28/09/2026
📢 MAKLUMAN UJIAN SYAHADAH 📢
🌿 28 – 29 September 2026 🌿
Dengan izin Allah SWT, seorang pelajar kita, Muhammad Fahim bin Mohd Adam, akan menjalani Ujian Syahadah bermula hari ini setelah berjaya melepasi Ujian Pra-Syahadah pada minggu yang lalu.
Ujian Syahadah ini akan disemak oleh Ustaz Asiff Fahmie bin Jamaludin, dengan dibantu oleh dua orang pelajar, iaitu Muhammad Amir Azlan bin Abd Rahim dan Mohamad Hafain Hafizi bin Mohd Hafiz.
Marilah kita bersama-sama menitipkan doa dan memberikan semangat buat beliau agar dikurniakan ketenangan hati, kelancaran lidah, kekuatan hafazan serta dipermudahkan sepanjang menjalani ujian ini. 🤲🏻
🌸 Semoga Allah SWT melapangkan hati, meneguhkan ingatan, melancarkan bacaan dan mengurniakan kejayaan yang terbaik dalam ujian Syahadah ini.
Semoga setiap ayat yang dilafazkan menjadi asbab bertambahnya keberkatan, kecintaan dan kemuliaan bersama al-Quran.
Teruskan berjuang dengan sabar, istiqamah dan tawakal.
Semoga dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan kejayaan yang cemerlang. Insya-Allah, aamiin ya Rabbal ‘alamin. 🤍✨
Mohon doa daripada seluruh warga MTAF. 🌿