04/08/2025
VIDEO UCAPAN PENGHARGAAN SUMBANGAN BANTUAN BILIK GURU SEKOLAH AGAMA TELOK RIMBA
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Saya Ustazah Zandaria binti Mohamed, Guru Besar Sekolah Agama Telok Rimba, ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YAB Datoโ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor, YB Tuan Haji Mohd Fared Mohd Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor dan Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Negeri Johor.
Kami amat menghargai setiap bantuan dan inisiatif yang disalurkan kepada sekolah-sekolah agama kerajaan Johor, termasuklah:
๐ Peruntukan khas RM5,000 bagi menaik taraf bilik guru. Satu langkah bermakna yang amat membantu dalam menyediakan persekitaran kerja yang lebih selesa dan kondusif buat para guru.
๐ Bantuan-bantuan lain yang menyokong pengurusan, kemudahan asas dan pembangunan prasarana sekolah agama.
Inisiatif-inisiatif ini bukan sahaja menyuntik semangat dalam kalangan guru, bahkan memberi impak besar dalam memartabatkan pendidikan Islam demi membentuk generasi muda yang berilmu dan berakhlak mulia. Sekali lagi, jutaan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Johor.
โPendidikan Agama Terpelihara,
Johor Terus Sejahtera.โ
Wabillahi taufiq wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.