25/07/2026
π TAHNIAH DAN SYABAS! π²πΎπ
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada
TEO THAO XUAN atas kejayaan membanggakan apabila telah dinobatkan sebagai Johan Pertandingan Deklamasi Sajak Bahasa Cina Kategori Sekolah Menengah (Atas) Peringkat Kebangsaan 2026.
Kejayaan ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan bukan sahaja buat diri beliau, malah turut mengharumkan nama SMK Dato' Mahmud Paduka Raja 1, Daerah Tanah Merah dan Negeri Kelantan di persada kebangsaan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih turut dizahirkan kepada guru pembimbing, pihak sekolah, ibu bapa serta semua pihak yang sentiasa memberikan bimbingan, dorongan dan sokongan sehingga kejayaan ini dapat direalisasikan.
Semoga pencapaian cemerlang ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga SMKDMPR1 untuk terus berusaha, berani mencabar diri dan melakar lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.
ππ