01/05/2026
Selamat Hari Pekerja
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from SK Puteri Ledang, Tangkak, School, Batu 27 Jalan Segamat, Tangkak.
01/05/2026
Selamat Hari Pekerja
29/03/2026
Selamat Kembali Ke Sekolah semua anak murid SK Puteri Ledang.
Warga SK Puteri Ledang mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI 1447H / 2026
Semoga segala amalan kita diterima ALLAH SWT.
Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak 1447H
15/02/2026
Makluman:
Cuti Tahun Baru Cina Dan Awal Ramadhan.
Sekolah akan beroperasi semula pada 23.02.2026.
MAJLIS PENUTUP PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 2026
Terima kasih kepada PPS Sarjan Ziwati binti Sukijo kerana merasmikan program.
27/11/2025
27/11/2025
Dalam kemeriahan Sambutan Hari Kanak-kanak pada tahun ini, pihak sekolah amat bertuah mengalu-alukan kedatangan Tn. Hj. Mohd Hanafi bin Samad, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Johor.
Terima kasih atas kunjungan dan semoga kunjungan ini mengeratkan lagi hubungan para pelajar dan guru-guru bersama pihak tuan demi kecemerlangan dan kemenjadian murid.
27/11/2025
Bertemakan "santai & kasual", Sambutan Hari Kanak-kanak telah berjaya diadakan di SK Puteri Ledang pada 27 November 2025.
Anak-anak begitu teruja untuk bergaya secara santai & kasual dengan cara yang tersendiri. Terima kasih kepada ibu bapa yang menyumbang pelbagai jenis makanan untuk dinikmati bersama!
23/10/2025
Majlis Menandatangani Nota Kerjasama (NoC) antara Kolej Komuniti Ledang dan Sekolah Kebangsaan Puteri Ledang (SKPL) serta menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Sekolah Kebangsaan Puteri Ledang, Kolej Komuniti Ledang, PIBG SK Puteri Ledang dan Syarikat Solves Italia.
Objektif NoC dan MoU ini ditandatangani adalah:
- Membentuk jaringan kerjasama strategik dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan dan kemenjadian murid.
- Memanfaatkan kepakaran Kolej Komuniti Ledang sebagai rakan kolaboratif.
- Menyediakan platform pembelajaran berasaskan experiential learning melalui penerokaan dalam bidang TVET, STEM dan literasi digital.
- Meningkatkan kompetensi profesional guru.
- Melaksanakan program berimpak tinggi yang memberi manfaat kepada pembangunan modal insan dan pembudayaan ilmu
- Memperkasa ekosistem pembelajaran aktif dan berkesan di sekolah sejajar dengan hasrat pendidikan abad ke-21.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat.