20/08/2026
๐ TAHNIAH & SYABAS! ๐
2 orang pelajar Kolej Komuniti Ledang daripada Unit Sijil Pengoperasian Perniagaan telah terpilih untuk menyertai IP Youth Camp PolyCC 2026 Peringkat Kebangsaan yang dianjurkan oleh Pusat Penyelidikan dan Inovasi (PPI), Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) dengan kerjasama Kolej Komuniti Manjung, Perak.
Program yang berlangsung pada 15 hingga 17 Ogos 2026 di Murni Camp, Gopeng, Perak ini bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai Harta Intelek (HI) serta membudayakan pemikiran kreatif, inovatif dan berdaya cipta dalam kalangan pelajar PolyCC.
โจ Wakil pelajar Kolej Komuniti Ledang:
1.Nurul Ainis Nadia binti Romi
2.Syariefa Batrisya binti Md Najib
Lebih membanggakan, Nurul Ainis Nadia binti Romi turut terpilih sebagai Pengacara Majlis bagi Majlis Penutupan IP Youth Camp PolyCC 2026. Pemilihan ini merupakan satu pengiktirafan terhadap keyakinan diri, kemahiran komunikasi dan kebolehan beliau dalam mengendalikan majlis di peringkat kebangsaan.
Semoga penyertaan ini menjadi pengalaman bermakna dan membuka ruang kepada para pelajar untuk terus meneroka, mencipta serta menghasilkan idea-idea inovatif yang memberi impak.
Tahniah dan selamat menyertai program!
Semoga terus mengharumkan nama Kolej Komuniti Ledang di peringkat kebangsaan.
20/08/2026
๐ฆท๐ TW1ST 2026: TRANSFORMATION WITH 1 SMILE TOGETHER ๐๐ฆท
TANGKAK, 19 Ogos 2026 - Program TW1ST 2026: Transformation with 1 Smile Together telah berlangsung selama dua hari pada 19 hingga 20 Ogos 2026 bertempat di Kolej Komuniti Ledang, dengan memberi fokus kepada peningkatan kesedaran warga kolej terhadap kepentingan penjagaan kesihatan dan kebersihan pergigian.
Program yang dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ini menampilkan pelbagai aktiviti berkaitan kesihatan pergigian, antaranya Ceramah Kesihatan Pergigian, Pemeriksaan dan Rawatan Gigi serta Pameran Pergigian.
Ceramah kesihatan pergigian yang disampaikan oleh Dr. Nor Afehah binti Mohd Khalid, Pegawai Pergigian, turut disusuli dengan demonstrasi teknik memberus gigi yang betul oleh Puan Rohayah binti A Jabar, Ikon Gigi dan Juruteknik Pergigian.
Selain itu, warga kolej turut berpeluang mendapatkan pemeriksaan dan rawatan pergigian melalui sesi yang disediakan, manakala pameran pergigian di Bilik E-Tech menjadi medium perkongsian maklumat berkaitan penjagaan kesihatan mulut dan gigi.
Pelaksanaan TW1ST 2026 diharap dapat meningkatkan kesedaran warga Kolej Komuniti Ledang untuk mengamalkan penjagaan kesihatan pergigian secara konsisten, sekali gus membudayakan gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian.
Senyuman sihat, keyakinan meningkat!๐ฆท๐
20/08/2026
๐ฅ Numee Gourmet Challenge: KKLJ Raih Tempat Ketiga, Bawa Pulang RM3,500
TANGKAK, 18 Ogos 2026 - Kolej Komuniti Ledang melakar kejayaan membanggakan dalam Pertandingan Numee Gourmet Challenge yang berlangsung di Politeknik Merlimau, Melaka apabila berjaya meraih Tempat Ketiga serta satu Saguhati Tempat Ke-13.
Pasangan peserta Siti Batrisya dan Siti Khadijah berjaya menempatkan diri di Tempat Ketiga, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM3,500, trofi dan sijil penyertaan.
Turut mencatatkan pencapaian membanggakan ialah Iffah Nayli dan Syazlin yang meraih Saguhati Tempat Ke-13 dengan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM400 serta sijil penyertaan.
Kejayaan ini membuktikan keupayaan dan kemahiran peserta Kolej Komuniti Ledang dalam bidang kulinari, selain mencerminkan komitmen serta usaha berterusan dalam mengembangkan bakat dan potensi pelajar melalui penyertaan di peringkat pertandingan.
Tahniah diucapkan kepada semua peserta atas pencapaian yang membanggakan dan diharapkan kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus mengorak langkah serta mencipta lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.
19/08/2026
๐ฒ๐พ KKLJ SEMARAK SEMANGAT MERDEKA MELALUI CITRA MERDEKA 2026 ๐ฒ๐พ
TANGKAK, 19 Ogos 2026 - Kolej Komuniti Ledang hari ini telah melangsungkan Majlis Pelancaran Program Citra Merdeka 2026 sebagai usaha menyemarakkan semangat patriotisme dan penghayatan terhadap erti kemerdekaan dalam kalangan warga kolej.
Majlis pelancaran ini turut disusuli dengan taklimat oleh Pengarah Program, Puan Noor Shazila binti Johari, yang menerangkan perancangan, pengisian serta aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan sepanjang berlangsungnya Program Citra Merdeka 2026.
Program yang berlangsung mulai 19 Ogos hingga 10 September 2026 ini mengetengahkan pelbagai aktiviti menarik dan kreatif bagi memberi peluang kepada warga Kolej Komuniti Ledang menzahirkan semangat cintakan negara melalui bakat, kreativiti dan penglibatan bersama.
Antara pengisian yang dirancang adalah Pertandingan Storytelling Merdeka, Pertandingan Doodles Digital, Pertandingan Swafoto, Pertandingan Suara Patriotik, Pertandingan Video serta Gotong-royong Kemerdekaan.
Program ini turut diakhiri dengan Majlis Penutup Program Citra Merdeka 2026 sebagai kemuncak kepada pengisian sambutan kemerdekaan di Kolej Komuniti Ledang.
Pelaksanaan Program Citra Merdeka 2026 diharapkan dapat memupuk semangat patriotisme, memperkukuh jati diri serta meningkatkan kesedaran warga kolej terhadap nilai perpaduan dan kecintaan kepada negara, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.
Ayuh warga Kolej Komuniti Ledang, bersama-sama kita semarakkan Bulan Kebangsaan dan hayati erti kemerdekaan! ๐ฒ๐พโค๏ธ
18/08/2026
โ KURSUS ASAS BARISTA
๐
Tarikh: 15 Ogos 2026
๐ Lokasi: Kolej Komuniti Ledang
๐ฅ Bil. Peserta: 15 orang
๐ฉโ๐ซ Pengajar: Puan Zaliha Binti Senin
Kursus ini memberi pendedahan secara praktikal kepada peserta mengenai asas barista, pengenalan kepada kopi serta teknik asas penyediaan minuman berasaskan espresso.
Semua peserta diberi peluang secara hands-on untuk mengendalikan mesin espresso dan coffee grinder, menghasilkan espresso serta melakukan proses steaming susu sendiri dengan teknik yang betul.Peserta turut mempelajari basic latte art seperti bentuk love โค๏ธ.
Diharapkan kemahiran yang diperoleh dapat meningkatkan keyakinan peserta untuk menghasilkan minuman kopi sendiri serta memberi pendedahan awal kepada bidang barista dan keusahawanan. โโจ
18/08/2026
๐ฅ KURSUS MIG KIMPALAN
๐
Tarikh: 14 Ogos 2026
๐ Lokasi: Kolej Komuniti Ledang
๐ฅ Bil. Peserta: 30 orang
๐จโ๐ซ Pengajar:
โข Norden bin Sirat
๐จโ๐ป Penyelaras:
โข Sharul Hafiz bin Mohd Imran
Kursus ini memberi pendedahan dan pengalaman secara praktikal kepada peserta dalam asas kimpalan MIG (Metal Inert Gas), merangkumi pengenalan kepada peralatan kimpalan, aspek keselamatan bengkel serta teknik asas pengendalian mesin kimpalan dengan betul dan selamat.
Sepanjang kursus, peserta dibimbing secara hands-on dalam melakukan kerja-kerja asas kimpalan MIG serta menghasilkan sambungan kimpalan yang kemas dan berkualiti. Kemahiran yang diperoleh diharapkan dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran teknikal peserta serta memberi pendedahan kepada bidang kimpalan yang mempunyai potensi dalam industri dan keusahawanan.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kursus ini. ๐คโจ
18/08/2026
๐ฎ KURSUS ANEKA PUDING
๐
Tarikh: 11 Ogos 2026
๐ Lokasi: Kolej Komuniti Ledang
๐ฅ Bil. Peserta: 30 orang
๐จโ๐ซ Pengajar:
โข Mohd Rais bin Azhar
โข Saiful bin Mohd Ali
๐จโ๐ป Penyelaras:
โข Saifol bin Senapi
๐ Urus Setia:
โข Saifol bin Senapi
Kursus ini memberi pendedahan dan pengalaman secara praktikal kepada peserta dalam penyediaan aneka puding, merangkumi pengenalan kepada bahan-bahan, sukatan yang betul serta teknik penyediaan bagi menghasilkan puding yang mempunyai tekstur dan rasa yang berkualiti.
Sepanjang kursus, peserta turut dibimbing secara hands-on dalam proses penyediaan dan penghasilan puding. Diharapkan kemahiran yang diperoleh dapat dipraktikkan sendiri serta membuka peluang kepada peserta untuk menjadikan produk aneka puding sebagai salah satu produk jualan dan sumber pendapatan.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kursus ini. ๐คโจ
18/08/2026
KKLJ Perkukuh Kolaborasi Bersama SM Persendirian Pei Hwa
SUNGAI MATI, 17 Ogos 2026 โ KKLJ telah mengadakan sesi lawatan dan perbincangan strategik bersama Sekolah Menengah Persendirian Pei Hwa bagi meneroka peluang kolaborasi melalui program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH).
Delegasi KKLJ diketuai oleh En. Mohd Hoirie bin Abdul Manah, Pengarah KKLJ, bersama En. Ridzuan bin Aris, Pensyarah Utama Unit Pengajian Am, En. Shahiran bin Saad, Pegawai Perhubungan Industri & Alumni dan En. Zid Abrar bin Akbar, Pensyarah Kanan Unit Pengajian Am. Turut hadir En. Ang Chee Boon, Pengetua SM Persendirian Pei Hwa.
Perbincangan memberi fokus kepada kerjasama dalam bidang robotik, pastri dan keusahawanan bagi meningkatkan kemahiran serta kreativiti guru dan pelajar.
Dalam sesi tersebut, En. Ridzuan bin Aris turut membentangkan rangka strategi kolaborasi yang merangkumi cadangan pelaksanaan kursus, sasaran peserta dan pembangunan kemahiran.
Sesi ini menjadi langkah awal ke arah membentuk kerjasama jangka panjang antara KKLJ dan SM Persendirian Pei Hwa melalui pelaksanaan program kemahiran yang memberi manfaat kepada guru dan pelajar.
13/08/2026
๐โจ TAHNIAH & SYABAS! โจ๐
Setinggi-tinggi tahniah kepada 3 kumpulan pelajar Kolej Komuniti Ledang yang telah menyertai iCompEx 2026 โ International Innovation and Invention Competition through Exhibition bertempat di Dewan Sri Mas, POLIMAS pada 11โ13 Ogos 2026.
Pencapaian ini membuktikan bahawa idea, kreativiti dan inovasi pelajar Kolej Komuniti Ledang mampu bersaing di peringkat yang lebih tinggi.
Tahniah dan penghargaan juga buat para pensyarah pembimbing yang telah memberikan bimbingan, tunjuk ajar, masa dan komitmen dalam membantu pelajar menghasilkan inovasi yang terbaik.
PENCAPAIAN: PINGAT PERAK ๐ฅ
Nama Produk Inovasi: REVIVE BEAN
Ahli Kumpulan:
Najihah Binti Shamsuri
Aina Alia Amani Binti Faddli
Siti Nur Aisyah Binti Muhamad Hazri
Nurul Aisyah Binti Abdullah
Aida Irdina Binti Mohamad
Pembimbing:
En. Muhammad Fikri Bin Samsudin
PENCAPAIAN: PINGAT GANGSA ๐ฅ
Nama Inovasi: FIGS ROLLUP
Ahli Kumpulan:
Lhogeswari A/P Sekaran
Lim Yu Xin
Nurul Ain Mellisa Binti Suhaisam
Alya Sakinah Binti Sazali
Lee Yi Wen
Pembimbing:
En. Muhammad Fikri Bin Samsudin
PENCAPAIAN: PINGAT GANGSA ๐ฅ
Nama Inovasi: BETON BITES
Ahli Kumpulan:
Muhammad Danish Hilmi Bin Muhammad Hanafiah
Ahmad Aiman Bin Nazri
Chai Wai Lun
Nur Maisarah Binti Mohridz
Ad-Dhuha Binti Ahmad Qarib
Pembimbing:
En. Muhammad Fikri Bin Samsudin
11/08/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐
TANGKAK, 11 Ogos 2026 โ Kolej Komuniti Ledang telah mengadakan sesi perbincangan kolaborasi bersama Sekolah Menengah Persendirian Pei Hwa dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Pei Hwa bagi meneroka peluang kerjasama strategik dalam bidang pendidikan, pembangunan kemahiran serta pembelajaran sepanjang hayat.
Sesi perbincangan ini dihadiri oleh Encik Ang Chee Boon, Pengetua Sekolah Menengah Persendirian Pei Hwa dan Puan Tee Bee Yong, Pengetua SMJK Pei Hwa.
Perbincangan telah dipengerusikan oleh Tuan Pengarah, Encik Mohd Hoirie bin Abdul Manah, dan turut dihadiri oleh Encik Ridzuan bin Aris, Encik Shahiran bin Saad serta Pegawai Latihan Industri dan Alumni KK Ledang.
Antara perkara yang dibincangkan termasuk potensi pelaksanaan kursus pendek dan program pembelajaran sepanjang hayat, pendedahan kemahiran TVET kepada pelajar, peluang kolaborasi dalam penganjuran program serta aktiviti pembangunan pelajar, di samping penerokaan peluang jaringan industri, latihan, keusahawanan dan kerjaya.
Kerjasama ini diharap dapat membuka ruang kepada perkongsian kepakaran dan sumber antara kedua-dua institusi, sekali gus memberi peluang kepada pelajar mendapatkan pendedahan yang lebih luas terhadap pendidikan dan kemahiran TVET yang relevan dengan keperluan semasa.
KK Ledang komited untuk terus memperkukuh jaringan strategik bersama institusi pendidikan setempat dalam usaha memperluas akses kepada pendidikan teknikal dan kemahiran serta membina laluan pendidikan dan kerjaya yang lebih berdaya saing untuk generasi muda.