SMK Tan Sri Mohamed Yaacob

SMK Tan Sri Mohamed Yaacob Sebuah sekolah menengah bantuan penuh kerajaan, dahulunya di kenali sebagai SMK Batu Gajah.

Telah kembali ke rahmatullah, Ustazah Siti Nor Binti Jusoh.Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman...
14/09/2022

Telah kembali ke rahmatullah, Ustazah Siti Nor Binti Jusoh.
Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Amin...

Kami warga SMK Tan Sri Mohamed Yaacob berbesar hati menerima kehadiran Encik Mohd Hassany Bin Hashim, Timbalan Pengarah ...
14/09/2022

Kami warga SMK Tan Sri Mohamed Yaacob berbesar hati menerima kehadiran Encik Mohd Hassany Bin Hashim, Timbalan Pengarah Pendidikan, Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan sempena sesi Pembentangan Projek Bijak Emcee Artikulasi Pembelajaran Bahasa Melayu Berasaskan Projek (PBMP) tahun 2022.

Sambutan Hari Koperasi Sekolah tahun 2022Dirasmikan oleh En Ameran Bin Adnan, Kaunselor Pendidikan PPDTM mewakili KPPDTM...
27/07/2022

Sambutan Hari Koperasi Sekolah tahun 2022

Dirasmikan oleh En Ameran Bin Adnan, Kaunselor Pendidikan PPDTM mewakili KPPDTM.

Sekalung ucapan terima kasih juga kepada Pejabat Kesihatan dan Balai Bomba dan Penyelamat Kemahang yang turut serta dalam program sambutan ini.

Perasmisan Gallery Walk PPKI,SMK Tan Sri Mohamed Yaacob.
24/07/2022

Perasmisan Gallery Walk PPKI,
SMK Tan Sri Mohamed Yaacob.

Majlis Tautan KasihMenyambut kedatangan Pengetua baru SMK Tan Sri Mohamed Yaacob, Encik Ahmad Nizan Bin Yahaya bersama r...
17/07/2022

Majlis Tautan Kasih

Menyambut kedatangan Pengetua baru SMK Tan Sri Mohamed Yaacob, Encik Ahmad Nizan Bin Yahaya bersama rombongan dari sekolah lama beliau, SMK Ipoh.

Mawar di taman mekar nan indah
Harum mewangi dirumpun serai
Terukir senyuman pembuka kalimah
Selamat datang tuan dirai.

Puisi dialun madah termetrai
Usik si dara dititip kalam
Datang bersambut tuan dirai
Warga SMKTSMY menguntum salam.

Pihak majlis serta seluruh warga SMK Tan Sri Mohamed Yaacob merasa berbesar hati, mengucapkan selamat datang serta mengalu-alukan kedatangan Tuan Pengetua dan semua tetamu yang hadir ibarat kecil telapak tangan, nyiru kami tadahkan.
Kami berharap dengan kehadiran Tuan ke sekolah ini akan dapat mentransfomasi budaya kerja ke arah yang lebih cemerlang.

Hari terakhir Tuan Haji Nasran Bin Mohamad sebagai Pengetua di SMKTSMY dan hari pertama sebagai Pengetua di SMK Dato' Ma...
17/07/2022

Hari terakhir Tuan Haji Nasran Bin Mohamad sebagai Pengetua di SMKTSMY dan hari pertama sebagai Pengetua di SMK Dato' Mahmud Paduka Raja 2.

Biar penat berdiri, jangan penat memberi.
Biar lelah terduduk, jangan lelah membentuk.
Biar penat bercakap, jangan penat berharap.

Banyak ilmu yang telah kami pelajari, doa terbaik dari kami mengiringi di tempat yang baru.

Telus kata buat anak dara
Pesan jua si bujang resah
Tidak kira siapa pun dia
Pasti ada jasa yang dicurah

Berdayung sampan ke Tanah Semenanjung
Hendak membeli tikarlah rotan
Budi dikenang bakti disanjung
Kekal subur dalam ingatan

Mempelas jua pilihan mandat
Ke hutan lipur semak melitup
Melafaz doa mohon hajat
Moga makbut berkat hidup

Dari Bintulu ke kota Kuching
Hendak membeli raga rotan
Perpindahan tuan doa diiring
Jemput singgah bila berkesempatan

Puan Seri Saloma seniwati agung
Tokoh anak seni Malaysia sejati
Jasa dan bakti kami sanjung
Sejambak budi setangkai hati

Masya Allah…Jangan sama sekali membuat fitnah. Kami sama sekali tidak akan menyuruh pelajar-pelajar kami berlari jam 2 p...
03/06/2022

Masya Allah…

Jangan sama sekali membuat fitnah. Kami sama sekali tidak akan menyuruh pelajar-pelajar kami berlari jam 2 petang.

Lainlah jika mereka sengaja melarikan diri dari kami kerana tak mahu meninba ilmu.

Selamat Hari Lahir Cikgu Aznisyam!
02/06/2022

Selamat Hari Lahir Cikgu Aznisyam!

02/06/2022

Pemenang keseluruhan Kejohanan Merentas Desa adalah...

Kejohanan Merentas DesaSMK Tan Sri Mohamed YaacobTahun 2022
02/06/2022

Kejohanan Merentas Desa
SMK Tan Sri Mohamed Yaacob
Tahun 2022

Persiapan terakhir trek larian merentas desa untuk esok oleh PK KO dan AJK.
01/06/2022

Persiapan terakhir trek larian merentas desa untuk esok oleh PK KO dan AJK.

Majlis Pelantikan Pengawas Pusat Sumber, Pengawas SPBT dan AJK Kelab, Persatuan dan Sukan Permainan.
01/06/2022

Majlis Pelantikan Pengawas Pusat Sumber, Pengawas SPBT dan AJK Kelab, Persatuan dan Sukan Permainan.

Address

KM21
Tanah Merah
17510

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6099581373

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK Tan Sri Mohamed Yaacob posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category