Pengajian Kitab Kuning

Pengajian Kitab Kuning

Share

Pengajian Ilmu Yang Berteraskan Kitab Muktabar Ulama Ahlussunnah Wal Jamaah Tangkak/Muar sedikit lembaran dan ilmu dari kitab kitab kuning

06/06/2026
04/06/2026

KAKI TERBUKA KETIKA SOLAT

SOALAN :

Ketika dalam solat apakah hukumnya jika ketika seorang perempuan itu sujud atau duduk tahyat terbuka bahagian tumit atau jari kakinya?

JAWAPAN :

Bermula aurat Wanita di dalam sembahyang ialah sekelian badannya melainkan muka dan dua pergelangan tangannya.

Jika terbuka selain dari muka dan dua pergelangan tangannya seperti terbuka bahagian tumitnya atau betisnya atau lengannya atau jari kakinya maka solatnya tidak sah samada solat yang fardu atau solat yang sunat.

Diriwayatkan dari Ummu Salamah r.a. :

أنّه قد سألت أم سلمة النّبيَ صلى الله عليه وسلم: أتصلي المرأة في درع وخمار وليس عليها إزار؟ فقال النّبي صلّى الله عليه وسلّم: إذا كان الدرع سابغاً يغطي ظهور قدميها

Artinya : “Sungguhnya telah bertanya oleh Ummu Salamah akan Nabi sollallahu alaihi wasallam : Adakah boleh orang perempuan solat dengan baju dan tudung dan tiada berkain sarung? Maka jawab Nabi sollallahu alaihi wasallam : Boleh jika bajunya labuh sampai menutup bawah dua tumitnya.” (Hadith riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi)

Tersebut pada kitab Fatawa As-Syar'iyah :

يجب على المرأة أن تستر في صلاتها جميع بدنها إلا وجهها وكفيها، سواءً أكانت الصّلاة نفلاً أم مفروضة ، وهذا قول جمهور أهل العلم .

Artinya : “Wajib atas perempuan itu bahawa menutup di dalam solatnya akan sekelian badannya melainkan mukanya dan dua pergelangan tangannya samada pada solat yang sunat atau fardu. Inilah pendapat jumhur ulamak.”

Kesimp**an

Menutup aurat adalah syarat sah solat.
Oleh itu jika tidak menutup aurat sepenuhnya maka solat tidak sah.
Begitu juga dengan seorang perempuan yang solat yang pada awalnya ditutup sekelian auratnya tetapi ketika sujud atau duduk membaca tahyat auratnya terbuka maka solatnya batal melainkan apabila baru sahaja terbuka lalu dia tutup dengan segera maka dimaafkan tiada batal solatnya. Jika dilambatkan tutup maka tidak dimaafkan lagi yaitu batal solatnya.

wallahua’lam
ustaz azhar idrus

04/06/2026

🎥 ULANG SIAR

MAULID AKBAR RIBAT BA'ALAWI

[ TEKAL BERSELAWAT ]

Bertempat di Ribat Ba'alawi,
Kampung Tekal,
Temerloh, Pahang.

Istimewa bersama Fadhilatul Habib Umar Bin Muhammad Bin Salim Bin Hafidz.

Rabu 15/10/25.

04/06/2026

Bahaya Wahabi

Oleh Roslan Ibrahim dan Mohd Fadly Samsudin [email protected]

GERAKAN Wahabi diasaskan Imam Muhamad bin Abdul Wahhab At-Tamimi (1703-1791). Beliau muncul ketika pengaruh mazhab Hambali sedang merosot dan umat Islam ketika itu melakukan pencemaran akidah seperti khurafat dan bidaah.

Perkembangan fahaman berkenaan di Malaysia kebanyakan dibawa pelajar yang pernah menuntut ilmu agama di negara Arab yang terpengaruh dengan ajaran itu.

Kehadiran golongan itu di sini dapat dirasakan berikutan ada pengikutnya berani mencerca ulama ahlu Sunnah Wal-Jamaah termasuk amalan sunat yang terdapat dalam ajaran Islam seperti doa qunut dan berzikir selepas solat.

Aliran Wahabi ibarat api dalam sekam dan boleh mengancam negara dan menyebabkan umat Islam bergaduh sesama sendiri jika tidak dibendung pihak berkuasa agama di Malaysia.

Mereka juga seperti musuh dalam selimut kerana sukar untuk mengenal pasti golongan ini apatah lagi mereka turut hadir dalam majlis agama, bersolat di masjid atau surau dan tidak mengaku diri mereka pengikut ajaran Wahabi.

Bagaimanapun, secara halus mereka menyusup dalam kelompok masyarakat Islam di negara ini dengan menghina mazhab Ahlu Sunnah Wal-Jamaah yang menjadi rujukan umat Islam dengan membawa Islam mudah sehingga masyarakat keliru.

Mazhab Ahlu-Sunnah dalam syariat beragama sangat penting bukan saja kepada umat Islam sendiri, malah seluruh masyarakat.

Fahaman Wahabi turut menolak ijmak dan qias. Ijmak ialah persepakatan dalam hukum syarak di kalangan umat Islam dari satu zaman ke satu zaman selepas Nabi Muhamad s.a.w wafat.

Ini jelas dibuktikan dengan firman Allah s.a.w yang bermaksud: "Dan sesiapa yang menentang (ajaran) Rasulullah sesudah terang nyata kepadanya kebenaran petunjuk (yang dibawanya) dan ia p**a mengikut jalan yang lain dari jalan orang-orang yang beriman. Kami akan memberikannya kuasa untuk melakukan (kesesatan) yang dipilihnya, dan (pada hari akhirat kelak) Kami akan memasukkannya ke dalam neraka jahanam dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali." (Surah an-Nisaa', ayat 115).

Jadi, wajib kita mengikut apa yang diputuskan ijmak kerana ia senarai yang ketiga terpenting daripada sumber perundangan Islam.

Menurut Ahli Jawatankuasa Pemantauan Akidah dan Pentauliahan Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Ustaz Mahfuz Mohamad, fahaman Wahabi bertapak di negara ini sejak awal tahun 1900 apabila Sheikh Abdul Hadi membuka sekolah agama di Melaka.

"Bagaimanapun, sekolah itu tidak mendapat sambutan dan beliau berpindah ke Pulau Pinang. Melalui sekolah itu lahir tokoh fahaman Wahabi iaitu Sheikh Abu Bakar al-Ashaari.

"Selepas menamatkan pengajian di sekolah terbabit pada tahun 1925 beliau menyambung pengajiannya di Mesir dan p**ang ke negara ini pada tahun 1932.

"Beliau menyebar fahaman Wahabi di Pulau Pinang, tetapi mendapat tentangan hebat ramai tokoh ulama ahlu Sunnah, antaranya Sheikh Abdullah Fahim.

"Beliau lari ke Kedah dan kemudian menetap di Perlis bagi menyebarkan fahaman Wahabi," katanya.

Mahfuz berkata, ketika itu ia dinamakan fahaman muda atau mudah kerana mereka selalu bermudah-mudahan.

Ini dicatatkan di dalam Kitab Senjata Syariat yang diterbitkan pada tahun 1953 khas bagi menjawab gerakan Wahabi oleh tiga tokoh ulama besar ketika itu: Sheikh Abdullah Fahim, Haji Ahmad Tun Hussein Pokok Sena dan Sheikh Abdul Rahman Abdullah Merbok.

Abu Bakar as-Ashaari pernah menerbitkan buku bertajuk Ibadah Rasulullah s.a.w yang menimbulkan keraguan kerana 'menjelmakan' petua menghalalkan memakan biawak, ular, labi-labi dan penyu.

"Di dalam buku itu, Abu Bakar as-Ashaari mencaci amalan bermazhab yang dikatakan haram dan bidaah dalal.

"Ulama ketika itu sudah memberi amaran bahawa gerakan Wahabi sudah menyusup dalam masyarakat dan perlu membendung segera," katanya.

Hasil ketegasan ulama sebelum ini, fahaman Wahabi kian menyepi, tetapi kini muncul kembali berikutan banyak kelonggaran yang diberikan kepada sesiapa sahaja atas 'tiket' menyebarkan Islam.

"Golongan Wahabi tidak berpegang kepada mana-mana mazhab kononnya hanya berpegang kepada al-Quran dan hadis.

"Tetapi, sejarah membuktikan ramai tokoh tersohor Islam seperti Imam Nawawi, Imam al-Ghazali, Termidzi, Bukhari dan Muslim berpegang kepada mazhab yang empat itu," katanya.

Katanya, tuduhan Wahabi terhadap beberapa amalan yang sudah menjadi kebiasaan masyarakat Islam di Malaysia seperti doa qunut, membaca al-Quran di atas kubur dan wirid selepas solat membuatkan umat keliru.

Merujuk kepada buku Makna Sebenar Bid'ah : Satu Penjelasan Rapi yang dikarang oleh Abdullah al-Siddiq al-Ghumari yang turut disemak oleh M***i Negeri Sembilan Datuk Mohd Murtadza Ahmad, Bekas M***i Wilayah Persekutuan, Datuk Md Hashim Yahya serta Yang di Pertua Persatuan Ulama Malaysia, Saleh Ahmad menyebutkan ulama bersepakat mengenai pembahagian bid'ah antara yang terpuji dan tercela. Orang pertama yang mengatakan demikian ialah Umar r.a.

Ulama juga bersepakat bahawa sabda Rasulullah s.a.w yang menyebutkan: "Setiap yang bid'ah itu sesat" adalah hadis umum yang perlu dikhususkan.

Imam al-Syafie berkata: "Setiap yang mempunyai sandarannya dari sudut syarak, bukannya bid'ah sekalipun tidak diamalkan oleh generasi salaf. Mereka meninggalkan perkara itu mungkin kerana keuzuran."

Al-Imam Ibn Lub dalam menyangkal pendapat golongan yang tidak menyenangi amalan berdoa selepas sembahyang mengatakan perkara berkenaan tidak diamalkan generasi salaf.

Namun, tidak mungkin mengatakan hukumnya haram atau makruh kerana perkara yang dilakukan itu mempunyai asas dalam syarak.

Mengenai amalan membaca wirid beramai-ramai selepas sembahyang. Memang ia tidak pernah berlaku pada zaman Nabi s.a.w, tetapi tidak haram. Sesiapa yang mendakwa amalan ini diharamkan bererti dia melakukan pembohongan atas nama Allah s.w.t.

Pengharaman amalan itu tidak disebut dalam al-Quran dan al-Sunnah.

Hadis Muslim yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah menyebutkan sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Tidaklah berkumpul satu kaum di dalam rumah Allah sambil membaca al-Quran dan mengulangkaji antara sesama mereka melainkan turunlah kepada mereka ketenangan, dan mereka diliputi oleh rahmat dan dinaungi oleh malaikat, dan Allah menyebut perihal mereka kepada makhluk yang di sisiNya."

Hadis ini memberikan kefahaman bahawa membaca al-Quran secara beramai-ramai di dalam masjid adalah disyariatkan.

Dalam Sahih Muslim terdapat juga hadis yang diriwayatkan daripada Abu Musa al-Asya'ari daripada nabi s.a.w yang bersabda yang maksudnya: "Selalulah membaca al-Quran, demi Dia Yang jiwa Muhammad berada di tangan-Nya, al-Quran itu lebih mudah terlepas (hilang) daripada unta yang diikat." (Muslim. Kitab Salah al-Musafirin (231/791).

Kesimp**annya, dari segi tauhid, fahaman Wahabi bukan ajaran baru atau termasuk antara 73 cabang ajaran sesat, cuma ia boleh menimbulkan suasana tegang dalam masyarakat Islam kerana pendekatan yang diambil terlalu mudah tetapi bahaya.

INFO

Amalan dalam fahaman Wahabi antaranya:

Dalam mempelajari ilmu Usuludin hendaklah berpegang kepada fahaman yang diasaskan Ibnu Taimiyyah

Di dalam amalan fiqh p**a tidak berpegang kepada mana-mana mazhab, malah boleh berpegang antara satu sama lain (Talfiq)

Berpegang kepada sumber al-Quran dan hadis sahih sahaja tanpa berpegang kepada Ijmak dan Qias

Melarang keras umat Islam berdoa melalui tawassul (perantaraan)

Melarang ziarah kubur walaupun makam Rasulullah s.a.w

Melarang membaca qasidah dan berzanji yang memuji Rasulullah s.a.w. tahlil dan seumpamanya

Melarang umat Islam mengadakan sambutan hari kebesaran Islam seperti Maulid Nabi, Israk Mikraj dan lain-lain

Melarang umat Islam belajar sifat 20 dan seumpamanya

Fahaman Asa'ari iaitu fahaman Ahlu Sunnah Wal-Jamaah dibuang jauh-jauh

Imam dilarang membaca Bismillah pada permulaan Fatihah

Tidak boleh membaca wirid-wirid yang memuji Rasulullah s.a.w

Tidak boleh melagu-lagukan lafaz al-Quran dan laungan azan, tetapi boleh baca dengan lurus sahaja

Mengadakan majlis zikir secara berjemaah dilarang

Amalan tariqat dilarang sama sekali

Amalan berwirid selepas solat berjemaah dilarang keras

04/06/2026

WANITA YANG DIKIRIMI SALAM DARI LANGIT UNTAIAN FAKTA MENARIK DAN INSPIRATIF TENTANG SAYYIDAH KHADIJAH

Dulu rumahnya semerbak gaharu dan gudangnya penuh sutra, emas dan aneka barang berharga. Pada akhir hayatnya, ia menahan lapar dengan perut diganjal batu.

Namun justru perempuan inilah yang dikirimi salam langsung dari langit sebuah kehormatan yang tidak pernah diberikan kepada siapa pun sebelum dan sesudahnya.

*SALAM DARI LANGIT*

Suatu hari, Malaikat Jibril datang menemui Rasulullah ﷺ. Jibril mengabarkan bahwa Khadijah sedang menuju ke rumah, membawa sebuah wadah berisi makanan dan minuman untuk beliau.

Lalu, Malaikat Jibril menyampaikan pesan yang menggetarkan: agar Nabi ﷺ menyampaikan salam kepada Khadijah dari Rabb-nya dan dari Jibril sendiri.

Malaikat berjuluk Ruhul Amin ini mengabarkan p**a tentang sebuah rumah di surga yang terbuat dari mutiara—rumah yang tenang, tanpa kebisingan dan tanpa keletihan (HR Al-Bukhari Muslim).

Di sini kita bisa merenungkan! Bukan Khadijah binti Khuwailid yang mengirim salam ke langit, melainkan langit yang mengirim salam kepadanya.

Uniknya lagi, kabar gembira itu datang bukan saat ia berada di puncak kejayaan dunianya, melainkan ketika dirinya tengah jatuh bangun membela Islam dengan seluruh daya dan harta yang ia miliki.

Mengapa kehormatan sebesar itu diberikan kepada seorang Khadijah? Imam Ibnu Katsir menuliskan bahwa:

* Khadijah memperoleh kedudukan istimewa tersebut karena dialah orang pertama yang beriman.

* Sepanjang hidupnya, ia tidak pernah merepotkan Nabi ﷺ dan tidak pernah meninggikan suaranya di atas suara beliau.

Inilah hakikatnya: rumah di surga itu adalah "hadiah" dari Allah ﷻ atas keimanan yang teguh, kesetiaan yang tulus, dan pengorbanan yang tidak terhingga.

Lalu siapakah sesungguhnya sosok perempuan nan mulia ini? Mari kita kenali sosoknya lebih dekat agar kita lebih kenal.

*01 – Bernasab Mulia dari Suku Quraisy*

Namanya Khadijah binti Khuwailid bin Asad bin Abdul Uzza bin Qushay. Garis keturunannya bertemu dengan nasab Rasulullah ﷺ pada Qushay bin Kilab, leluhur besar suku Quraisy.

Ia lahir dari keluarga bangsawan terhormat di Mekkah, mewarisi kemuliaan nasab sekaligus kehormatan keluarga.

*02 – Pernah Menikah Dua Kali Sebelumnya*

Sebelum menikah dengan Rasulullah ﷺ, Khadijah telah menjalani dua kali pernikahan. Yang pertama dengan Abu Halah An-Nabasy, dan yang kedua dengan Atiq bin Aidz Al-Makhzumi.

Dari keduanya, ia dikaruniai tiga orang anak. Pengalaman hidup sebagai janda terhormat justru menempa kematangan dan kebijaksanaannya.

*03 – Saudagar Terkaya di Mekkah*

Kafilah dagang Khadijah berjumlah ribuan unta. Kafilah ini mengangkut komoditas bernilai tinggi sutra, minyak wangi, dan rempah menjangkau pasar-pasar di Syam, Yaman, bahkan sampai ke Persia dan India.

Bahkan, Khadijah pun mempekerjakan pegawai dari berbagai bangsa: orang Romawi, Ghassan, Persia, hingga ibukota kekaisaran Persia.

Skala bisnisnya begitu besar sehingga ia disebut menguasai sekitar separuh dari seluruh kafilah dagang yang berasal dari Quraisy. Tidak heran apabila ia dijuluki "Ratu Quraisy".

*04 – Dijuluki "Yang Suci" di Tengah Kota yang Rusak*

Di kota Mekkah yang dipenuhi judi, mabuk, dan penipuan dagang, masyarakat menjulukinya Ath-Thahirah, "Yang Suci".

Gelar itu disematkan karena Khadijah sangat ketat menjaga kehormatan dirinya. Namanya menjadi jaminan; siapa pun yang berdagang dengannya tidak perlu meragukan timbangannya.

*05 – Memilih Karakter, Bukan Sekadar Harta*

Inilah kecerdasan bisnisnya yang sering terlewat. Khadijah mempekerjakan para manajer yang berintegritas untuk ekspedisinya dengan sistem bagi hasil.

Itulah mengapa, ketika ia mendengar tentang pemuda bergelar Al-Amîn (yang tepercaya) bernama Muhammad bin Abdullah, ia mengutusnya berdagang ke Syam.

*06 – Menikah dalam Perbedaan Usia yang Mencolok*

Menurut sebagian ulama, Khadijah menikah dengan Rasulullah ﷺ saat berusia 40 tahun, sementara Muhammad ﷺ berusia 25 tahun.

Perlu dicatat, menurut riwayat Ibnu Hisyam, beliau melamar dengan mahar dua puluh ekor unta betina muda. Jumlah ini sangat besar dan bernilai pasa masanya.

Riwayat lain menyebut mahar beliau adalah 12,5 uqiyah emas. Ini artinya, beliau adalah sosok yang punya izzah kuat dan bukan penumpang harta istri.

*07 – Ibunda Putra-Putri Nabi ﷺ*

Dari pernikahan ini, Khadijah dikaruniai enam anak: dua putra, Qasim dan Abdullah; serta empat putri, Zainab, Ruqayyah, Ummu Kultsum, dan Fatimah Az-Zahra.

Kedua putranya wafat saat masih kecil, sementara keempat putrinya tumbuh dewasa. Khadijah adalah ibu dari seluruh anak Nabi ﷺ kecuali Ibrahim yang lahir dari Mariyah Al-Qibthiyah.

*08 – Orang Pertama yang Beriman*

Ketika wahyu pertama turun dan Nabi ﷺ gemetar ketakutan, Khadijah-lah yang menenangkan dan meyakinkan beliau.

Ibnu Katsir menegaskan bahwa Khadijah adalah orang pertama yang beriman. Bahkan, ia rela mengorbankan diri, seluruh harta, dan kesenangan dunianya di jalan Allah ﷻ.

*09 – Wafat sebagai Pendukung Utama Dakwah*

Khadijah wafat di Mekkah pada usia 65 tahun, bertepatan dengan tahun ke-9 masa kenabian, dan dimakamkan di pekuburan Ma'la, Mekkah.

Ia pergi setelah masa boikot yang melelahkan, dalam keadaan nyaris tak meninggalkan warisan duniawi sebab seluruh hartanya telah ia curahkan untuk membela dakwah suaminya.

*MAKA PANTAS, ALLAH TA'ALA MENITIPKAN SALAM KEPADANYA*

Kini kita mengerti mengapa salam dari langit itu pantas menjadi miliknya. Khadijah tahu cara menghasilkan kekayaan lebih baik daripada siapa pun di zamannya.

Akan tetapi, ia jauh lebih paham bahwa harta hanyalah alat dan ia menggunakannya untuk membeli sesuatu yang tidak ternilai. Apakah itu?

Itulah keridhaan Allah Azza wa Jalla dan rumah di surga yang tenang, tanpa kebisingan dan tanpa keletihan.

📚 … Disarikan dari *Al-Bidayah wan Nihayah* (Ibnu Katsir), *Zadul Ma'ad* (Ibnul Qayyim), *Madarijus Su'ud* (Syeikh Nawawi Al-Bantani), *As-Sirah An-Nabawiyah* (Ibnu Hisyam), Ummul Mu'minin *Khadijah binti Khuwailid* (Ibrahim Hasan Al-Jamal), dan lainnya.

04/06/2026

🎥 ULANG SIAR

Bersama Syeikh Toha Al Hamadi

📚 Pengajian Kitab Mingguan.
Kitab Husnul Wafa.

كتاب حسن الوفا بالتنبيه على بعض حقوق المصطفى

فإن قيل : فإذا ثبت عصمة الأنبياء في جميع الحالات، فما معنى استغفار هم وبكائهم ؟

🗓 Hari: Ahad 10/5/26
🕘 Masa: 8.45 pagi – 9.45 pagi
📍 Tempat: Surau Kg Gubah, Nyalas

Want your school to be the top-listed School/college in Tangkak?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Address


Jalan Bukit Kontang
Tangkak
84900