SK Paya Mas - SkyMas

SK Paya Mas - SkyMas

Share

SKPM GOLD
DEKAT DI HATI

23/07/2026

🏆Unit Kokurikulum

"Inovasi Melakar Kejayaan, Generasi Madani Memimpin Masa Depan"

Syabas dan tahniah kepada adik Raudhah Al Haura dan adik Fatin Auni atas pencapaian cemerlang sebagai JOHAN Karnival STEM Generasi Madani Peringkat Daerah Tangkak. Kemenangan ini adalah hasil komitmen dan dedikasi padu guru pembimbingnya Cikgu Suhaila Togiman. Teruskan berinovasi dan teruskan kecemerlangan! 🚀🔬✨



Photos from SK Paya Mas - SkyMas's post 23/07/2026

🏆Unit Kokurikulum

Unit Kokurikulum dengan penuh rasa bangga mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada adik Umair Amsyar dan Uwais Amsyar atas kejayaan meraih TOP 8 dalam kejohanan Nicol David Rising Stars 2026 yang telah berlangsung pada 16 hingga 19 Julai 2026.

Semoga pencapaian ini menjadi pembakar semangat untuk terus berusaha gigih dan mencapai banyak kejayaan di peringkat yang lebih tinggi pada masa akan datang.

"Majulah Sukan Untuk Negara"



Photos from SK Paya Mas - SkyMas's post 22/07/2026

Leadership Camp Seminar for School Library Prefects ( SLP Leadership Camp ) Peringkat Negeri Johor

16 - 17 Julai 2026
SSTP Skudai

Tahniah kepada Aizzat Emir dan Qalisya Humairah selaku Ketua Pengawas PSS dan Penolong Ketua Pengawas PSS.

PSSAstanaIlmu
SkyMas

Photos from SK Paya Mas - SkyMas's post 22/07/2026

🏫Hal Ehwal Murid

🦷Program "Jom Berus Gigi"

🗓22 Julai 2026
🕰9:30pagi
📌Tema :

Tahniah Penyelaras Kesihatan Cikgu Khaireen & Penyelaras Kelab Doktor Muda Cikgu Rosmizi berjaya laksanakan program dengan jayanya.

Semoga murid-murid dapat manfaat pentingnya penjagaan kesihatan gigi yang berkesan.

-Unit HEM SkyMas-



19/07/2026

🏫 HAL EHWAL MURID (HEM)

☀PROGRAM CAKNA PAGI
(Program Peningkatan Kehadiran Murid)

🗓Julai – Dis Sesi Persekolahan 2026

📌Objektif Program:

✔️Program ini bertujuan didik disiplin murid hadir awal ke sekolah.
✔️Kaedah hukuman yang digunakan berbentuk ilmiah, merentas kurikulum.
✔️Melibatkan ibu bapa penjaga bersama-sama sebagai rakan strategik sekolah.

Kerjasama ibu bapa penjaga amat di hargai bagi memastikan anak hadir ke sekolah tepat pada waktunya. Kehadiran awal membolehkan murid mengikuti perhimpunan pagi, menerima maklumat penting dan memulakan pembelajaran dengan lebih bersedia.

Bersama-sama kita membentuk disiplin dan budaya menepati masa demi kejayaan anak-anak.

-Unit HEM SkyMas-





SEBUAH POKOK, SEBUAH HARAPAN 06/07/2026

SEBATANG POKOK, SEBUAH HARAPAN |YOUNG SCIENTIST 2026

Infrastruktur hijau (Penanaman semula)

Selamatkan bumi bermula dengan langkah kecil. Melalui kebun sekolah, kita memupuk rasa cinta terhadap alam, menjaga kehijauan dan membina generasi yang bertanggungjawab.

Mari sama-sama kita tonton saintis muda melestarikan bumi hijau kita.
https://youtu.be/dlVLGvj6L1o?si=-BiDZk2gb0qqRV_a



SEBUAH POKOK, SEBUAH HARAPAN JOHOR SDGs SCHOOL CHALLENGEINFRASTRUKTUR HIJAU (PENANAMAN SEMULA)...

Photos from Syed Ibrahim Syed Noh's post 17/04/2026

Terima kasih YB Syed Ibrahim Syed Noh ...

11/04/2026

Mesyuarat PIBG SK Paya Mas
Sabtu 11 April 2026

Perasmian oleh
YB Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam
merangkap Ahli Parlimen Ledang

Photos from SK Paya Mas - SkyMas's post 04/03/2026

📢 **Makluman Kutipan Barang Kitar Semula**

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan kutipan barang kitar semula. Sehubungan itu, ibu bapa atau penjaga yang sedang mengemas rumah sempena persiapan Hari Raya dan mempunyai barangan kitar semula adalah dialu-alukan untuk menghantarnya ke sekolah.

Sumbangan dan kerjasama tuan/puan amatlah dihargai. Terima kasih atas sokongan berterusan kepada pihak sekolah.

Sekian, terima kasih.

29/01/2026

Warga SkyMas mengucapkan Selamat Ulangtahun Kelahiran buat Guru Besar SkyMas , Pn Aizah binti Ghazali Aizah Ai .Semoga diberikan kesihatan dan keberkatan dalam kehidupan di dunia dan akhirat.Amiinn

Want your school to be the top-listed School/college in Tangkak?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


Tangkak
84900

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00