Sekolah Agama Paya Mas
Sekolah Agama Paya Mas adalah sekolah agama di bawah kerajaan negeri Johor terletak di daerah Tangkak.
Salam Lebaran 1447h/2026m dari kami warga SAPM..
،تقبل الله منكم وحعلنا من العائدين والفائزين
🥰🥰🌙🌙🌟
01/03/2026
✨️KEPUTUSAN UPKK 2025 SEKOLAH AGAMA PAYA MAS✨️
Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi. Anak - anak SAPM berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) tahun 2025. Syabas di ucapkan kepada semua murid atas kejayaan kamu. Semoga anak - anak terus berjaya tidak kira jua berada di dunia mahupun di akhirat.
Tahniah warga SAPM. 🌷✨️
01/03/2026
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ibu bapa yang dihormati.
Sempena di dalam bulan Ramadan ini, pihak sekolah ingin mengajak tuan/puan bersama-sama menyumbang dalam Sumbangan Infaq Ramadan 1447H/2026M.
Antara program yang akan dilaksanakan ialah:
✨ Khatam Al-Quran & sumbangan bubur lambuk untuk 541 murid
✨ Sumbangan kepada murid yatim dan fakir miskin
✨ Pemasangan kipas siling di pentas dewan demi keselesaan murid-murid dan warga SAPM
Sabda Rasulullah SAW:
“Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan.”
(Riwayat At-Tirmidzi)
Semoga setiap sumbangan yang diberikan menjadi amal jariah yang berpanjangan serta membawa kebaikan buat anak-anak dan keluarga tuan/puan.
🌙 Jazakumullahu khairan kathira atas sokongan semua. 🌙🤍
27/11/2025
[ UCAPAN PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH ]
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t ✨
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Kami dari warga Sekolah Agama Payamas merakamkan jutaan terima kasih kepada Menteri Besar Johor Yang Amat Berhormat Dato’ Onn Hafiz Ghazi dan Exco Agama Negeri Johor Yang Berhormat Tuan Haji Mohd Fared bin Mohd Khalid di atas pemberian inisiatif khas dan kenaikan elaun guru KAFA Negeri Johor.
Sekian, terima kasih.
"berilmu beriman bertakwa"
✨🤲🏻✨
31/10/2025
KHAMIS, 30 OKTOBER 2025.
TEKNIK MENJAWAB SOALAN UJIAN PENILAIAN KELAS KAFA (UPKK) ✨️
Alhamdulillah. Telah berjayanya Program Teknik Menjawab Soalan UPKK bersama USTAZ UWAIS AL QARNI BIN MAZHISHAM, Penyelia KAFA Daerah Batu Pahat. Semoga ilmu yang dicurahkan kepada anak anak SAPM dapat diberkati serta dipermudahkan untuk menjawab soalan UPKK nanti. Insyallah. 🌷✨️
26/08/2025
KEMPEN 'HENTIKAN BULI' DIPERLUAS KE SAKJ - MEDIA DIGITAL JOHOR – Kerajaan Negeri Johor menggesa supaya kempen ‘Hentikan Buli’ yang kini sedang dilaksanakan di negeri ini turut diperluaskan ke semua Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ) serta ia perlu dilakukan secara berterusan demi membendung budaya negatif itu daripada terus menular. Inisia...
Sabda Nabi S.a.w "Sebaik-baik manusia adalah yang bermanfaat bagi orang lain"
09/07/2025
Alhamdulillaah... selesai sudah debaran Majlis Festival Nasyid SAKNJ Tangkak dan Majlis Tilawah Alquran SAKNJ Peringkat Daerah Tangkak Tahun 2025.
💎💎💎💎💎💎💎💎💎💎💎💎
Keputusan Penuh Pencapaian Sekolah Agama Paya Mas dalam acara kali ini :
1. Nasyid Putera - Naib Johan
2. Nasyid Puteri - Naib Johan
3. Tilawah Alquran Tahap 2 Putera - Naib Johan
4. Berzanji Putera Terbuka - Johan
5. Syarahan Bahasa Melayu tahap 1 terbuka - Johan
6. Syarahan Bahasa Arab Putera Tahap 2 - Keempat
7. Syarahan Bahasa Arab Puteri Tahap 2 - Johan
8. Syarahan Mentafsir Ayat tahap 2 Terbuka - Johan
9. Bercerita kisah Al-Quran tahap 2 Puteri - Johan
💎💎💎💎💎💎💎💎💎💎💎
5 acara ke negeri mewakili daerah Tangkak.. !
Tahniah Anak2, ibu bapa dan Guru2....👏🏼👏🏼👏🏼👏🏼 Mabruuk... Syukur Alhamdulillaah...🤲🤲🤲🤲🤲🤲🤲
🏆🏆🏆🏆🏆🏆🏆🏆
09/07/2025
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته💐🌸🌹
Makluman Pendaftaran Murid Baru Darjah Satu & TAJ Tahun 2026📙📘📗
📚 1 JULAI 2025 hingga 31 OKTOBER 2025
CARA PENDAFTARAN :
🚦 Sila hadir ke SA PAYAMAS untuk urusan pengambilan Borang Pendaftaran Murid Baru Darjah 1 bermula :-
Tarikh : 1 Julai - 31 Oktober 2025
Jam : 2.30 petang-5.00 petang
🚦Lengkapkan Borang dan kembalikan Borang Pendaftaran Murid Baru beserta dokumen-dokumen tersebut dengan lengkap :
📑4 salinan Sijil Kelahiran yang disahkan
📑 4 salinan Kad Pengenalan / My Kid yang disahkan
📑4 keping gambar pasport (bersongkok / bertudung)
📑 3 salinan Kad Pengenalan Bapa / Penjaga yang disahkan
📑 3 salinan Kad Pengenalan Ibu / Penjaga yang disahkan
📑 1 salinan Sijil Nikah Ibu Bapa yang disahkan
📑1 salinan Slip Gaji atau Akuan Pendapatan Ibu / Bapa / Penjaga yang disahkan
📑1 salinan Bil Air atau Elektrik yang disahkan
☎ Sebarang pertanyaan sila hubungi :
Muhammad Syakirin Bin Yusof
Guru HEM 011-17638377
Aninnaim Guru Taj 018-320 4452
SA PAYAMAS
☎ 011-17638377
Pesanan : Mohon kerjasama semua warga payamas yang berdekatan agar mewawarkan iklan Pendaftaran Murid Baru Darjah 1 & Taj untuk kemudahan semua pihak.
Sekian, terima kasih 🗞
Seksyen Pendaftaran dan Perpindahan Murid
SA PAYAMAS TANGKAK
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the school
Website
Address
Batu 18, Kampung Paya Mas
Tangkak
84900