Unit Kokurikulum SK Abdullah

Directions

Unit Kokurikulum SK Abdullah UNIT KOKURIKULUM SK ABDULLAH

Tahniah dan syabas, diucapkan kepada 13 orang murid Tahun 3 yang secara rasminya mewakili Badan Beruniform Tunas Pertaha...
18/05/2026

Tahniah dan syabas, diucapkan kepada 13 orang murid Tahun 3 yang secara rasminya mewakili Badan Beruniform Tunas Pertahanan Awam SK Abdullah bagi sesi 2026.

Sebagai satu-satunya Tunas Pertahanan Awam Sekolah Rendah dalam Daerah Tangkak, penyertaan ini merupakan satu kebanggaan buat warga Sekolah Abdullah, serta menjadi langkah awal dalam membentuk murid yang berdisiplin, berdaya tahan, bersemangat patriotik dan sentiasa bersedia memikul tanggungjawab sebagai generasi pewaris negara.

Semoga setiap ahli terus berusaha menimba ilmu, mengasah kemahiran kepimpinan dan memupuk nilai kerjasama demi melahirkan insan yang cemerlang, berakhlak mulia serta berbakti kepada masyarakat.

Membina Disiplin Hari Ini, Mencipta Kecemerlangan Esok.










18/05/2026

Tahniah dan syabas, diucapkan kepada 13 orang murid Tahun 3 yang secara rasminya mewakili Badan Beruniform Tunas Pertahanan Awam SK Abdullah bagi sesi 2026.

Sebagai satu-satunya Tunas Pertahanan Awam Sekolah Rendah dalam Daerah Tangkak, penyertaan ini merupakan satu kebanggaan buat warga Sekolah Abdullah, serta menjadi langkah awal dalam membentuk murid yang berdisiplin, berdaya tahan, bersemangat patriotik dan sentiasa bersedia memikul tanggungjawab sebagai generasi pewaris negara.

Semoga setiap ahli terus berusaha menimba ilmu, mengasah kemahiran kepimpinan dan memupuk nilai kerjasama demi melahirkan insan yang cemerlang, berakhlak mulia serta berbakti kepada masyarakat.

Membina Disiplin Hari Ini, Mencipta Kecemerlangan Esok.










Assalamualaikum Wbt..๐Ÿ“ข MAKLUMAN: PERHIMPUNAN KOKURIKULUM BULANAN๐Ÿ—“ Tarikh: 18 Mei 2026 (Isnin)โฐ Masa: 7:20 - 7.50 Pagi๐Ÿ“ T...
16/05/2026

Assalamualaikum Wbt..

๐Ÿ“ข MAKLUMAN: PERHIMPUNAN KOKURIKULUM BULANAN
๐Ÿ—“ Tarikh: 18 Mei 2026 (Isnin)
โฐ Masa: 7:20 - 7.50 Pagi
๐Ÿ“ Tempat: Dewan Penghulu Abdullah, SK Abdullah
๐Ÿ‘• Etika Berpakaian: Uniform Lengkap (atau T-shirt Uniform jika tiada).
๐Ÿ“Œ Diketuai oleh TUSPA(TUNAS PERTAHANAN AWAM).


"Selamat maju jaya kepada semua atlet yang akan bertanding dalam Kejohanan MSSD bowling Tenpin Daerah Tangkak Tahun 2026...
12/05/2026

"Selamat maju jaya kepada semua atlet yang akan bertanding dalam Kejohanan MSSD bowling Tenpin Daerah Tangkak Tahun 2026"






KEJOHANAN GOLF MSSJ 2026Wakil SKA/TANGKAK :NUR FAKHIRA BINTI FAHMI AKMALTempat ke-5 MSSJ!!!Tahniah!!!
09/05/2026

KEJOHANAN GOLF MSSJ 2026

Wakil SKA/TANGKAK :
NUR FAKHIRA BINTI FAHMI AKMAL

Tempat ke-5 MSSJ!!!
Tahniah!!!






RPM 2026-2035Bersama melaksana, bersama merealisasi.
03/05/2026

RPM 2026-2035
Bersama melaksana, bersama merealisasi.

Tahniah Permata PrisMa Abdullah. Kami menunggu kepulangan anda.
25/04/2026

Tahniah Permata PrisMa Abdullah. Kami menunggu kepulangan anda.

TAHNIAH ADIK MUHD ISYRAF HAKIM BIN MOHD RAFI
25/04/2026

TAHNIAH ADIK MUHD ISYRAF HAKIM BIN MOHD RAFI

๐—ง๐—”๐—›๐—ก๐—œ๐—”๐—› & ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ๐— ๐—” ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—œ๐—› ๐—•๐—จ๐—”๐—ง ๐—ž๐—ข๐—ก๐—ง๐—œ๐—ก๐—๐—˜๐—ก ๐— ๐—˜๐—ฅ๐—˜๐—ก๐—ง๐—”๐—ฆ ๐——๐—˜๐—ฆ๐—” ๐— ๐—ฆ๐—ฆ๐— ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฒAlhamdulillah, dengan izin Allah SWT, selepas melalui dua e...
25/04/2026

๐—ง๐—”๐—›๐—ก๐—œ๐—”๐—› & ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ๐— ๐—” ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—œ๐—› ๐—•๐—จ๐—”๐—ง ๐—ž๐—ข๐—ก๐—ง๐—œ๐—ก๐—๐—˜๐—ก ๐— ๐—˜๐—ฅ๐—˜๐—ก๐—ง๐—”๐—ฆ ๐——๐—˜๐—ฆ๐—” ๐— ๐—ฆ๐—ฆ๐— ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, selepas melalui dua edisi yang penuh cabaran, kontinjen Merentas Desa Majlis Sukan Sekolah Johor (MSSJ) kembali mencipta kebangkitan yang amat membanggakan di pentas Kejohanan Merentas Desa MSSM 2026.

Daripada kedudukan tempat keenam pada tahun 2024, melonjak ke tempat ketiga pada tahun 2025, kini MSS Johor sekali lagi melakar sejarah tersendiri apabila berjaya meraih Naib Johan Keseluruhan.

Pencapaian ini sekali gus mengukuhkan kedudukan Johor sebagai antara kontinjen terbaik negara serta kuasa besar sukan sekolah di peringkat kebangsaan.

Kejayaan ini bukan hadir dengan mudah. Ia lahir daripada usaha kolektif yang luar biasa, hasil gabungan perancangan rapi, latihan berterusan, disiplin tinggi serta semangat juang yang tidak pernah luntur.

Setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan oleh Tuan Zulkurnain Abdul Rahman, Pengarah Pendidikan Negeri Johor kepada barisan pengurusan, para jurulatih, pegawai pasukan, atlet-atlet yang berjuang penuh dedikasi serta ibu bapa dan penjaga yang sentiasa memberi sokongan padu dan pengorbanan tanpa jemu.

Sesungguhnya, setiap titisan peluh, setiap langkah di laluan perlumbaan dan setiap doa yang dipanjatkan akhirnya diterjemahkan dengan kejayaan yang cukup bermakna. Ini bukan sekadar kemenangan di podium, tetapi lambang kesatuan hati, kesungguhan dan semangat luar biasa seluruh warga MSS Johor.

Tahniah dan syabas juga diucapkan kepada Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK), Jabatan Pendidikan Negeri WP Labuan atas penganjuran kejohanan yang tersusun, lancar dan cemerlang. Penghargaan turut dizahirkan kepada Nestlรฉ MILO atas sokongan berterusan dalam memartabatkan pembangunan sukan sekolah negara.

Selaras dengan aspirasi RPM 2026โ€“2035, kejayaan ini menjadi manifestasi kepada usaha memperkasa pembangunan bakat murid secara holistik, seimbang dan berprestasi tinggi. Ia bukan sekadar melahirkan atlet yang cemerlang di trek, tetapi juga insan berdisiplin, berdaya saing dan memiliki jati diri unggul sebagai pelapis masa depan negara.

Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus melangkah lebih jauh, lebih kuat dan lebih gemilang pada masa hadapan. Perjalanan masih panjang, perjuangan belum selesai, namun langkah Johor semakin gagah di persada sukan negara.

**Terus mara, terus unggul, MSS Johor di puncak kecemerlangan ๐Ÿ”ต๐Ÿ”ด๐Ÿ”ฅ**

YAB MB JOHOR Onn Hafiz Ghazi
YB Aznan Tamin
Majlis Sukan Negeri Johor - MSNJ

Tahun Ini, Tahun Kita










Youtube rasmi JPNJ : Official JPN Johor
https://www.youtube.com/

Facebook rasmi JPNJ : Jabatan Pendidikan Negeri Johor
https://www.facebook.com/JPNJohor/

Instagram rasmi JPNJ :
https://www.instagram.com/jpnjohormedia/

YouTube Cikgu Podcast :
https://youtube.com/

TikTok Cikgu Podcast :
https://www.tiktok.com/

Laman Sesawang rasmi JPN Johor :
http://jpnjohor.moe.gov.my

12/04/2026

Assalammualaikum WBT dan Selamat Sejahtera,

Selamat datang kepada semua peserta Kejohanan Catur MSSD Daerah Tangkak 2026 ke SK Abdullah berkolaborasi dengan SMA Darul Ulum, Tangkak sebagai pengelola bersama kejohanan.

Makluman awal untuk pendaftaran bermula 7.30 pagi Isnin, 13.4.2026 ( Sekolah Menengah ) manakala 15.4.2026 ( sekolah rendah)

Semoga kejohanan berjalan dengan lancar dan berakhir dengan cemerlang hendaknya.

Datang dengan harapan, pulang dengan kejayaan.

Sekali lagi, selamat datang buat semua peserta dan team catur.

Terima kasih semua โค๏ธ

Norizan Azali






ใ‚š

Address

SK Abdullah, Sg Mati
Tangkak
84400

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Unit Kokurikulum SK Abdullah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share