Dadah telah disempurnakan dengan penuh semangat dan jayanya di SK Sawah Sempadan. Program ini menjadi wadah penting dalam menyemai kesedaran, membina jati diri serta memperkukuh tekad warga sekolah untuk berkata TIDAK kepada dadah. Semoga usaha ini terus melahirkan murid yang sihat, berdisiplin, berakhlak mulia dan bebas daripada gejala negatif.
Kami pilih masa depan yang cemerlang, kami pilih hidup tanpa dadah!




18/04/2026

Program Peluncuran Dekad Membaca & Pembugaran NILAM telah berlangsung dengan jayanya dalam usaha membudayakan amalan membaca dalam kalangan murid serta menyemarakkan semula Program NILAM di sekolah. Semoga program ini menjadi pemangkin kepada lahirnya generasi yang cinta akan ilmu dan menjadikan membaca sebagai amalan harian. πŸ“šβœ¨

17/04/2026

Raikan bersama, eratkan ukhuwah.
Sambutan Hari Lahir bagi murid, guru dan staf yang lahir pada bulan Januari hingga April berlangsung dengan penuh ceria, kasih sayang dan kemesraan.
Semoga semua yang diraikan sentiasa dikurniakan kesihatan, kebahagiaan dan kejayaan dalam kehidupan.
Selamat Hari Lahir! πŸŽ‰πŸŽ‚

16/04/2026

Latihan kebakaran telah dilaksanakan bagi meningkatkan tahap kesiapsiagaan warga sekolah dalam menghadapi situasi kecemasan. Semoga semua murid dan warga sekolah sentiasa peka, berdisiplin dan mematuhi prosedur keselamatan yang ditetapkan. πŸ”₯πŸš’πŸ«

16/04/2026

Panitia Bahasa Melayu, Panitia Matematik dan Panitia Bahasa Inggeris bersama-sama menyemarakkan Program Dekad Membaca melalui pelbagai aktiviti yang menarik dan bermanfaat. Semoga usaha ini terus memupuk budaya membaca serta melahirkan murid yang cintakan ilmu.

26/02/2026

πŸƒβ€β™‚οΈ KEJOHANAN MERENTAS DESA MSSD KUALA SELANGOR 2026 πŸƒβ€β™€οΈ

Tahniah diucapkan kepada kontinjen SK Sawah Sempadan (SKeSAS) atas penyertaan dalam Kejohanan Merentas Desa MSSD Kuala Selangor Tahun 2026 yang telah berlangsung pada:

πŸ“… 12 Februari 2026
πŸ“ SK Tambak Jawa, Jeram

Penyertaan murid-murid mencerminkan semangat juang yang tinggi, disiplin serta ketahanan fizikal dalam menghadapi cabaran kejohanan di peringkat daerah.

🌟 Keputusan Murid SK Sawah Sempadan:
πŸ… Muhammad Riyadh Khasyi bin Khairul – Tempat Ke-54
πŸ… Ammar Danish Rayqal bin Hambali – Tempat Ke-57
πŸ… Muhammad Riffat Khasif bin Khairul – Tempat Ke-75
πŸ… Nur Qaseh Umairah binti Jabari – Tempat Ke-44

Syabas dan tahniah kepada semua peserta atas usaha dan komitmen yang ditunjukkan sepanjang kejohanan. Semoga pengalaman ini menjadi pemangkin semangat untuk terus cemerlang dalam bidang sukan pada masa akan datang.

πŸ”₯

26/02/2026

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Majlis Peluncuran Program Panitia Pendidikan Islam & Bahasa Arab pada:

πŸ—“ Isnin | 23 Februari 2026
⏰ 7.30 pagi

Majlis ini menjadi pembuka tirai kepada pelbagai pengisian ilmiah dan sahsiah sepanjang bulan Ramadan tahun 2026 antaranya Ihya’ Ramadhan, Minggu Panitia PAI & Bahasa Arab, Program Bulan Dakwah, Bulan Kebesaran Islam serta Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi.

Semoga pelaksanaan program-program ini dapat menyemai nilai keimanan, membentuk akhlak mulia serta memperkukuh penghayatan Islam dalam kalangan warga murid SK Sawah Sempadan.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.

πŸŒ™ β€œMembina Insan Berilmu, Membentuk Sahsiah Terpuji”







15/02/2026

Behind the scene majlis persaraan ;

Guru jadi event planner, dekorator, runner, jurukamera… semua dalam satu masa πŸ˜„
Walau sibuk dengan tugasan harian, tetap curi masa demi memastikan majlis berjalan sempurna.
Inilah semangat warga SK Sawah Sempadan β€” kerja keras, gelak kuat, hati ikhlas.




15/02/2026

Hari ini kami tidak sekadar meraikan persaraan, tetapi menghargai sebuah perjalanan pengabdian yang penuh makna.
Terima kasih Cikgu Zulkufli bin Hj Napiah (1988–2026) β€” seorang pendidik yang sentiasa komited, sentiasa cemerlang dan sentiasa ada untuk sekolah serta anak-anak didik.
Jejak bakti cikgu akan terus hidup dalam kenangan warga SK Sawah Sempadan.
Selamat bersara, semoga setiap langkah selepas ini dipenuhi ketenangan dan kebahagiaan.
Majlis Persaraan
14 Februari 2026 | Jumaat
SK Sawah Sempadan




Address

Jalan Kilang Padi
Tanjong Karang
45500

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Sawah Sempadan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category