15/05/2026
๐น SELAMAT HARI GURU 2026 ๐น
โGuru Bitara Nadi Negaraโ
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga pendidik atas segala pengorbanan, keikhlasan serta jasa dalam mendidik anak bangsa tanpa mengenal erti lelah.
Semoga semua guru terus diberikan kesihatan, kekuatan dan keberkatan dalam menyampaikan ilmu serta membentuk generasi yang berakhlak mulia dan berjaya dunia akhirat. ๐คฒ๐ปโจ
Ikhlas daripada
Warga Sekolah Agama Sungai Edros ๐
08/05/2026
๐ธ JEMPUTAN MESYUARAT AGUNG BKS & MAJLIS APRESIASI KECEMERLANGAN 2025 ๐ธ
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Dengan segala hormatnya, semua ibu bapa/penjaga murid dijemput hadir ke:
๐ซ Mesyuarat Agung BKS & Majlis Apresiasi Kecemerlangan Tahun 2025
๐
Hari : Sabtu
๐๏ธ Tarikh : 9 Mei 2026
โฐ Masa : 7.30 pagi (Pendaftaran)
๐ Tempat : Dewan Utama SASE
๐ค Dirasmikan oleh:
Encik Ridhwan bin Mohd Yunus
Penghulu Mukim Serom
๐ Pelbagai cabutan bertuah menarik menanti anda!
โจ Kehadiran dan sokongan semua ibu bapa amat dihargai bagi memeriahkan serta menjayakan majlis ini.
โBersama Kita Maju, Anak Cemerlang, Sekolah Gemilang.โ
06/05/2026
Mohon perhatian&kerjasama semua pihak,isu kemalangan ini bersama kita cegah.jangan leka dan alpa serta sentiasalah berdoa agar anak-anak kita dipelihara๐คฒ
26/04/2026
โจ JOM BERINFAQ! โจ
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Pihak Sekolah Agama Sungai Edros dengan sukacitanya melancarkan Kempen Jom Berinfaq bagi mengajak seluruh ibu bapa, penjaga, alumni dan masyarakat untuk bersama-sama menyumbang ke arah pembangunan prasarana sekolah.
๐ Setiap sumbangan anda bukan sekadar membantu menambah baik kemudahan, bahkan menjadi saham akhirat yang berterusan.
๐ Sedikit atau banyak, semuanya amat bermakna dalam usaha kita membina persekitaran pembelajaran yang lebih selesa dan kondusif untuk anak-anak kita.
Firman Allah SWT:
"Perumpamaan orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah adalah seperti sebiji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai; pada tiap-tiap tangkai seratus biji..." (Al-Baqarah: 261)
๐ Ayuh, kita rebut peluang ini!
๐ Bersama menyokong, bersama membina generasi soleh.
Semoga setiap infaq yang disumbangkan menjadi pahala berterusan dan mendapat keberkatan daripada Allah SWT.
๐คฒ Jazakumullahu khairan kathiran atas sokongan dan keprihatinan anda.
17/04/2026
https://www.facebook.com/share/1AirELgVBV/
๐ ๐๐๐๐จ๐ ๐๐ก ๐ฃ๐๐ก๐ง๐๐ก๐ ๐๐จ๐๐ง ๐๐๐จ ๐๐๐ฃ๐ ๐๐ ๐ก๐๐๐๐ฅ๐ ๐๐ข๐๐ข๐ฅ
๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐บ๐ผ๐ต๐ผ๐ป๐ฎ๐ป ๐ธ๐ฒ๐บ๐ฎ๐๐๐ธ๐ฎ๐ป ๐ ๐๐ฟ๐ถ๐ฑ ๐๐ฎ๐ฟ๐ท๐ฎ๐ต ๐ฆ๐ฎ๐๐ & ๐ง๐ฎ๐ฑ๐ถ๐ธ๐ฎ ๐๐ด๐ฎ๐บ๐ฎ ๐๐ผ๐ต๐ผ๐ฟ (๐ง๐๐) ๐ฏ๐ฎ๐ด๐ถ ๐๐ฒ๐๐ถ ๐ฝ๐ฒ๐ฟ๐๐ฒ๐ธ๐ผ๐น๐ฎ๐ต๐ฎ๐ป ๐ง๐ฎ๐ต๐๐ป ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ณ ๐ธ๐ถ๐ป๐ถ ๐ฑ๐ถ๐ฏ๐๐ธ๐ฎ!
๐๏ธ Tarikh Permohonan: ๐ 01 Mei 2026 hingga 31 Julai 2026
๐ Kelayakan Umur Murid: (Kohort)
โ
Darjah Satu: Kanak-kanak warganegara Malaysia berumur 7 Tahun (6+)
(Lahir: 02 Januari 2020 โ 01 Januari 2021)
โ
Tadika Agama Johor (TAJ): Kanak-kanak warganegara Malaysia berumur 6 Tahun (5+)
(Lahir: 02 Januari 2021 โ 01 Januari 2022)
๐ Cara Memohon:
๐๐จ๐ซ๐๐ง๐ ๐ฉ๐๐ซ๐ฆ๐จ๐ก๐จ๐ง๐๐ง ๐๐จ๐ฅ๐๐ก ๐๐ข๐๐๐ฉ๐๐ญ๐ข ๐๐ข ๐๐๐ค๐จ๐ฅ๐๐ก-๐๐๐ค๐จ๐ฅ๐๐ก ๐๐ ๐๐ฆ๐ ๐๐๐ซ๐๐ฃ๐๐๐ง ๐๐จ๐ก๐จ๐ซ ๐๐๐ซ๐ก๐๐ฆ๐ฉ๐ข๐ซ๐๐ง
๐ก Jangan lepaskan peluang untuk memberikan pendidikan agama terbaik buat anak-anak anda ๐
๐ฒ Sebarang pertanyaan, boleh hubungi sekolah agama berdekatan atau pihak berkenaan.
๐ Kongsikan makluman ini kepada rakan & keluarga supaya lebih ramai mendapat manfaat!
19/03/2026
*MEMO MAKLUMAN CUTI & HARI RAYA*
Dimaklumkan bahawa cuti pertengahan penggal sempena Hari Raya Aidilfitri adalah pada 18 Mac hingga 29 Mac 2026.
Sekolah akan bermula semula pada 30 Mac 2026 dan semua murid diminta hadir seperti biasa.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin
Daripada Sekolah Agama Sungai Edros
17/03/2026
โจ Majlis Khatam Al-Quran, Sumbangan Tautan Kasih & Penyerahan Bubur Lambuk โจ
๐ Sekolah Agama Sungai Edros
๐
16 Mac 2026 (Isnin)
๐ค Dirasmikan oleh: Ustazah Siti Salwa binti Othman (Guru Besar)
Alhamdulillah, majlis telah berlangsung dengan penuh keberkatan dan suasana yang harmoni. Seramai 41 penerima telah menerima sumbangan dalam program Tautan Kasih ini.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada para penyumbang yang telah bersama-sama menjayakan program ini. Tidak dilupakan juga kepada barisan guru dan staf atas komitmen serta kerjasama yang diberikan.
Semoga segala usaha ini menjadi asbab kebaikan dan keberkatan buat kita semua. ๐คฒโจ
06/03/2026
๐ JOM REBUT PAHALA RAMADAN ๐
Sekolah Agama Sungai Edros sedang mengadakan Sumbangan Bakul Ramadan, Bubur Lambuk & Majlis Khatam Al-Quran sempena Program Ihyaโ Ramadan 2026.
Marilah kita sama-sama berkongsi rezeki membantu menyediakan: ๐ Bakul makanan Ramadan
๐ฅฃ Bubur Lambuk untuk pelajar.
๐ Program Khatam Al-Quran.
Setiap sumbangan tuan/puan amat bermakna dan insyaAllah menjadi amal jariah yang berpanjangan.
๐ณ Sumbangan boleh disalurkan ke:
Bank Islam
01023010068357
(Bendahari Badan Kebajikan Sekolah Agama Sungai Edros)
๐
Tarikh akhir kutipan: 16 Mac 2026
Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
๐ Ustaz Muzakkir
011-6992 0567
Semoga setiap sumbangan tuan/puan digandakan pahala oleh Allah SWT. ๐คฒ
Mohon bantu share supaya lebih ramai dapat menyumbang.
16/02/2026
๐ข PENGUMUMAN KEPUTUSAN UPKK 2025
Sekolah Agama Sungai Edros
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Dimaklumkan kepada semua ibu bapa/penjaga dan murid bahawa Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) Tahun 2025 akan diumumkan seperti berikut:
๐ 25 Februari 2026 (Rabu)
๐ Jam 10.00 pagi
Semakan keputusan secara dalam talian boleh dibuat bermula:
๐ Jam 12.00 tengah hari
๐ https://semakan.islam.gov.my/๏ฟฝ
(Menggunakan No. MyKid / No. Kad Pengenalan Khas dan No. Angka Giliran)
๐ Slip keputusan boleh diperoleh di sekolah masing-masing bermula:
๐ 26 Februari 2026 (Khamis)
(Tertakluk kepada ketetapan masa pihak sekolah)
๐คฒ Semoga Allah SWT mengurniakan kejayaan yang cemerlang kepada semua calon UPKK serta memberkati segala usaha guru-guru dan ibu bapa dalam mendidik anak-anak.
Apa jua keputusan yang diperoleh, semoga ia menjadi asbab untuk terus memperbaiki diri dan melangkah lebih jauh dalam menuntut ilmu.
Sekian, terima kasih.
Info rasmi:
https://www.facebook.com/share/p/17udwagMcK/
404 Not Found