23/04/2026
Alhamdulillah n Tahniah,,
SMK Tun Sri Lanang,Felda Sri Jaya Bukit Serampang,85210 Jementah, Tangkak,Johor Tel: +606 9776335 Fa GPS Location : N2.33921, E102.78944
23/04/2026
Alhamdulillah n Tahniah,,
14/04/2026
Al-Fatihah
Telah kembali ke rahmatullah
Muhammad Akmal Thaqif bin Kamal pada 14 April 2026
Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga arwah. Arwah merupakan Alumni SMK Tun Sri Lanang batch 2018-2022.
Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Kenangan bersama arwah akan sentiasa diingati. Al-Fatihah
04/04/2026
π Tahniah Atlet Sukan SMK TUN SRI LANANG SPM 2025! π
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Muhammad Izammi dan Muhammad Amyrul Zarith yang telah berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang SPM 2025.
Sukan bukanlah penghalang untuk berjaya dalam pembelajaran, malah ia membentuk disiplin, ketahanan diri dan semangat juang yang tinggi. Dengan pengurusan masa yang baik serta usaha yang konsisten, kedua-duanya mampu digalas dengan cemerlang.
Semoga terus berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi. Kami warga STRILA sentiasa mendoakan yang terbaik buat anda semua.
https://vt.tiktok.com/ZSHBJCT7j/
01/04/2026
π Tahniah Calon SPM 2025! π
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang telah berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang SPM 2025.
Kejayaan hari ini bukanlah pengakhiran, tetapi merupakan permulaan kepada perjalanan yang lebih besar dalam kehidupan. Teruskan melangkah dengan yakin, berani mencuba, dan jangan pernah berhenti mengejar impian.
π Tahniah khas diucapkan kepada Nurul Arifah Wahizah atas pencapaian cemerlang memperoleh semua A (5A 4A-) dalam SPM 2025. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada rakan-rakan yang lain.
Semoga semua pelajar terus berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi. Kami warga STRILA sentiasa mendoakan yang terbaik buat anda semua.
19/03/2026
πβ¨ Salam Aidilfitri β¨π
Warga SMK Tun Sri Lanang dengan penuh rasa kesyukuran ingin mengucapkan:
π Selamat Hari Raya Aidilfitri π
Maaf Zahir & Batin kepada semua warga sekolah, ibu bapa, dan seluruh umat islam
Semoga Syawal yang mulia ini membawa keberkatan, kegembiraan dan mengeratkan lagi silaturrahim antara kita semua.
Ampun dipinta atas segala kekhilafan, semoga hubungan yang terjalin terus utuh dan penuh kasih sayang.
π Hati-hati di jalan raya, semoga selamat sampai ke destinasi tersayang.
Raikan hari kemenangan ini dengan penuh kesederhanaan dan kesyukuran.
Ikhlas daripada:
Warga SMK Tun Sri Lanang
πΈ Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin πΈ
11/03/2026
10 Mac 2026 | Selasa
Iftar Jamaie STRILA 2026 π
Kehadiran semua menceriakan majlis dan mengeratkan lagi ukhwah antara kita.
Semoga kebersamaan ini berterusan, dan kita dapat bertemu lagi di lain kesempatan. Mohon maaf kekurangan sepanjang majlis.
Jumpa lagi, insyaAllah! Terima kasih sekali lagi!
05/03/2026
Ψ§ΩΨ³ΩΨ§Ω
ΨΉΩΩΩΩ
ΩΨ±ΨΩ
Ψ© Ψ§ΩΩΩ ΩΨ¨Ψ±ΩΨ§ΨͺΩΩ¬
HEBAHAN INFAQ STRILA 2026
β¨ Rebut Peluang Gandakan Pahala di Bulan Ramadan! β¨
Dengan penuh takzim, Panitia Pendidikan Islam membuka peluang kepada semua dermawan untuk menyumbang melalui program INFAQ STRILA 2026, bagi menampung kos pengurusan program-program bermanfaat buat pelajar dan komuniti setempat sepanjang bulan Ramadan.
Sumbangan anda akan digunakan untuk:
β
Penganjuran majlis ilmu dan tazkirah
β
Tajaan Bubur Lambuk
β
Bantuan kepada golongan asnaf dan memerlukan
β
Aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan
βPerumpamaan (pahala) orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji...β** *(Al-Baqarah: 261)
Jom berinfaq dan bersama-sama meraih keberkatan Ramadan!
Untuk memudahkan proses sumbangan, sila salurkan infaq anda ke akaun PIBG sekolah seperti berikut:
Bank: BANK ISLAM
Nama Akaun: PIBG SMK TUN SRI LANANG
No. Akaun: 01023010023686
β οΈ Penting: Pastikan anda menulis "INFAQ STRILA 2026" pada ruangan *Reference* semasa melakukan transaksi agar sumbangan dapat direkodkan dengan tepat.
Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi, USTAZ SYAFIQ RAMDZAN - 0174043144 (BENDAHARI PROGRAM IHYA RAMADAN 2026)
INFAQ ANDA, PAHALA BERGANDA!
14/02/2026
Pihak sekolah ingin mengucapkan Selamat Bercuti kepada semua murid dan guru. Manfaatkan masa cuti ini dengan aktiviti yang berfaedah serta meluangkan masa bersama keluarga tercinta.
Kami juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada seluruh warga sekolah yang meraikannya. Semoga perayaan ini membawa kegembiraan, kemakmuran dan kebahagiaan bersama insan tersayang.
Dalam masa yang sama, kita bakal menyambut kedatangan bulan yang penuh keberkatan, iaitu bulan Ramadan. Semoga kita semua diberi kesihatan dan kekuatan untuk menunaikan ibadah dengan penuh keikhlasan dan kesempurnaan.
Jaga diri, jaga keselamatan dan semoga kita berjumpa kembali dengan semangat yang lebih segar.
Sekian, terima kasih. πβ¨
13/02/2026
[ MAJLIS BACAAN YAASIN DAN TAHLIL ]
STRILA tutup hari jumaat persekolahan dengan bacaan yaasin dan tahlil sempena menyambut kedatangan bulan ramadan pada tahun 2026
13/02/2026
[ PERAK SEKOLAH SHOWCASE PENDIDIKAN KELESTARIAN ]
Tahniah & Syabas
SMK Tun Sri Lanang dikurniakan Sekolah Showcase Pendidikan Kelestarian SM Negeri Johor Tahun 2025.
Semoga pengalaman ini digunakan untuk memperbaiki permainan di MSSD Bola Tampar nanti ..
Boleh PM kalau ada pasukan yang ingin membuat perlawanan persahabatan dengan sekolah kami.. untuk beri kepada pelajar ni tambah lagi pengalaman sebelum MSSD nanti..
12/11/2025
π TAHNIAH WARGA SMK TUN SRI LANANG! π
Syabas dan setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada para pelajar serta guru SMK Tun Sri Lanang atas kejayaan cemerlang dalam Program Pemerkasaan Sumber Pendidikan dan Pendidikan Digital Daerah Tangkak 2025! π
π Senarai Penerima Anugerah:
π Anugerah Bicara Buku
β’ Nur Syuhadah Insyirah binti Ibrahim (BM - SM)
ποΈ Anugerah Pengkarya Muda
β’ Nazatul Raihana binti Hisyamudin (BI - SM)
π¬ Anugerah Video Kreatif TVPSS
β’ Fatin Aqilah binti Mohd Lias (BM - SM)
π€ Pertandingan Reka Bentuk EduKit Inovasi Robotik (SM)
β’ Muhammad Irfan bin Mohd Rezal
β’ Muhammad Harith bin Rizal
β’ Muhammad Aliff Firdaus bin Ramadan
β’ Nurin Khailesah binti Mazlan
πΌοΈ Pertandingan Eksplorasi DELIMa - Poster Canva (Karnival COE PKG Daerah Tangkak)
β’ Nurul Sayyidah Nafsiah binti Shaharuddin
β’ Nurul Iman binti Abdul Jalil
π Anugerah Khas Sumber Teknologi Pendidikan
β’ Nor Husna binti Mohamed (Guru Anugerah Bitara - GAB)
Ucapan setinggi-tinggi penghargaan juga kepada Tuan Pengetua, Cikgu Sariman Husin atas kepimpinan dan sokongan padu dalam memupuk budaya inovasi dan kreativiti warga sekolah.
π Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua guru pembimbing yang telah bertungkus-lumus membimbing para pelajar hingga berjaya mengharumkan nama sekolah. Dedikasi dan bimbingan anda amat dihargai! π
SMK Tun Sri Lanang terus melakar kecemerlangan, melahirkan pelajar berwawasan dan berdaya saing dalam dunia pendidikan digital! πͺπ