Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Kolej Komuniti Ledang - JPP KKLJ

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Kolej Komuniti Ledang - JPP KKLJ

Share

JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI LEDANG

17/07/2026

โœจ ๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐Œ๐š๐ฃ๐ฎ ๐‰๐š๐ฒ๐š ๐ค๐ž๐ฉ๐š๐๐š ๐–๐š๐ค๐ข๐ฅ ๐Š๐จ๐ฅ๐ž๐ฃ ๐Š๐จ๐ฆ๐ฎ๐ง๐ข๐ญ๐ข ๐‹๐ž๐๐š๐ง๐  ๐ค๐ž ๐๐ž๐ง๐ญ๐š๐ฌ ๐€๐ค๐ก๐ข๐ซ ๐ˆ๐ค๐จ๐ง ๐’๐ข๐š๐ซ๐š๐ฐ๐š๐ง ๐๐Ž๐‹๐˜๐‚๐‚ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” โœจ

Seluruh warga Kolej Komuniti Ledang mengucapkan setinggi-tinggi ucapan selamat maju jaya kepada Saudari Nurul Ainis Nadia, wakil Kolej Komuniti Ledang yang akan beraksi sebagai Finalis Ikon Siarawan POLYCC 2026.

๐Ÿ“ Final Ikon Siarawan POLYCC 2026
๐Ÿ—“๏ธ 19 โ€“ 22 Julai 2026
๐Ÿ“ Politeknik Kuching, Sarawak

Penyertaan ini merupakan satu pencapaian yang membanggakan dan mencerminkan bakat, keyakinan serta potensi yang dimiliki dalam bidang penyiaran dan komunikasi.

Semoga segala usaha, latihan dan persediaan yang telah dilakukan membuahkan hasil terbaik. Bawalah semangat, keyakinan dan kecemerlangan warga KKLJ ke pentas akhir, serta mengharumkan nama Kolej Komuniti Ledang, Johor dan POLYCC.

๐ŸŒŸ Kami mendoakan agar Nurul Ainis Nadia dipermudahkan segala urusan dan berjaya memberikan persembahan terbaik.

15/07/2026

๐Ÿ“Program Eksplorasi Pemimpin | Lawatan ke Dewan Parlimen Malaysia๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโœจ

Menimba ilmu, melihat sendiri nadi demokrasi negara. ๐Ÿ›๏ธ

Program kali ini bertambah bermakna dengan kehadiran dan penglibatan seluruh Yang Dipertua (YDP) Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Komuniti Negeri Johor.

Menelusuri koridor bangunan Parlimen dan menyelami ruang dewan persidangan tempat tumpuan negara. Pengalaman berharga yang membakar semangat kami untuk terus belajar dan memimpin! ๐Ÿ”ฅ

10/07/2026

Undi anda menentukan masa depan kita! ๐Ÿ—ณ๏ธโœจ

Selamat Mengundi diucapkan kepada semua pelajar Johor di Kolej Komuniti Ledang. Tanggungjawab kini berada di tangan anda untuk membuat pilihan yang bijak demi kebaikan bersama.

Ingat 3 perkara penting ini sebelum mengundi:

โœ… Pilih Dengan Bijak โ€“ Fikir sedalamnya sebelum membuat pilihan.
๐Ÿ‘ฅ Bersatu Demi Kolej โ€“ Bersama-sama kita membina komuniti yang cemerlang.
โญ๏ธ Komitmen, Integriti, Aspirasi โ€“ Mahasiswa berwibawa membawa kepada kolej yang sejahtera.

Undi hari ini, pemimpin hari esok! Marilah kita jalankan tanggungjawab ini dengan penuh integriti.

09/07/2026

Sape yang belum apply lagi tu? Permohonan still OPEN tau! ๐Ÿšจ

Good news, korang boleh terus WALK-IN sampai 17 JULAI ni jek. Jangan lambat, nanti melepas! ๐Ÿƒ๐Ÿ’จ

Ada soalan atau nak tahu details?
Boleh PM Pegawai Pengambilan kat sini:
016-9163286๐Ÿ“ž

Nak DM Min terus pun takde hal, Min onz jek! ๐Ÿ’ฌโœจ





09/07/2026

awww, comelnya kami๐Ÿ˜๐Ÿค




03/07/2026

๐ŸŒŸJom bersama kami memeriahkan Program Karisma Komuniti Zon Johor 2026!

Program ini menghimpunkan pelbagai aktiviti berteraskan TVET untuk komuniti, membuka peluang kepada masyarakat untuk menimba ilmu, meningkatkan kemahiran serta mengenali dunia TVET dengan lebih dekat.

๐Ÿ“ Lokasi: Dewan Kampung Jawa, Segamat
๐Ÿ“… Tarikh: 5 Julai 2026 (Ahad)
๐Ÿ•˜ Masa: 9.00 pagi โ€“ 2.00 petang

โœจ Antara pengisian menarik:
โœ… Khidmat Masyarakat
โœ… Pembelajaran Sepanjang Hayat
โœ… Pameran STEM & TVET

โ€TVET Untuk Komuniti Kemahiran Untuk Kesejahteraanโ€

Ayuh bawa bersama keluarga dan rakan-rakan. Jangan lepaskan peluang menyertai pelbagai aktiviti menarik serta mengenali peranan TVET dalam membangunkan komuniti yang lebih berdaya saing.

Jumpa anda di Kampung Jawa, Segamat! ๐Ÿค








Photos from Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Kolej Komuniti Ledang - JPP KKLJ's post 29/06/2026

๐Ÿ“ ๐๐„๐‹๐€๐‰๐€๐‘ ๐Š๐Š๐‹๐‰ ๐’๐„๐‘๐“๐€๐ˆ ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐‰๐€๐†๐”๐‡ ๐Š๐„๐”๐’๐€๐‡๐€๐–๐€๐๐€๐ ๐๐€๐’๐ˆ๐Ž๐๐€๐‹ ๐’๐ˆ๐‘๐ˆ ๐Ÿ–/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

๐’๐ค๐ฎ๐๐š๐ข, ๐‰๐จ๐ก๐จ๐ซ | ๐Ÿ๐Ÿ– ๐‰๐ฎ๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” โ€“ Seramai lima (5) orang pelajar Kolej Komuniti Ledang (KKLJ) telah mewakili institusi dalam Program Jaguh Keusahawanan Nasional Siri 8/2026 yang berlangsung pada 27 hingga 28 Jun 2026 di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai.

Program anjuran Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN) ini bertujuan memupuk kesedaran dan budaya keusahawanan dalam kalangan mahasiswa serta graduan berdasarkan bidang pengajian masing-masing, sekali gus melahirkan usahawan muda yang inovatif, berdaya saing dan bersedia menghadapi cabaran ekonomi masa hadapan.

Sepanjang program berlangsung, para peserta didedahkan kepada peluang dan potensi keusahawanan dalam tiga sektor utama, iaitu Sektor Pertumbuhan Tinggi dan Bernilai Tinggi (High Growth High Value - HGHV), Ekonomi Jingga (Orange Economy) dan Ekonomi Biru (Blue Economy).

Penyertaan ini diharap dapat memperkukuh pengetahuan, meningkatkan kemahiran keusahawanan serta menyuntik inspirasi kepada pelajar KKLJ untuk meneroka bidang keusahawanan sebagai salah satu laluan kerjaya yang berpotensi pada masa hadapan.

26/06/2026

๐ŸŽ“ [๐Œ๐Ž๐๐“๐€๐‰] ๐Œ๐„๐๐‚๐ˆ๐๐“๐€ ๐‹๐€๐๐†๐Š๐€๐‡, ๐Œ๐„๐Œ๐๐ˆ๐๐€ ๐Œ๐€๐’๐€ ๐ƒ๐„๐๐€๐

Bermula dengan langkah pertama di Hari Pendaftaran, perjalanan sebagai warga baharu Kolej Komuniti Ledang diteruskan dengan penuh semangat sepanjang Minggu Transformasi Siswa.

Pelbagai aktiviti, perkongsian ilmu, sesi suai kenal dan pembentukan jati diri telah membuka lembaran baharu buat para pelajar dalam menyesuaikan diri dengan kehidupan kampus.

โœจ Dari rasa gementar menjadi yakin.
โœจ Dari perkenalan menjadi persahabatan.
โœจ Dari impian menjadi hala tuju masa depan.

Terima kasih kepada semua pelajar, ibu bapa, pensyarah serta urus setia yang telah menjayakan Hari Pendaftaran dan Minggu Transformasi Siswa Sesi I 2026/2027.

Selamat menempuh perjalanan sebagai warga KKLJ. Teruskan melakar kecemerlangan, mengasah kemahiran dan membina masa depan yang gemilang bersama Kolej Komuniti Ledang.

Facebook: https://www.facebook.com/share/v/19aykBQ6dJ/?mibextid=wwXIfr

23/06/2026

Kami panaskan badan duluu before mts, mana new student KKLJ? are you guys ready?!..




ใ‚šviralใ‚ท

Want your school to be the top-listed School/college in Tangkak?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


KM 5 Jalan Payamas
Tangkak
84900