20/03/2026
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1447H | 2026M
Ma’had Tahfiz Al-Quran Kasyfu Al-Ulum
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita sekali lagi diberi kesempatan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri 1447H.
Di kesempatan yang mulia ini, seluruh warga Ma’had Tahfiz Al-Quran Kasyfu Al-Ulum ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua muslimin dan muslimat, khususnya kepada para ibu bapa, penjaga, para dermawan serta sahabat-sahabat yang sentiasa menyokong perjuangan kami dalam melahirkan generasi huffaz Al-Quran.
Semoga bulan Ramadan yang telah kita lalui mendidik jiwa menjadi lebih bertaqwa, dan segala amalan kita diterima oleh Allah SWT. Didoakan agar Aidilfitri ini membawa keberkatan, kebahagiaan serta mengeratkan lagi silaturrahim antara kita semua.
Akhir kata, berhati-hati di jalan raya, jaga kesihatan dan semoga kita semua sentiasa berada dalam rahmat dan lindungan Allah SWT.
تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنكُمْ
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin
Ikhlas daripada,
Warga Ma’had Tahfiz Al-Quran Kasyfu Al-Ulum