22/09/2026
21 September 2026 - Majlis kenduri kesyukuran kecil-kecilan buat guru & staf diadakan sempena pengoperasian semula makmal komputer sekolah selepas renovasi dan pembaikan kecil. Alhamdulillah, kini makmal komputer dapat dimanfaatkan oleh semua warga sekolah walaupun masih ada kekangan fasiliti kerana bangunan asal yang uzur. Terima kasih banyak buat semua yang terlibat atas jasa dan sumbangan menjadikan makmal komputer SK Gual Jedok kembali ceria.