β¨ πππππππ πππππ ππππ ππππππ πππππ β¨
Kami warga SK Rawang Tangkak Johor ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada πππ πππ§πππ«π’ πππ¬ππ« ππ¨π‘π¨π« πππ§ πππ«ππ£πππ§ πππ ππ«π’ ππ¨π‘π¨π« atas sumbangan sebanyak RM5,000 bagi bantuan Bilik Guru.
Keprihatinan dan sokongan yang diberikan amat dihargai serta menjadi pemangkin dalam mewujudkan suasana bilik guru yang lebih selesa dan kondusif buat warga pendidik.
Terima kasih atas segala jasa dan perhatian yang diberikan kepada kebajikan guru-guru di Johor. π€β¨
SK Rawang
SEKOLAH KEBANGSAAN RAWANG JBA9031
KM 10 PEKAN RAWANG
84400 SG MATI TANGKAK
JOHOR
Terima kasih YB Khairin-Nisa Ismail atas sumbangan Kek sempena Hari Guru tahun 2026 π€
10/05/2026
Tajuk : Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah Kejohanan Bola Baling 5 Sebelah Peringkat Negeri, Sambutan Hari Raya Pengakap Daerah dan Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform Peringkat Kebangsaan Melaka.
Tarikh : 27.4.2026
Hari : Isnin
Masa : 7.30 pagi
Tempat : Dataran Perhimpunan
Penglibatan : Semua guru dan murid
10/05/2026
Tajuk : KEJOHANAN MEMANAH MSSD TANGKAK 2026
Tarikh : 28.4.2026
Hari : Rabu
Masa : 7.30 pagi
Tempat : Padang STMI
Penglibatan : Cikgu Fareha, Cikgu Rose dan Cikgu Nik
3 Pemanah
1. Riffqi Rayyan
2. Fathurizqi
3. Khalesya NurAthirah
Anjuran : MSSD TANGKAK
10/05/2026
Tajuk : PERKHEMAHAN PASUKAN BADAN BERUNIFORM BERSEPADU PERINGKAT KEBANGSAAN 2026 - ANJURAN SK SRI LANANG, JASIN, MELAKA
Tarikh : 24 April -26April 2026
Hari : Jumaat- Ahad
Masa Pendaftaran : 2.00 petang
Tempat : Taman Eco Rimba,Bukit Senggeh,Melaka.
Penglibatan : 2 Guru & 4 murid
Anjuran : SK Sri Lanang,Melaka.
!
07/05/2026
π¨πππππ
πππππππ!
Alhamdulillah, Asian Youth Dodgeball Championship 2026 bertempat di Bangkok, Thailand pada 2 - 6 Mei 2026 telah melabuhkan tirainya dengan penuh cemerlang dan gemilang buat kontinjen Malaysia π²πΎ
Skuad Dodgeball negara sekali lagi membuktikan kehebatan di pentas Asia apabila berjaya melakar sejarah serta mengharumkan nama Malaysia melalui aksi penuh semangat, disiplin dan keberanian.
Lebih membanggakan, seorang murid SK Rawang iaitu adik Aisyah Humairah binti Muhamad Rafaie, dari Kelas tahun 6 Mutiara telah mewakili Pasukan Malaysia dalam Kategori Campuran bawah 13 tahun.
Keputusan :
π₯ **EMAS β U13 MIX**
Kejayaan ini membuktikan bahawa atlet-atlet Johor bukan sahaja mampu bersaing di peringkat kebangsaan, malah terus menyerlah dan mencipta impak di persada antarabangsa.
Setiap kemenangan ini hadir daripada hasil latihan tanpa jemu, pengorbanan besar, semangat berpasukan dan keyakinan untuk membawa nama Malaysia dengan penuh bangga.
Syabas dan tahniah kepada semua atlet, jurulatih, pegawai pasukan serta ibu bapa yang sentiasa menjadi tulang belakang kejayaan ini.
Terima kasih juga kepada semua penyumbang :
YB Syed Ibrahim Syed Noh ,Ahli Parlimen Ledang
YB Hjh Khairin-Nisa Ismail ,ADUN Serom
Pejabat Daerah Tangkak
Guru-guru dan Staf SK Rawang
PIBG SK Rawang
Ibu Bapa
Pembekal dan syarikan swasta
Walaupun sukan ini tiada dalam kalender MSSM namun, Sekolah sentiasa komited menyokong mana-mana sukan yang melibatkan atlet dari sekolah ini untuk dipersembahkan di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.
Terus mara, terus unggul dan terus cipta sejarah buat Malaysiaπ₯
!
14/04/2026
Assalamualaikum dan salam sejahtera
MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SK RAWANG KALI KE-53
π Tarikh : 11 April 2026 (Sabtu)
β° Masa : 8.00 pagi β 11.00 pagi
π
Tempat : Dewan Sak Rawang, Tangkak
Majlis ini telah dirasmikan oleh
En. Mohd Sah Bin Adon, wakil rasmi kepada
YB Tuan Syed Ibrahim Bin Syed Noh, Ahli Parlimen Ledang.
Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua ibu bapa, guru serta pihak yang terlibat atas kehadiran dan sokongan yang diberikan dalam menjayakan mesyuarat ini.
Semoga kerjasama erat antara pihak sekolah dan ibu bapa akan terus diperkukuh demi kecemerlangan murid SK Rawang.
12/04/2026
Mesyuarat PIBG 2026
Tarikh : 11 April 2026
Hari : Sabtu
Masa : 08.30 pagi
Tempat : Dewan SERATA
Penglibatan : Ibu bapa & Guru
Anjuran : PIBG SERATA
12/04/2026
Tajuk : Sambutan Raya Pengakap Daerah Tangkak 2026
Tarikh : 11 April 2026
Hari : Sabtu
Masa : 07.30 pagi
Tempat : SMA Lughatul Quran
Penglibatan : Guru & murid
Anjuran : Persekutuan Pengakap Daerah Tangkak
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Website
Address
Km 10 Pekan Rawang Sg Mati Tangkak
Tangkak
84400