SRITI Al-Furqan, Tanah Merah, Kelantan

SRITI Al-Furqan, Tanah Merah, Kelantan Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from SRITI Al-Furqan, Tanah Merah, Kelantan, Elementary School, PT 292, Tingkat 1, Jalan Klinik, Tanah Merah.

SRITI AL-FURQAN merupakan institusi pendidikan Islam peringkat rendah yang menyediakan pendidikan bersepadu menggabungkan tiga kurikulum utama iaitu Pra Tahfiz, Addiniah (KAFFAH) dan Akademik (KSSR). Penubuhan SRITI AL-FURQAN tidak bermatlamatkan keuntungan semata-mata, tetapi sebagai satu khidmat kepada masyarakat Islam bagi meneruskan agenda jihad di bidang pendidikan Islam bagi anak-anak Islam.

Yaum Riadhi 2026Alhamdulillah telah berlangsung acara tahunan SRITI Al Furqan, Tanah Merah iaitu Yaum Riadhi (Hari Sukan...
07/05/2026

Yaum Riadhi 2026

Alhamdulillah telah berlangsung acara tahunan SRITI Al Furqan, Tanah Merah iaitu Yaum Riadhi (Hari Sukan)

Alhamdulillah Yaum Riadhi tahun ini berjalan dengan penuh kemeriahan dan anak-anak SRITIAF menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi dalam setiap acara.

Sedikit lensa kemeriahan Yaum Riadhi yang sempat diambil pada tahun ini.

Assalamualaikum wbt๐ŸŒนJAWATAN KOSONG GURU๐ŸŒนKhusus bagi subjek :- Bahasa Inggeris + Diniah - Bahasa Melayu + DiniahKEMASUKAN...
05/05/2026

Assalamualaikum wbt

๐ŸŒนJAWATAN KOSONG GURU๐ŸŒน

Khusus bagi subjek :

- Bahasa Inggeris + Diniah
- Bahasa Melayu + Diniah

KEMASUKAN SEGERA !!

๐Ÿ“’Syarat dan Kriteria :
โœ๏ธ Islam.
โœ๏ธ Memiliki sijil diploma atau ijazah.
โœ๏ธ Mahir dalam pengajaran bahasa inggeris
โœ๏ธ Boleh membaca al Quran dan jawi dengan baik.
โœ๏ธ Memiliki pengalaman mengajar satu kelebihan.
โœ๏ธ Boleh bekerja dalam organisasi.

Tempoh Permohonan : 5 Mei 2026 - 14 Mei 2026

๐Ÿ’ฌ Cara Memohon
Emailkan dokumen anda ke
๐Ÿ“ง [email protected]
atau
Hubungi kami di talian
๐Ÿ“ž www.wasap.my/60189164800/JawatanKosongGuru

Sekian.

06/04/2026

Alhamdulillah, Syawal diraikan penuh ceria dan ukhuwah ๐ŸŒ™โœจ

Semoga sambutan ini menambah kasih sayang, mengeratkan silaturrahim dan mendidik hati untuk sentiasa bersyukur kepada Allah.

Selamat Hari Raya Aidilfitri | Maaf Zahir & Batin

Assalamualaikum wbt๐ŸŒนJAWATAN KOSONG GURU๐ŸŒนKhusus bagi subjek Bahasa Inggeris+ Diniah KEMASUKAN APRIL 2026KEMASUKAN SEGERA ...
08/03/2026

Assalamualaikum wbt

๐ŸŒนJAWATAN KOSONG GURU๐ŸŒน

Khusus bagi subjek Bahasa Inggeris+ Diniah

KEMASUKAN APRIL 2026
KEMASUKAN SEGERA !!

๐Ÿ“’Syarat dan Kriteria :
โœ๏ธ Islam.
โœ๏ธ Memiliki sijil diploma atau ijazah.
โœ๏ธ Mahir dalam pengajaran bahasa inggeris
โœ๏ธ Boleh membaca al Quran dan jawi dengan baik.
โœ๏ธ Memiliki pengalaman mengajar satu kelebihan.
โœ๏ธ Boleh bekerja dalam organisasi.

Tempoh Permohonan : 8 Mac 2026 - 16 Mac 2026

๐Ÿ’ฌ Cara Memohon
Emailkan dokumen anda ke
๐Ÿ“ง [email protected]
atau
Hubungi kami di talian
๐Ÿ“ž www.wasap.my/60189164800/JawatanKosongGuruApril2026

Sekian.

KEPUTUSAN UJIAN PENILAIAN KELAS KAFA (UPKK) 2025Alhamdulillah, tahniah diucapkan buat semua calon dan asatizah atas penc...
26/02/2026

KEPUTUSAN UJIAN PENILAIAN KELAS KAFA (UPKK) 2025

Alhamdulillah, tahniah diucapkan buat semua calon dan asatizah atas pencapaian cemerlang yang membanggakan.

Tahun ini SRITI Al Furqan, Tanah Merah berjaya meraih keputusan yang sangat membanggakan didalam UPKK apabila dinobatkan sebagai sekolah KAFA swasta terbaik UPKK Negeri Kelantan dengan memperoleh GPS 1.25.

Tahniah dan terima kasih juga tidak dilupakan buat semua yang terlibat dalam kejayaan ini dan khususnya buat ibubapa dan anak-anak calon UPKK 2025.

Semoga kecemerlangan ini memberi motivasi dan semangat bagi melakar kejayaan yang berterusan buat semua.

MAJLIS PERASMIAN IHYA' RAMADAN DAN TABUNG INFAQ RAMADAN 2026/1447HAlhamdulillah pada Ahad 22 Februari 2026, SRITI Al Fur...
24/02/2026

MAJLIS PERASMIAN IHYA' RAMADAN DAN TABUNG INFAQ RAMADAN 2026/1447H

Alhamdulillah pada Ahad 22 Februari 2026, SRITI Al Furqan telah mengadakan Majlis Perasmian program Ihya' Ramadan dan melancarkan Tabung Infaq Ramadan untuk tahun ini.

Beberapa keping gambar sempat diambil sepanjang Majlis berlangsung.

01 RAMADANุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุณูŽู„ูู‘ู…ู’ู†ููŠู’ ู„ูุฑูŽู…ูŽุถูŽุงู†ูŽ ูˆูŽุณูŽู„ูู‘ู…ู’ ุฑูŽู…ูŽุถูŽุงู†ูŽ ู„ููŠู’ ูˆูŽุชูŽุณูŽู„ูŽู‘ู…ู’ู‡ู ู…ูู†ูู‘ูŠู’ ู…ูุชูŽู‚ูŽุจูŽู‘ู„ู‹ุงMaksudnya: Ya Al...
19/02/2026

01 RAMADAN

ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุณูŽู„ูู‘ู…ู’ู†ููŠู’ ู„ูุฑูŽู…ูŽุถูŽุงู†ูŽ ูˆูŽุณูŽู„ูู‘ู…ู’ ุฑูŽู…ูŽุถูŽุงู†ูŽ ู„ููŠู’ ูˆูŽุชูŽุณูŽู„ูŽู‘ู…ู’ู‡ู ู…ูู†ูู‘ูŠู’ ู…ูุชูŽู‚ูŽุจูŽู‘ู„ู‹ุง

Maksudnya: Ya Allah, sejahterakanlah aku sehingga datangnya Ramadan, sejahterakanlah Ramadan bagiku dan terimalah dariku (ibadat pada bulan itu).

Jom sama-sama bersedekah di bulan ini. Salurkan sumbangan Tuan/Puan ke akaun sekolah kami sepertimana yang tertera pada poster.

"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana yang telah diwajibkan keatas orang-orang yang dahu...
18/02/2026

"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana yang telah diwajibkan keatas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa"

Surah Al Baqarah : Ayat 183

Ramadan merupakan bulan tarbiah buat kita semua dalam mendidik jiwa kita dengan sikap sabar dan ikhlas serta membentuk kita menjadi insan yang bertaqwa. Ayuh sama-sama memperbaiki diri, meningkatkan ibadah di bulan ini. Moga kita semua tergolong dalam kalangan mukmin yang bertaqwa.

Salam Ramadan Al Mubarak 1447H.

MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN BADAN KEPIMPINAN MURID SRITI AL FURQAN, TANAH MERAHTahniah kepada murid-murid terpilih yang me...
11/02/2026

MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN BADAN KEPIMPINAN MURID SRITI AL FURQAN, TANAH MERAH

Tahniah kepada murid-murid terpilih yang menerima amanah kepimpinan tahun ini

Antara senarai badan kepimpinan yang telah dilantik adalah;
โ–ช๏ธ Rais / Raisah (Pengawas Sekolah)
โ–ช๏ธ BADAR (Badan Dakwah dan Rohani)
โ–ช๏ธ Pembimbing Sahabat SRITI
โ–ช๏ธ Rais / Raisah Pusat Ilmu
โ–ช๏ธ Masโ€™ul / Masโ€™ulah (Ketua dan Penolong Ketua Kelas)

Moga setiap amanah dipikul dengan penuh tanggungjawab, dipimpin dengan akhlak dan dilaksanakan dengan hati yang ikhlas.

Moga kalian menjadi contoh terbaik kepada rakan-rakan.

USRAH GURU DAN STAF SRITI AL FURQANUsrah bukan sekadar pertemuan, tetapi medan mengikat ukhuwah dan menyuburkan iman. Da...
06/02/2026

USRAH GURU DAN STAF SRITI AL FURQAN

Usrah bukan sekadar pertemuan, tetapi medan mengikat ukhuwah dan menyuburkan iman.

Dalam kesibukan mendidik, agenda pembinaan jiwa murabbi tetap diteruskan dalam kalangan warga SRITI kerana pendidik yang dikuatkan jiwanya, pasti mampu membina sebuah generasi rabbani dan murabbi.

Alhamdulillah banyak ilmu dan pesanan yang sangat bermakna telah diterima dari pengisi jemputan kali ini iaitu al Fadhil ustaz Wan Abu Bakar bin Wan Mahussin. ๐Ÿ˜Š

Semoga langkah kecil ini menjadi bekal besar dalam perjuangan mendidik anak-anak SRITI Al Furqan.

Address

PT 292, Tingkat 1, Jalan Klinik
Tanah Merah
17500

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+60189164800

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SRITI Al-Furqan, Tanah Merah, Kelantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SRITI Al-Furqan, Tanah Merah, Kelantan:

Shortcuts

Share