18/07/2026
πππ£π π§ππ‘πππ¨ ππ π£π¨ππ‘ π£ππππ‘π πππππ₯ π¨πππ£ππ‘ π§πππ‘πππ πππ£πππ π₯ππππ¦π π¦πππ πͺπππππ π‘ππππ₯π ππ π£π₯π’ππ₯ππ πππ£ππ π£ππ‘ππ‘ ππ ππππ‘π
KUANTAN, 18 Julai 2026 β Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang selaku Penaung dan Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Pahang menzahirkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Raeesa Shea Amerlly Binti Saiful Amri atas kejayaan terpilih mewakili Malaysia ke Program Kepimpinan Huduma Kwa Ulimwengu β Duta Global yang akan berlangsung di Kusafiri, Accra, Ghana dari 18 hingga 31 Julai 2026.
Raeesa Shea Amerlly, yang merupakan Ahli Pandu Puteri Remaja dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ahmad, Cameron Highlands, dipilih menyertai program berprestij berkenaan hasil kecemerlangan dan potensi kepimpinan yang ditunjukkan dalam Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
Kebawah Duli Paduka Baginda menzahirkan rasa bangga atas pencapaian tersebut yang bukan sahaja mengharumkan nama Negeri Pahang, malah membuktikan kemampuan generasi muda negeri ini untuk bersaing dan menyerlah di peringkat antarabangsa.
Kebawah Duli Paduka Baginda berharap penyertaan Raeesa Shea Amerlly dalam program tersebut akan menjadi platform untuk menimba ilmu, memperkukuh jaringan persahabatan antarabangsa serta membawa pulang pengalaman berharga yang dapat dimanfaatkan demi pembangunan kepimpinan belia di negeri ini.
Paduka Baginda turut mendoakan agar Raeesa Shea Amerlly sentiasa dipermudahkan urusan, dikurniakan keselamatan sepanjang berada di Ghana dan terus melakar kejayaan sekali gus mengharumkan nama Pahang dan Malaysia di persada dunia. - KESULTANAN PAHANG
βββ-
HRH THE TENGKU AMPUAN OF PAHANG EXTENDS CONGRATULATIONS TO RAEESA SHEA ON REPRESENTING MALAYSIA AT LEADERSHIP PROGRAMME IN GHANA
KUANTAN, July 18, 2026 β Her Royal Highness the Tengku Ampuan of Pahang, as Patron and President of the Girl Guides Association Malaysia, Pahang Branch, has extended her heartfelt congratulations to Raeesa Shea Amerlly Binti Saiful Amri on her selection to represent Malaysia at the Huduma Kwa Ulimwengu β Global Ambassador Leadership Programme, which will be held in Kusafiri, Accra, Ghana, from 18 to 31 July 2026.
Raeesa Shea Amerlly, a Ranger Girl Guide from Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ahmad, Cameron Highlands, was selected to participate in the prestigious programme in recognition of her outstanding achievements and leadership potential demonstrated through the Girl Guides Association Malaysia.
Her Royal Highness expressed her pride in Raeesa's accomplishment, describing it as not only a proud moment for the State of Pahang but also a testament to the ability of the state's younger generation to compete and excel on the international stage.
Her Royal Highness expressed hope that Raeesa's participation in the programme would provide her with valuable opportunities to broaden her knowledge, strengthen international friendships and gain meaningful experience that would contribute to the development of youth leadership in Pahang.
Her Royal Highness also prayed for Raeesa's safety and well-being throughout her stay in Ghana, and wished her every success in bringing honour and distinction to both Pahang and Malaysia on the world stage. - KESULTANAN PAHANG