SK SEROM 3, Tangkak

SK SEROM 3, Tangkak

Share

SEKOLAH KEBANGSAAN SEROM 3 SUNGAI MATI 84410 TANGKAK JOHOR.

Photos from SK SEROM 3, Tangkak's post 05/05/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

⭐ Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YB Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh yang sudi hadir serta merasmikan penutupan Mesyuarat Agung PIBG.

✨ Terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa yang telah hadir. Kehadiran dan sokongan tuan/puan amat bermakna dalam usaha memajukan sekolah dan anak-anak.

πŸŽ‰ Tahniah kepada Ahli Jawatankuasa PIBG yang baharu dilantik. Semoga dapat memberikan kerjasama dan komitmen yang terbaik demi kecemerlangan sekolah.

🀝 Jutaan terima kasih kepada barisan Ahli Jawatankuasa PIBG yang lama atas segala jasa, sumbangan dan dedikasi yang telah diberikan.

πŸ† Tahniah juga kepada 7 orang murid cemerlang yang telah berjaya mendapat tempat di asrama penuh. Semoga terus cemerlang pada masa hadapan.

Sekian, terima kasih.



Photos from SK SEROM 3, Tangkak's post 20/04/2026
15/04/2026

✨ JEMPUTAN KE MESYUARAT AGUNG PIBG SK SEROM 3 KALI KE-49 ✨

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Dengan segala hormatnya, ibu bapa / penjaga dijemput hadir ke Mesyuarat Agung PIBG SK Serom 3 seperti ketetapan berikut:

πŸ“… Tarikh: 18 April 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 8.00 pagi
πŸ“ Tempat: Dewan Seri Serom, SK Serom 3

Majlis akan disempurnakan dengan perasmian penutup oleh:
YB Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh
(Timbalan Menteri, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar)

Kehadiran tuan/puan amatlah dihargai bagi bersama-sama memantapkan kecemerlangan sekolah.

🌟 SERUMPUN: Sepakat Realisasi Ke Puncak 🌟

Sekian, terima kasih.

Photos from SK SEROM 3, Tangkak's post 17/03/2026

Alhamdulillah 🀲

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan atas sumbangan bantuan zakat dan sumbangan daripada Syarikat Jalen, Jakel Segamat, Popular Bookstore dan KKTM kepada anak-anak yatim dan asnaf SK Serom 3.

Penyampaian sumbangan telah berlangsung pada hari ini, 17/3/2026 (Selasa). Semoga bantuan ini dapat meringankan beban serta menceriakan kalian semua.

Semoga setiap kebaikan ini dibalas dengan ganjaran yang berlipat ganda serta dipermudahkan segala urusan. Terima kasih atas keprihatinan semua pihak yang terlibat. 🀍


Photos from SK SEROM 3, Tangkak's post 12/03/2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Popular Bookstore atas sumbangan yang diberikan sempena Bulan Ramadan. πŸŒ™πŸ“š

Sumbangan ini amat dihargai dan semoga
memberi manfaat kepada murid-murid. ✨

11/03/2026

Assalamualaikum wbt. Dengan kerjasama PIBG SK Serom 3, pihak sekolah membuka peluang kepada semua untuk menyumbang sebagai usaha membantu kebajikan murid-murid serta menyokong keperluan sekolah.

Sehubungan itu, Tabung Infaq Ramadhan diwujudkan bagi memberi ruang kepada orang ramai untuk bersama-sama menyumbang dan berkongsi rezeki sepanjang bulan yang penuh keberkatan ini.

Semoga segala ibadah dan amalan kita pada bulan Ramadhan diterima serta diberkati oleh Allah SWT.

Sekian, terima kasih.



Photos from SK SEROM 3, Tangkak's post 05/02/2026

πŸ”¬πŸ§ͺ✨ MINGGU STEM SK SEROM 3 ✨πŸ§ͺπŸ”¬

πŸ“… Minggu STEM telah berlangsung dengan jayanya di SK Serom 3.πŸ‘©β€πŸ”¬πŸ‘¨β€πŸ”¬ Murid-murid telah menyertai pelbagai aktiviti menarik berkaitan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik.

β˜’οΈπŸ”¬ KEHADIRAN AGENSI NUKLEAR MALAYSIA KE SK SEROM 3 πŸ”¬β˜’οΈ

πŸ“… SK Serom 3 berbesar hati menerima kunjungan daripada Agensi Nuklear Malaysia sempena Minggu STEM yang telah dianjurkan.

πŸ‘¨β€πŸ”¬πŸ‘©β€πŸ”¬ Pihak Agensi Nuklear Malaysia telah berkongsi ilmu dan pendedahan berkaitan bidang sains nuklear dengan cara yang menarik dan mudah difahami oleh murid-murid.

🧠✨ Program ini telah memberi pengalaman baharu serta meningkatkan minat dan rasa ingin tahu murid terhadap dunia sains dan teknologi.

πŸ™ Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Agensi Nuklear Malaysia atas kesudian hadir dan berkongsi ilmu bersama warga SK Serom 3.

πŸ§ͺ 🏫 πŸ“š

Photos from SK SEROM 3, Tangkak's post 16/01/2026

🌹🌹Assalamualaikum dan Salam Sejahtera🌹🌹

✨ ✨Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa dan penjaga warga SK Serom 3 atas kesudian meluangkan masa untuk hadir dan memeriahkan program ini.

🀍 Kehadiran, sokongan dan kerjasama yang diberikan amat bermakna dalam mengeratkan silaturahim antara pihak sekolah dan komuniti.

🌸 Semoga program ini menjadi platform kebersamaan, mengukuhkan semangat Serumpun, serta meninggalkan kenangan indah buat semua.

✨Diharapkan keceriaan hari ini menjadi kenangan indah dan sumber semangat buat anak-anak untuk anak-anak bersedia untuk sesi pembelajaran seperti biasa pada minggu hadapan.



11/01/2026

πŸŒΌπŸ“š Selamat Kembali ke Sekolah πŸ“šπŸŒΌ

Warga sekolah mengalu-alukan kehadiran semua murid dengan penuh rasa syukur dan gembira 🀍
Semoga anak-anak hadir dengan semangat baharu πŸ’ͺ, adab yang terpelihara 🌱 dan kesungguhan dalam menimba ilmu ✨

Mudah-mudahan setiap langkah di sekolah ini membentuk insan yang berakhlak mulia 🌸, berilmu πŸ“–, berdisiplin ⏰ serta saling menghormati 🀝 sebagai satu keluarga besar sekolah 🏫

Semoga sesi persekolahan ini berjalan lancar dan diberkati πŸŒˆπŸ™


Want your school to be the top-listed School/college in Tangkak?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


Jalan Masjid, Sg Mati
Tangkak
84410

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 03:30
Sunday 08:00 - 05:00